cocok | 1. sesuai benar, kena benar, sepadan (dgn): namanya telah ditukarnya dgn nama yg ~ dgn kehinaannya; 2. setuju, bersefahaman, sepakat: mereka tidak ~ lagi utk hidup sbg suami isteri; 3. sama benar, tidak berbeza: kita tidak akan bertemu dgn dua fikiran yg ~ tentang lukisan ini selagi fikiran itu dilahirkan oleh dua orang manusia; 4. tepat, betul: jamnya tidak ~; 5. setuju di hati, suka: apabila ~ rasanya, bolehlah dipesan barang ini dgn segera; 6. serasi: ubat ini tidak ~ dengannya; secocok sesuai (dgn), setuju: sesungguhnya perbualan secara begini, sangat tidak sebulu dan ~ dgn Jamilah; ketaksecocokan keadaan tidak secocok: ~ antara dua sistem nilai; mencocokkan 1. menyesuaikan, menjadikan supaya cocok (setuju dll); 2. membandingkan dll utk mengetahui cocok tidaknya (sesuai tidaknya dll); 3. memusingkan jarum jam supaya cocok (betul masanya), membetulkan jam; kecocokan perihal cocok, kesesuaian, kesamaan: perkenalan yg sekali ini, entah lantaran ~ tabiat, makanya dia selekas itu benar karib dgn gadis itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persis | 1. kena benar, sama benar, serupa benar: lagaknya ~ lagak seorang diplomat; wajah Amelia ~ wajah emaknya; 2. tepat (bkn waktu), genap: Mimi meninggalkannya ~ pukul 12 tengah hari; kepersisan perihal (keadaan) persis, ketepatan, kejituan: arahan yg ideal ialah yg tidak berulang dan terperinci, tetapi sempurna dr segi ~nya; ~ daya fikiran masyarakat di Malaysia dapat diukur pd mutu bahasa Melayu yg dikuasai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telak | Jk kena benar, tepat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
justeru | 1. kebetulan, tepat, kena benar: kenapa ~ sekarang ini engkau harus pergi? 2. malahan, bahkan: sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, ~ saya puji dia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
praktis | 1 dpt dilaksanakan; mudah dipraktikkan: cara-cara yg tidak ~. 2 kena benar; tepat; berfaedah; sesuai: Menggunakan mesin utk membajak lebih ~ drpd menggunakan kerbau. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cocok | 1 kena benar; sesuai benar: Warna ini ~ dgn kulitmu. 2 sepadan dgn: Anugerah ini ~ dgn jasanya. 3 tidak bertentangan; setuju; sefahaman: Fikiran tuan itu ~ benar dgn pendapat saya. 4 serasi (bkn ubat): Ubat ini ~ dgnnya. 5 betul; tepat: Jam itu tidak ~. mencocokkan menjadikan cocok (setuju dll); menyesuaikan. kecocokan keadaan atau hal cocok; kesesuaian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
praktis | berdasarkan kpd sesuatu yg praktik, boleh dan mudah melaksanakannya (menjalankannya, menggunakannya dll), kena benar: komandan perahu memberikan perintah-perintah singkat dan petunjuk yg ~; penubuhan badan cawangan spt yg dilakukan itu dipercayai tidak ~; kepraktisan perihal atau sifat bergunanya sesuatu atau berupayanya melakukan sesuatu, sifat (ciri) praktis: mempersoalkan ~ pedoman yg disediakan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cocok | 1. kena benar; sesuai benar: Warna ini ~ dgn kulitmu. 2. sepadan dgn: Anugerah ini ~ dgn jasanya. 3. tidak bertentangan; setuju; sefahaman: Fikiran tuan itu ~ benar dgn pendapat saya. 4. serasi (bkn ubat): Ubat ini ~ dgnnya. 5. betul; tepat: Jam itu tidak ~. mencocokkan menjadikan cocok (setuju dll); menyesuaikan. kecocokan keadaan atau hal cocok; kesesuaian. | Kamus Pelajar |
sepadan | kena benar (keadaannya, ukurannya, rupanya, dll), secocok, berpatutan, seimbang, setimpal, sesuai: kalau Salehah dijodohkan dgn Salehin sepupunya itu, ~ benar; cubaan besar yg menimpa dirinya, belum ~ dgn kekuatan jiwanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
praktis | 1 dpt dilaksanakan; mudah dipraktikkan: cara-cara yg tidak ~ . 2 kena benar; tepat; berfaedah; sesuai: Menggunakan mesin utk membajak lebih ~ drpd menggunakan kerbau. | Kamus Pelajar |