padat | 1 tidak berongga sedikit pun kerana diisi penuh-penuh; penuh dan rapat sekali isinya: Karung itu telah diisi dgn kapas sampai ~. 2 penuh sesak dgn orang dll; banyak sekali orangnya sehingga berasak-asak; penuh; tumpat: Setiap masjid telah ~ dgn orang yg hendak bersembahyang raya. 3 banyak sekali penduduknya: Hong Kong merupakan negeri yg ~ penduduknya. 4 banyak isinya (bkn ucapan, karangan dll); bernas. memadatkan 1 mengisi hingga padat; memenuhkan sesuatu sampai padat: Dia ~ karungnya dgn buah rambutan. 2 menjadikan padat; menjadikan rapat benar; memampatkan: Mereka telah bersama-sama ~ tanah kubur itu. kepadatan 1 hal atau keadaan padat. 2 keadaan penuh sesak atau keadaan terlalu ramai: ~ penduduk di daerah itu telah menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial. pemadatan perbuatan atau hal memadatkan: ~ jalan dilakukan oleh jentera penggelek jalan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
padat | 1. penuh dan rapat sekali (isinya, kandungan, susunannya, dll), padu, pejal, tumpat: tanah tidaklah ~ spt batu, tetapi peroi dan berliang-liang; gas itu dipam ~-~ ke dlm silinder besi waja yg tebal; 2. penuh, sesak, berasak-asak: restoran-restoran mereka ~ dgn makanan yg baik-baik; ~ spt ikan sardin dlm tin; 3. banyak sekali penduduk (daerah dll); 4. banyak isinya (bkn karangan, ucapan, dll), berisi, bernas; bahasa jurnalistik lebih ~ dan tepat; 5. Id pejal (tidak cair atau spt gas): air kalau didinginkan menjadi ~; memadat menghempap-hempap (memijak-mijak, mengasak-asak) hingga padat: ~ perut (memberi) makan kenyang-kenyang; memadati 1. memenuhi hingga padat: gulungan-gulungan kertas ~ almari yg kecil; 2. mengisi (mengasak, menyumbat) sesuatu (guni dll) hingga padat; memadatkan 1. mengisi atau mengasak sesuatu (spt guni dll) hingga padat; 2. mengisikan sesuatu hingga padat: bas yg satu pertiga besarnya drpd ukuran bas di Kuala Lumpur sentiasa ~ penumpang sekali ganda drpd yg telah ditetapkan; 3. menjadikan padat, memampatkan, memejalkan: padatkan tanah dlm silinder itu dgn mengetuk-ngetuk; ~ air dgn mendinginkannya; padatan 1. Id pejal; 2. perihal padat (penduduk dll); kepadatan 1. perihal padat; 2. terlalu ramai atau penuh sesak (dgn penduduk): daerah-daerah yg ~; pemadatan perbuatan memadatkan: Robert Boyle ialah orang yg pertama mempelajari ~ gas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepadatan | 1 hal atau keadaan padat. 2 keadaan penuh sesak atau keadaan terlalu ramai: ~ penduduk di daerah itu telah menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepadatan | 1. perihal padat; 2. terlalu ramai atau penuh sesak (dgn penduduk): daerah-daerah yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepadatan | 1 hal atau keadaan padat. 2 keadaan penuh sesak atau keadaan terlalu ramai: ~ penduduk di daerah itu telah menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial. | Kamus Pelajar |
ketumpatan | 1. perihal (keadaan) tumpat, kepadatan; 2. (Mat) kadar atau nisbah yg didapati apabila berat sesuatu benda dibahagi dgn isi padunya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mampat I | 1. tidak beronga-rongga, tidak gem-bur (tanah dll), padat, tumpat; 2. Jk tidak dapat mengalir, tersendat, tersumbat: parit itu ~; memampatkan membuat (menekan, mengasak, dsb) supaya padat atau tumpat: jangan dimampatkan sangat isi tin itu; termampat dimampatkan: campuran itu terasak atau ~ ke dlm ruang kecil di sebelah atas kebuk; mampatan perihal mampat; kemampatan perihal (keadaan dsb) mampat, kepadatan, ketumpatan; pemampatan perihal (proses, perbuatan) memampatkan sesuatu; pemampat alat utk memampatkan; ~ udara alat utk memasukkan udara ke dlm tangki dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumpat | 1. penuh berisi (ruang, rongga, dll), penuh sesak, padat, sendat: orang yg menghadap itu hingga bertemu lutut ~, tiada bersila lagi; ~ mampat (tumpul) = penuh ~ penuh betul (mampat, sesak); 2. tidak berongga, mampat, padu: kayu keras lebih ~ drpd kayu lembut; 3. ki tidak dapat berbuat apa-apa lagi (kerana hilang akal dll), terbuntu (fikiran dll), tersuntuk: kerana kematian ibunya itu, fikirannya menjadi ~; menumpat, menumpatkan 1. mengisi (menimbus dll) hingga penuh, memadatkan (lubang dll): ~ perigi buta; 2. ki menutup (mulut), menyumbat; tertumpat tertimbus (tertimbun dll) hingga penuh, tersumbat; ketumpatan 1. perihal (keadaan) tumpat, kepadatan; 2. (Mat) kadar atau nisbah yg didapati apabila berat sesuatu benda dibahagi dgn isi padunya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
padat | 1 tidak berongga sedikit pun kerana diisi penuh-penuh; penuh dan rapat sekali isinya: Karung itu telah diisi dgn kapas sampai ~. 2 penuh sesak dgn orang dll; banyak sekali orangnya sehingga berasak-asak; penuh; tumpat: Setiap masjid telah ~ dgn orang yg hendak bersembahyang raya. 3 banyak sekali penduduknya: Hong Kong merupakan negara yg ~ penduduknya. 4 banyak isinya (bkn ucapan, karangan dll); bernas. memadatkan 1 mengisi hingga padat; memenuhkan sesuatu sampai padat: Dia ~ karungnya dgn buah rambutan. 2 menjadikan padat; menjadikan rapat benar; memampatkan: Mereka telah bersama-sama ~ tanah kubur itu. kepadatan 1 hal atau keadaan padat. 2 keadaan penuh sesak atau keadaan terlalu ramai: ~ penduduk di daerah itu telah menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial. pemadatan perbuatan atau hal memadatkan: ~ jalan dilakukan oleh jentera penggelek jalan. | Kamus Pelajar |