kembangan | keadaan kembang: ~ zahir cecair itu ialah perbezaan antara pengembangan sebenar dgn pengembangan balang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemerhati | 1. orang yg mengikuti perkembangan sesuatu: ~ politik yg objektif akan menyetujui Perdana Menteri; 2. orang yg menghadiri persidangan dsb tetapi tidak mengambil bahagian dlm perbincangan dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyusunan | perbuatan atau hal menyusun: Gaya karangan dan ~ ayat disesuaikan dgn perkembangan bahasa hari ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nafas baru | semangat baru atau sumber baru kekuatan yg memulihkan sesuatu kegiatan dll atau memberinya ke-upayaan baru: memberi ~ baru kpd perkembangan dunia hiburan dan perkembangan bahasa Malaysia amnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
spektrum | /spéktrum/ 1 cahaya berwarna-warni spt warna pelangi yg terjadi apabila sesuatu sinar diuraikan oleh kaca prisma dll. 2 julat atau lingkungan ttg sesuatu perkara: Perkembangan bahasa kanak-kanak berbeza-beza dlm satu ~ yg luas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melimpahkan | 1. menjadikan melimpah, menumpahkan: isi padu air yg dilimpahkan oleh penyumbat itu sama dgn isi padu penyumbat juga; ~ air mata; 2. mengeluarkan banyak-banyak, mencurahkan banyakbanyak: ~ kasih sayang; ~ perhatian kpd perkembangan pemakaian bahasa Kebangsaan; 3. memberikan banyak-banyak, mengurniakan banyak-banyak, menghadiahkan banyak-banyak: Tuhan yg ~ rahmat kpd hamba-Nya yg berusaha dan sabar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nafas | 1. udara yg disedut ke dlm dan dihembuskan keluar dr paru-paru; menarik ~ menyedut udara (ke dlm paru-paru); menghembuskan ~ yg akhir (penghabisan) mati; 2. penyedutan dan pengeluaran udara dr paru-paru: ~ pendek; ~nya Isnin Khamis Id, bp mengap-ngap (hampir mati); sakit ~ sakit sesak nafas (bengik); ~ baru semangat baru atau sumber baru kekuatan yg memulihkan sesuatu kegiatan dll atau memberinya ke-upayaan baru: memberi ~ baru kpd perkembangan dunia hiburan dan perkembangan bahasa Malaysia amnya; senafas 1. sepanjang waktu yg diperlukan utk menarik dan mengeluarkan nafas satu kali, dlm jangka waktu yg pendek sekali: tapi angin mati, ~ pun tak bertiup; 2. ki sama keadaannya, selaras, sepadan, sesuai: kalimat-kalimatnya sejenis dan ~; bernafas 1. menyedut dan menghembuskan nafas dr paru-paru: ikan ~ melalui insangnya; 2. bernyawa, hidup; tiap-tiap yg ~ tiap-tiap yg hidup; 3. mempunyai unsur, berunsur, berbau: puisi yg ~ keislaman spt yg diasaskan oleh Hamzah Fansuri dan Amir Hamzah itu seolah-olah tidak diteruskan lagi; ~ keluar badan prb lebih percaya kpd pendapat orang lain drpd pendapat sendiri; menafaskan mengeluarkan nafas; pernafasan perihal bernafas: liang ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hati II | ; hati-hati berhati-hati; berhati-hati memberi perhatian (pertimbangan dsb) yg teliti (sewaktu melakukan sesuatu), berawas-awas, beringat-ingat, hemat, waspada: haruslah ~ memilih suami; dia sentiasa cermat dan ~; memperhatikan memerhatikan; perhatian perihal menumpukan pandangan (fikiran dsb) pd sesuatu, minat (dan reaksi atau layanan): mereka memberikan sepenuh ~ pd pelajaran; semenjak diterbitkan, buku ini mendapat ~ ahli-ahli bahasa; menarik ~ menimbulkan minat (dan reaksi); mengambil ~ mempedulikan; ~! ~! (seruan) minta supaya diberi perhatian pd apa yg akan dicakapkan (diumumkan dsb); pemerhatian perihal memerhatikan, usaha, dsb memerhatikan atau mengamati sesuatu: setelah diperbuat ~ dan percubaan diketahuilah asal usul penyakit itu; ~ jenis (Tani) pengamatan, dll yg dilakukan utk menentukan hasil baja (yg terbaik dll); pd ~ saya berdasarkan apa yg sudah saya perhatikan atau amati;pemerhati 1. orang yg mengikuti perkembangan sesuatu: ~ politik yg objektif akan menyetujui Perdana Menteri; 2. orang yg menghadiri persidangan dsb tetapi tidak mengambil bahagian dlm perbincangan dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daripada | 1. sendi kata yg menyatakan atau menunjukkan orang yg memberi (mengirim dsb): dia menerima sepucuk surat ~ ayahnya; hadiah ~ seorang sahabat yg karib; 2. sendi kata yg menyatakan (menunjukkan) sumber atau punca sesuatu itu diperoleh dsb: petikan ~ karya Usman Awang; air ~ telaga itu berkuman; diterjemahkan ~ bahasa Arab; 3. sendi nama yg menyatakan (menunjukkan) bahan dsb yg digunakan utk menghasilkan sesuatu: jambangan bunga itu diperbuat ~ tembikar; barang-barang ~ getah; 4. sendi kata yg menyatakan atau menunjukkan orang (negara, unsur, barang, dll) yg terlibat dlm sesuatu pengasingan (pemisahan, perbezaan, perbandingan, dll): Selat Melaka memisahkan Semenanjung Malaysia ~ Sumatera; reka bentuk yg dikemukakan terkemudian ini lebih menarik ~ yg disediakan dahulu; 5. sendi kata yg digunakan sewaktu menyatakan sesuatu perubahan (perkembangan dsb): harga daging telah naik ~ RM8.00 sekilo menjadi RM9.50 sekilo; bilangan pelajar yg lulus merosot ~ 68% tahun lalu menjadi 66% tahun ini; 6. sendi kata yg digunakan sebelum menyatakan atau menyebutkan unsur (akibat dll) yg hendak dielakkan (dicegah, dihindar, dsb): mempertahankan diri ~ serangan musuh; menjauhkan diri ~ bahaya; langkah-langkah utk mengelakkan hal-hal demikian ~ berlaku lagi; 7. sendi kata yg menyatakan (menunjukkan) punca atau asas dsb sesuatu tindakan (kesimpulan dll): ~ apa yg saya dengar, pemandu lori itu yg patut dipersalahkan; masjid itu dibina ~ desakan penduduk di kawasan itu; 8. sendi kata yg memperkaitkan atau memperhubungkan sesuatu atau sesuatu bahagian dgn sesuatu keseluruhan atau jumlah dsb: satu ~ sebab-sebab; hanya tiga orang ~ sejumlah 40 orang pelajar telah gagal dlm peperiksaan itu; sepertiga ~ keuntungan yg diperoleh dijadikan modal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susun | longgok atau kumpulan yg teratur bertindih-tindih dgn rapi: Beberapa ~ pinggan mangkuk yg mahal tersimpan di dlm almari. ~ atur cara atau kaedah menyusun atau mengatur kelengkapan perabot dsb dlm sesuatu ruang supaya kemas dan teratur. bersusun 1 berlonggok berlapis-lapis yg satu di atas yg lain: Kain bajunya yg sudah bergosok itu ~ rapi di dlm almari. 2 beratur atau berderet berlapis-lapis; terletak berbaris-baris; bersaf-saf: Kereta tetamu ~ di pekarangan rumahnya. menyusun 1 meletakkan bersusun; meletakkan berlapis-lapis atau berderet-deret: Murid-murid telah ditugasi ~ bangku di dlm dewan. 2 mengatur baik-baik; mengelolakan sesuatu supaya kemas atau lancar: Tun Perak telah ~ pentadbiran negeri Melaka dan membawa beberapa perubahan yg berfaedah. ~ barisan (pasukan) menjadikan sesuatu pasukan atau barisan lengkap dan bersedia. ~ huruf mengatur huruf-huruf di percetakan. ~ jari mempertemukan kedua-dua belah tapak tangan spt hendak mengangkat sembah. ~ kamus mengarang atau membuat kamus. tersusun sudah disusun atau diatur baik-baik; teratur. susunan 1 kumpulan barang yg disusun berlapis-lapis atau bertindih-tindih: ~ buku. 2 sesuatu yg telah disusun atau diatur; sesuatu yg letaknya bersusun: Nama mereka telah ditulis mengikut ~ abjad. penyusunan perbuatan atau hal menyusun: Gaya karangan dan ~ ayat disesuaikan dgn perkembangan bahasa hari ini. penyusun orang yg menyusun: ~ huruf orang yg kerjanya menyusun huruf percetakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |