Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemudi;

Puisi
 

Patah kemudi di Tanjung Jati,
     Tak tahu haluan ke mana dituju;
Tersematlah wajah di lubuk hati,
     Terjalinlah kasih di lembaran kalbu.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Kemudi di haluan,
     bergilir ke rusuk.

Bermaksud :

Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jurumudiorang yg mengemudikan perahu, pemegang kemudi; kemudi.Kamus Dewan Edisi Keempat
mudi I; juru~ orang yg mengemudikan perahu, pemegang kemudi; kemudi.Kamus Dewan Edisi Keempat
menegarkan~ kemudi membelokkan kemudi (arah ke kanan) dgn kuat.Kamus Dewan Edisi Keempat
celaga Itangkai kemudi, bam kemudi.Kamus Dewan Edisi Keempat
tegar IIJh; menegarkan; ~ kemudi membelokkan kemudi (arah ke kanan) dgn kuat.Kamus Dewan Edisi Keempat
kemudi sepakkemudi di sisi buritan yg bentuknya spt pengayuh (dayung);Kamus Dewan Edisi Keempat
kemudi cawatkemudi jenis yg dipakai oleh kapal-kapal Eropah;Kamus Dewan Edisi Keempat
menegarkan kemudimembelokkan kemudi (arah ke kanan) dgn kuat.Kamus Dewan Edisi Keempat
kemudi1. sj perkakas di buritan kapal (perahu) utk mengawal arah pelayarannya: manakan dapat kapal belayar kalau tidak ada ~; bam ~ = celaga ~ = tangan ~ kayu sbg pegangan atau tangkai kemudi; 2. Id alat utk memandu arah perjalanan kereta atau kapal terbang, stereng (pd kereta): Hawa memutarkan ~ kereta ke persimpangan lorong ke rumahnya; 3. ki pimpinan (persatuan, perkumpulan, dsb), teraju pemerintahan; 4. ark pusar-pusar atau lingkaran-lingkaran bulu (pd kuda); ~ bundar pusar-pusar bulu pd kuda; ~ cawat kemudi jenis yg dipakai oleh kapal-kapal Eropah; ~ sepak kemudi di sisi buritan yg bentuknya spt pengayuh (dayung); patah ~ dgn ebamnya prb tidak ada harapan lagi; berkemudi 1. mempunyai (memakai) kemudi: kapal ~, kereta berstereng; 2. memegang atau mengawal kemudi (di kapal): minta ia gantikan ~, tiadalah larat beta; ~ di haluan bergilir ke buritan = ~ ke rusuk prb perihal orang yg menurut suruhan atau nasihat isterinya (anaknya, orang bawahan­nya); mengemudikan 1. memegang kemudi utk mengatur hala perjalanan kapal (kereta, kapal terbang): Pak Kaduk membentang layar dan ~ perahunya; 2. memimpin (pertubuhan, perkumpulan, dsb), memegang teraju peme­rintahan, mengendalikan, mengurus (rumah­tangga dll): mereka bersama-sama ~ dan memajukan perkumpulan itu; mereka hidup berdua ~ rumah tangga mereka yg kecil itu; pengemudi 1. jurumudi, mualim (kapal), pemandu (kereta); 2. orang yg mengemudikan perkumpulan (pertubuhan dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
kemudi bundarpusar-pusar bulu pd kuda;Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas