kencing | 1 = air ~ air najis yg keluar dr kemaluan (manusia atau haiwan); air seni; 2 = berkencing buang air kecil. ~ manis penyakit yg menyebabkan air kencing mengandungi zat gula; diabetes. terkencing terkeluar kencing dgn tidak sengaja atau dgn tidak dpt ditahan-tahan lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kencing I | 1. = air ~ air najis yg keluar dr kemaluan, air seni; 2. = berkencing buang air kecil, berkemih; jamban ~ bilik air (tempat membuang air kecil); ~ darah sj penyakit yg menyebabkan keluar darah dr kemaluan; ~ manis sj penyakit yg menyebabkan air kencing mengandungi zat gula; ~ nanah sj penyakit jantina yg menyebabkan keluar nanah dr kemaluan; air ~ lembu nira nyiur yg dimasak pd masa membuat gula Melaka; guru ~ berdiri anak murid ~ berlari prb murid selalu mengikut kelakuan gurunya (terutama kelakuan buruknya); mengencingi 1. mengenakan air kencing pd; 2. bk meniduri; terkencing kencing dgn tidak sengaja, kencing dgn tidak dapat ditahan lagi; pengencingan = pekencingan 1. pundi-pundi kencing; 2. alur air kencing dlm kemaluan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pekencingan | 1. pundi-pundi kencing; 2. alur air kencing dlm kemaluan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengencingan | 1. pundi-pundi kencing; 2. alur air kencing dlm kemaluan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kencing | 1. =<i>air ~i> air najis yg keluar dr kemaluan (manusia atau haiwan); air seni; air kecil. 2 = berkencing buang air kecil. terkencing terkeluar kencing dgn tidak sengaja atau dgn tidak dpt ditahan-tahan lagi. | Kamus Pelajar |
buli-buli | 1. botol (guci) kecil: ~ dakwat; 2. bahagian (alat) yg menyerupai bal lampu, bebuli: ~ jangka suhu; 3. pundi (gelembung) dlm tubuh manusia (binatang dll) tempat udara (air, saraf, dll); ~ kencing gelembung kencing dlm tubuh; ~ madu pundi yg mengandungi madu pd bunga; ~ udara gelembung tenggorok (pundi yg berisi udara dlm paru-paru). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pundi I | 1. kantung kecil (tempat wang dll), dompet kecil; 2. ki perbendaharaan; ~ hempedu kantung pd hati tempat tersimpannya hempedu; ~ (air) kencing kantung kecil yg mengandungi air kencing (terletak di hadapan rongga punggung), kandung kencing; ~ udara kantung udara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salur | sesuatu (spt pembuluh, parit, dll) yg men-jadi jalan atau laluan utk mengalirkan air dsb; ~ buah pinggang saluran yg membawa air kencing dr buah pinggang ke pundi-pundi kencing; ~ darah saluran (dlm badan) yg menyalurkan darah; ~ halus salur darah dgn salur nadi yg halus, jalan saraf, arteriol; ~ kencing saluran yg menyalirkan air kencing dr pundi kencing ke luar tubuh, uretra; ~ makanan saluran yg membawa makanan dr mulut ke perut; ~ mani saluran tempat mani disimpan dan menjadi matang (dlm buah zakar); ~ nadi saluran yg membawa darah dr jantung ke bahagian-bahagian lain badan, arteri; menyalurkan 1. mengalirkan (sesuatu yg cair dll): air yg kotor itu disalurkan ke laut; 2. menyampaikan (membawa dsb) melalui jalan atau cara tertentu: segala surat-menyurat mesti disalurkan menerusi syarikat kerjasama; tersalur dapat disalurkan, (sudah) disalurkan; saluran 1. salur; 2. ki jalan (perantaraan, cara, dsb) utk melakukan sesuatu: kerajaan boleh digulingkan menerusi ~ perlembagaan; segala bantahan hendaklah disampaikan melalui ~-~ tertentu; 3. jalur frekuensi media elektronik (radio, televisyen dsb) yg berfungsi utk menyiarkan sesuatu rancangan; penyaluran perbuatan menyalurkan (air, pendapat, dll); penyalur (sesuatu) yg menyalurkan, penyampai, pembawa: bahasa yg berkesanggupan men-jadi alat ~ ilmu dan kebudayaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
najis | 1. kotoran (spt air kencing, tahi) yg membatalkan sembahyang: orang Islam tidak boleh kena air liur anjing, ~; 2. sesuatu yg mencemarkan: awak semua selalu buat kotor dan suka menabur ~ di tengah jalan; ~ besar tahi; ~ kecil air kencing; 3. bp jijik: ~ melihat kelakuannya itu; ~ dadah dadah yg membahayakan orang yg menyalahgunakannya; membasuh ~ dgn mala prb menutup kesalahan atau rasa malu dgn cara yg lebih menghinakan lagi; bernajis dinodai, dikotori atau dicemari najis: pakaian itu masih ~;menajiskan 1. menjadikan kotor, mencemarkan, mengotorkan: ~ benda yg suci; 2. menganggap najis (tidak suci, cemar): jangan dekati barang yg dinajiskan agama; ternajis menjadi kotor, menjadi cemar, tercemar: hati itulah yg hendak dijaga supaya tidak ~ dan tercemar; kenajisan perihal najis, kekotoran, kecemaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengencingi | 1. mengenakan air kencing pd; 2. bk meniduri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |