elastik | /élastik/ 1. dpt kembali kpd bentuknya, panjangnya dll yg mula-mula selepas ditarik (dikembangkan dll). 2. ki tidak tetap (bkn undang-undang, peraturan dll); berubah-ubah. 3. tali yg dpt kembali kpd bentuknya, panjangnya yg mula-mula selepas ditarik dll. | Kamus Pelajar |
kembali | 1. balik ke tempat asalnya; pulang:Suaminya masih belum ~ dr pejabat. ke alam baqa (kekal), = ~ ke rahmatullah meninggal dunia. 2. lagi; sekali lagi; semula:Di sana kami telah bertemu ~ dgn beberapa orang teman dr kampung. 3. kata yg digunakan utk menyatakan pengulangan, pemulangan dll; semula: Dia menceritakan hal itu ~. mengembalikan 1. memulangkan sesuatu kpd tuannya; memberi balik:Mereka telah ~ semua surat yg tidak bertandatangan. 2. memulihkan atau mewujudkan keamanan dll kembali:Apakah langkah yg perlu diambil utk ~ keamanan di kawasan itu? pengembalian perbuatan (hal dsb) kembali atau mengembalikan; pemulangan; pemulihan. | Kamus Pelajar |
bolak-bolak | 1. kembali dan pergi lagi; pulang pergi; ulang-alik: Kapal haji itu ~ dr sini ke Judah. 2. tidak tetap percakapannya atau perbuatannya; sentiasa berubah-ubah; berputar belit: Bercakaplah terus terang, jangan ~ saja. | Kamus Pelajar |
muntah | 1 keluar kembali dr mulut (bkn barang yg dimakan): Anaknya selalu ~ selepas minum susu. 2 = muntahan apa-apa (biasanya makanan yg telah ditelan) yg keluar kembali melalui mulut. ~ belalah mengeluarkan muntah dgn banyaknya. ~ berak sering muntah dan berak. ~ darah mengeluarkan darah dr mulut. memuntahi mengeluarkan muntah pd atau kena pd sesuatu: Dia ~ tempat tidurnya. memuntahkan 1 mengeluarkan muntah atau benda-benda yg telah dimakan: Ia ~ kuih yg telah dimakannya. 2 ki mengeluarkan banyak-banyak: Meriam itu ~ peluru ke arah kubu musuh. | Kamus Pelajar |
bolak II | bolak-bolak 1. kembali dan pergi lagi; pulang pergi; ulang-alik:Kapal haji itu ~ dr sini ke Judah. 2. tidak tetap percakapannya atau perbuatannya; sentiasa berubah-ubah; berputar belit: Bercakaplah terus terang, jangan ~ saja. membolak-balikkan 1. mengalih-alih sesuatu; membalik-balikkan: Dia hanya ~ halaman majalah itu dan tidak membacanya. 2. menjadikan berputar belit (ttg percakapan, perjanjian dsb): Berapa pun dicuba ~ perkara itu, akhirnya ketahuan juga muslihatnya. | Kamus Pelajar |
edaran | 1. perubahan yg berulang-ulang atau yg akan kembali kpd keadaan asalnya; pusingan yg silih berganti. 2. sesuatu yg diedarkan: surat ~. ~ air pusingan air dr lautan ke daratan melalui atmosfera dan kembali ke lautan. ~ darah aliran darah melalui jantung ke seluruh badan. ~ hujan pusingan air menjadi wap, wap menjadi awan, dan awan menjadi hujan (air). | Kamus Pelajar |
menurunkan | 1 menulis sesuatu kembali; menyalin dr sesuatu yg lain. | Kamus Pelajar |
turun II; menurun | 1 menulis sesuatu kembali; menyalin dr sesuatu yg lain. | Kamus Pelajar |
pulang | pergi ke rumah atau ke tempat asalnya; balik; kembali: Saya baru saja ~ dr pejabat. ~ balik a. pergi dan kembali pula. b. pergi ke sana ke mari. ~ moda (pokok) mendapat modalnya kembali tidak rugi dan tidak juga untung). ~ pulih sembuh spt sediakala. berpulang, = ~ ke rahmatullah (ke asalnya, ke negeri yg baqa) meninggal dunia; mati. memulangkan 1 membawa pulang; memberikan kpd tuannya semula; mengirim ke tempat asalnya (ke rumahnya dsb); mengembalikan: Saya hendak pergi ~ buku ke perpustakaan. 2 memberikan sesuatu (utk difikirkan dll); menyerahkan: Mereka bersetuju ~ masalah itu kpd ahli jawatankuasa tertinggi utk diselesaikan. terpulang terserah: Hal itu ~ kpd anakanda sendiri. pulangan 1 ist hasil drpd penanaman modal dsb. 2 sesuatu yg dipulangkan. ~ belian (keluar) pulangan pihak peniaga kpd pemborong (pemiutang dll). ~ jualan (masuk) pulangan oleh pihak pembeli kpd pihak peniaga. pemulangan perbuatan atau hal memulangkan (sesuatu). | Kamus Pelajar |
berbalik | 1. bertukar atau mengubah arah dr yg dituju kembali ke arah asalnya; berpaling arah; berpatah balik: Setelah sampai separuh jalan, ia ~ mengambil begnya yg tertinggal di rumah. 2. berubah ke bentuk asalnya: Jika wap air disejukkan, maka wap itu akan ~ menjadi air. 3. timbul atau datang kembali (bkn penyakit). | Kamus Pelajar |