kemewahan | keadaan mewah; kesenangan: Mereka bekerja keras utk mencari ~ hidup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemewahan | perihal mewah: ia sedar bahawa kesenangan dan ~ hidup yg dirasainya itu disebabkan harta pusaka Mak Haji sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemewahan | keadaan mewah; kesenangan: Mereka bekerja keras utk mencari ~ hidup. | Kamus Pelajar |
merasai | 1. mengecap (makanan, minuman, dll), mencicip: alangkah puas hatinya ~ makanan masakan ibunya; rasai dulu kopi itu sebelum dihidangkan; 2. menikmati (kesenangan, kemewahan, kebahagiaan, dll): kesenangan dan kemewahan hidup yg dirasainya itu ialah drpd harta isterinya; belum pernah ia ~ hidup senang spt orang-orang lain; 3. menderita (kesusahan, sengsara, dll): barulah hamba ~ sengsara hidup di dlm penjara; mereka akan ~ duka nestapa yg tidak terkira-kira lagi; rasai olehmu balasan kekasaran tingkahmu; 4. = merasa-rasai meraba-rabai (menjamah-jamah) hendak mengetahui dgn tangan dll: rasa-rasai dahulu dgn kakimu sama ada dalam atau tidak sungai itu; 5. ki menduga (mengajuk, mengkaji, meninjau, dll) hati orang dll: drpd air mukanya, kita dapat ~ apa yg terkandung dlm hati perutnya; syor-syornya itu harus dirasa-rasai dulu sebelum dibuat keputusan; 6. mengalami rasa dlm hati (batin): dirasainya cintanya pd wanita itu kian lumpuh; 7. sl menyedari, menginsafi: duduk di Mesir kira-kira tiga bulan lamanya itu pun tiada dirasai oleh Laksamana; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taraf hidup | tingkat kemewahan hidup; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpolah-polah | terlalu mewah, kemewahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taraf hidup | tingkatan mutu atau kemewahan hidup. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
polah | Mn; berpolah-polah terlalu mewah, kemewahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengenyam | 1. mengecap (masakan atau makanan); 2. merasai (kemewahan dll), menikmati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
zuhud | Ar (bkn seseorang) soleh hidupnya dan tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia; berzuhud mengamalkan sifat zuhud: perbanyaklah mengingati mati kerana itu akan mengurangkan seseorang drpd melakukan dosa dan menjadikannya ~ dlm urusan dunia; menzuhudkan menjadikan seseorang zuhud: mereka hanya mahu ~ diri kpd Allah; kezuhudan sifat zuhud: cinta kpd IIahi terbit drpd ~ jiwanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |