Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemukakan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
usul IIfikiran atau pendapat yg di­kemukakan utk dipertimbangkan dll; cadangan; anjuran. mengusulkan mengemukakan sesuatu pendapat utk disetujui dll; menganjurkan; mencadangkan. pengusul orang yg mengemukakan sesuatu usul; pencadang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pakej(pakéj) 1. tawaran (cadangan) yg di­kemukakan terhadap sesuatu urus niaga, per­khidmatan, dll dgn butiran lengkap (kos, bilangan hari, dsb) yg mesti diterima semuanya sbg suatu keseluruhan: ~ percutian ke Pulau Langkawi; 2. (Komp) atur cara dan dokumen berkaitan yg membentuk suatu sistem perisian yg bersepadu; mempakejkan memasukkan tawaran (ca­dangan, perkhidmatan dsb) ke dlm satu pakej: semua perkhidmatan terbabit dipakejkan ke dlm pakej tersebut.Kamus Dewan Edisi Keempat
syorapa-apa yg diusulkan; usul; anjuran: ~ yg saudara kemukakan tadi dpt diterima. mengesyorkan mengemukakan se­suatu utk diterima dll; menganjurkan; mengusulkan: Dia ~ supaya singkatan MAL itu ditukar menjadi MAS.Kamus Pelajar Edisi Kedua
syorapa-apa yg diusulkan; usul; anjuran: ~ yg saudara kemukakan tadi dapatlah diterima.Kamus Pelajar
penutup1. alat yg digunakan utk menutup, penudung; 2. sesuatu yg (dipakai utk) meng-akhiri (surat, karangan, ucapan, dll), pengunci, penyudah: sbg ~ ingin saya kemukakan beberapa saranan; ~ surat itu mengatakan bahawa ia akan datang sore hari sambil membawa wangnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
tutup I1. = tertutup tidak terbuka, terkatup: semua kedai kecuali kedai makanan ~ pd hari Ahad; baju jas ~; 2. = tutupan, penutup sesuatu yg digunakan utk menudungi (menyelubungi dll) sesuatu; ~ botol sumbat botol (drpd gabus dll); ~ bantal bahagian hujung dan pangkal bantal yg dihiasi dgn sulaman; ~ kepala tudung kepala (song-kok, terbus, dll); ~ malu sesuatu yg dipakai dll supaya jangan mendapat malu; ~ meja kain alas meja; ~ mulut a) tinggal diam mem-bisu, tidak berkata-kata; b) bp rasuah, wang suap; ~ pintu a) bp menutup pintu; b) daun pintu; ~ sanggul sj cucuk sanggul; ~ tiang alang rumah yg dipasang dr tiang ke tiang; bertutup ada tutupnya, memakai tutup (tu-dung): mangkuk ~; perempuan Islam bukan-nya demikian, mereka ~ kepala dan berbaju; menutup 1. tidak membiarkan terbuka (pintu, tingkap, dll), merapatkan tutupnya, mengatup: ia ~ pintu rumahnya; 2. memberi bertutup (bertudung), menudungi: kita hen-daklah ~ makanan kita supaya jangan dihinggapi lalat; 3. ki tidak menghebahkan, merahsiakan, menyembunyikan: mereka tahu ~ rahsia; 4. menjadikan tidak boleh dilalui atau diikuti (jalan, sungai, dll), menim­bus supaya buntu, menyekat, menyumbat: semua jalan di kawasan perintah berkurung telah ditutup sejak pukul enam petang tadi; 5. mematikan nyala lampu dll, lwn memasang: dia memberani-beranikan hati pergi ke ruangan depan dan ~ lampu; 6. memasuk-kan ke dlm penjara, memenjarakan; 7. men-jadikan cukup (wang perbelanjaan dll), mencukupkan, menggenapkan; 8. mengakhiri atau menyudahi (cerita, pembicaraan, dll): Ali ~ cerita dan meraba bibirnya; 9. tidak melanjutkannya lagi (tempoh), habis tempoh-nya: tarikh permohonannya ditutup pd 10 Julai yg akan datang ini; ~ buku a) mengatup buku; b) memasukkan ke dlm buku kira-kira (wang keluar masuk); ~ jalan a) tidak membenarkan lalu; b) menye-kat drpd melakukan sesuatu; ~ mata a) memejamkan mata; b) melekapkan sesuatu di mata supaya jangan dapat melihat; c) sengaja tidak mahu mengambil tahu: sese-orang tidak harus ~ mata kpd ilmu-ilmu yg berasaskan sains; d) mati, meninggal; ~ muka melindungi muka dgn sesuatu; ~ mulut a) diam sahaja; b) tidak mahu memberitahu; ~ pintu tidak atau enggan menerima (pengaruh, ajaran, dll); tidak mahu menyambut atau melayani (sesuatu); ~ telinga a) melekapkan sesuatu pd telinga supaya tidak mendengar; b) sengaja tidak mahu mendengar; menutupi 1. banyak yg ditutup, berkali-kali menutup; ~ pintu banyak pintu yg ditutup; 2. memberi bertutup, melindungi: disentaknya kain utk ~ pusatnya; rambutnya yg jatuh ~ dahinya; 3. ki melindungi sesuatu (supaya jangan diketahui orang dll), merahsiakan: ia ~ isi hatinya yg sebenarnya; menutupkan 1. menggunakan sesuatu utk menutup, menutup utk: maka disuruhnya ambil batu yg besar-besar maka ditutup­kannya pd pintu gua itu; 2. mengatupkan: maka pukul tujuh malam ditutupkannya pintu itu dan pukul tujuh pagi dibukanya; 3. ki menghabiskan (puasa), membuka (puasa): ia mesti ~ puasanya; tertutup 1. tidak terbuka, terkatup, terkunci: sehari-hari ini pintunya ~ sahaja; 2. ki tidak bebas lagi, tidak terbuka utk mendapat atau menerima sesuatu: malangnya ketika demi-kian, peluang bagi mengisi perut telah ~ bagi mereka; bersikap ~ bersikap tidak sama sekali rela atau bersedia menerima sesuatu (pengaruh dll); tutupan 1. alat utk menutup, tudung; 2. sesuatu yg ditutup; orang ~ orang yg dihukum penjara; rumah ~ penjara; penutupan perihal menutup (menutupi, menu-tupkan), penamatan, pengakhiran, penyudah-an: beliau diberitakan telah mengisytiharkan ~ perkhidmatan penerbangan Amerika Syarikat di seluruh Indonesia; penutup 1. alat yg digunakan utk menutup, penudung; 2. sesuatu yg (dipakai utk) meng-akhiri (surat, karangan, ucapan, dll), pengunci, penyudah: sbg ~ ingin saya kemukakan beberapa saranan; ~ surat itu mengatakan bahawa ia akan datang sore hari sambil membawa wangnya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas