kemodalan | perihal modal, bersifat mencari untung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
modal | 1. wang atau harta benda yg dipergunakan sbg pangkal atau pokok utk berniaga (menghasilkan sesuatu yg menambah kekayaan dll), pokok (utk berniaga): jika sesuatu perniagaan itu rugi, akan tibalah masanya ~ utk menjalankan perniagaan itu habis; barang ~ barang-barang yg dapat menghasilkan barang-barang lain (spt alat penenun dll); penanaman ~ perihal menggunakan modal utk mendapat keuntungan (dlm perniagaan, perusahaan, dll); 2. ki sesuatu yg digunakan utk mendapatkan atau mencapai sesuatu yg lain: kerbau itu cukup dijadikan ~ utk ber-isteri; baginya pelajaran adalah ~ terpenting utk mencapai kejayaan; 3. ki bp buah fikiran, idea: aku kehabisan ~ utk menyampuk cakap teman-temanku; ~ bergerak = ~ berpusing modal yg boleh berpindah-pindah (spt barang-barang mentah, wang, dll); ~ campuran modal (usaha) gabungan; ~ kerja modal yg digunakan utk menjalankan sesuatu perniagaan; ~ sambut buah fikiran orang lain yg digunakan dlm sesuatu percakapan (perbincangan dll); ~ tetap modal yg tidak dapat dipindah-pindahkan (tanah, bangunan, dll); semodal berkongsi dlm perusahaan, ikut serta dlm urusan perniagaan dll; orang ~ orang yg turut sama menaruh modal dlm perusahaan dll; bermodal mempunyai modal: golongan kapitalis ~ besar; bermodalkan mempunyai (atau menggunakan) sesuatu sbg modal: beliau memulakan perniagaan dlm bidang hiasan dalaman dgn ~ wang sebanyak RM25 ribu; memodali memberi modal (utk sesuatu perniagaan, perusahaan, dll): beberapa orang saudagar telah ~ lombong-lombong itu; kemodalan perihal modal, bersifat mencari untung; permodalan; syarikat ~ syarikat yg menanam modalnya dlm perniagaan atau perusahaan lain utk mendapat keuntungan; pemodal orang yg memberi modal, penanam modal: kebanyakan rumah haram di sekitar Kuala Lumpur, dibina oleh kaum ~ yg se-mata-mata mencari keuntungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |