Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
akhir1. kemudian sekali, penghabisan: per­kataan itu terdapat pd baris ~ halaman itu; ikhtiar­nya yg ~; peringkat ~ pelaksanaan projek; ~ minggu hujung minggu (hari Sabtu petang sampai hari Ahad); ~ musim peng­hujung musim; ~ zaman a) sl zaman sekarang ini; b) penghabisan; 2. = ~ sekali = terakhir paling kemudian, terkemudian (sekali): itulah kali ~ saya bertemu dengannya; 3. yg diada­kan terkemudian sekali (sbg penamat): per­tan­dingan ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
penghabisan1 kemudian sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di situ. 2 kesudahan; akhir: ~nya tiada sesiapa yg berjaya dlm pertandingan itu. 3 bahagian yg terakhir (pd sesuatu yg panjang spt jalan, tali dsb); hujung: Dia berhenti di ~ jalan itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
susulan1. sesuatu yg menyusul (datang kemudian dll): kemudian terdengar ~ siulan bom jatuh bertubi-tubi; 2. sesuatu yg disusulkan, lampiran, tambahan; 3. = angin ~ ark angin yg berlawanan dgn arah perahu dll, angin sakal;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyusul1 mengikut di bela­kang; mengekor: Dia pergi dahulu, tidak lama kemudian, adiknya ~. 2 datang kemudian; muncul selepas beberapa ketika: Mula-mula kedengaran bunyi yg kuat, kemudian ~ kapal angkasa yg amat besar. Beberapa pengumuman awam ~ selepas siaran berita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kemudian1. selepas orang atau seseorang lain, selepas sesuatu waktu (kejadian dll), belakangan: orang-orang yg datang ~ tidak mendapat tempat duduk; adiknya berkahwin dahulu, dia berkahwin ~; ~ drpd selepas, sesudah; 2. belakang hari, (suatu) masa yg akan datang, kelak: perompak-perompak itu akan diberkas juga ~; fikirlah baik-baik supaya tidak sesal ~; ~ hari belakang hari, kelak; hari ~ a) = kelak ~ masa yg akan datang; b) hari kiamat; 3. = ~ drpd itu selepas (se­sudah) itu, pd suatu waktu yg lain (sesudah sesuatu kejadian dll): pasukan polis ~nya telah menemui kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; mengemudiankan 1. meletakkan (mena­ruh, menempatkan) di belakang atau selepas sesuatu yg lain, membincangkan (mengerjakan, menyelesaikan dll) di belakang atau selepas sesuatu lain yg lebih penting dsb: kerja-kerja yg penting didahulukan dan yg kurang penting dikemudiankan; 2. menang­guhkan, menunda, mengundurkan: ~ perbincangan mengenai cadangan-cadangan itu; terkemudian selepas atau sesudah (sesuatu waktu, peristiwa, dll), (lebih) kemudian; Shahnon Ahmad muncul ~ drpd A. Samad Said; ~ sekali terakhir, akhir sekali, belakang sekali: siapa yg ~ sekali meninggalkan bilik itu?; ~ drpd kemudian drpd, selepas, sesudah.Kamus Dewan Edisi Keempat
susul; menyusul 1 mengikut di bela­kang; mengekor: Dia pergi dahulu, tidak lama kemudian, adiknya ~. 2 datang kemudian; muncul selepas beberapa ketika: Mula-mula kedengaran bunyi yg kuat, kemudian ~ kapal angkasa yg amat besar. Beberapa pengumuman awam ~ selepas siaran berita. menyusuli 1 mengejar atau mengikut seseorang yg terdahulu utk menyainginya atau utk mengekorinya: Ia hendak ~ ayahnya ke Kuantan. 2 mengikut sesuatu dr belakang; mengekori: Beberapa buah kereta telah ~ keretanya hingga ke tem­pat penginapannya. 3 mengikut jejak langkah; melakukan sesuatu spt yg telah dilakukan oleh orang yg terdahulu: Dia ~ jejak arwah ayahnya menjadi doktor. Pelancaran Sputnik disusuli oleh beberapa satelit buatan lain. 4 keluar menyambut kedatangan orang; menyong­­song; meng­­alu-alukan: Asrul telah ~ datuknya yg baru masuk ke halaman rumahnya. 5 menyambung su­rat yg dahulu. menyusulkan 1 mem­­bawa menyusul. 2 menambahkan; menyertakan. susul­an 1 apa-apa atau sesuatu yg menyusul atau yg disusulkan. 2 hasil drpd me­nyusul. penyusulan perbuatan (hal dsb) menyusul, menyu­suli atau me­nyusulkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kemudian1 selepas atau sesudah itu; akhirnya; kesudahannya: ~ mereka pun pulang ke rumah masing-masing. 2 sesudahnya; selepasnya: Adiknya berkahwin dahulu, dia ~. 3 pd masa yg akan datang; kelak: ~ hari masa yg akan datang. mengemudiankan melakukan sesuatu selepas (sesuatu) yg lain; menempatkan (meletakkan) sesuatu di belakang atau selepas yg lain: Dia mendahulukan kerja-kerja yg penting dan ~ kerja yg kurang penting. terkemudian di belakang sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di garisan penamat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penghabisan1. kemudian sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di situ. 2. kesudahan; akhir:~nya tiada sesiapa yg berjaya dlm pertandingan itu. 3. bahagian yg terakhir (pd sesuatu yg panjang spt jalan, tali dsb); hujung: Dia berhenti di ~ jalan itu.Kamus Pelajar
lengkapan dua(two`s complement)Nombor perduaan yang diperoleh daripada satu nombor asal yang apabila dicampurkan dengan nombor asal tersebut akan menghasilkan nombor yang mempunyai setiap bitnya bernilai 1 dan kemudian tambah 1. Misalnya, lengkapan dua bagi nombor perduaan10101010 ialah 01010101.Kamus Komputer
menyusuli1. menuruti sesuatu yg terdahulu, mengikuti, mengiringi: tidak lama kemudian kedengaran ia mengangkat takbir yg disusuli dgn bacaan Fatihah; 2. mendatangi (mengikuti) kemudian, mengekori: kata ‘ku’ dan ‘kau’ tidak ditulis terpisah drpd kata dasar pasif yg ~nya; 3. memberi tambahan, menambahi;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas