keparat | 1. kafir, tidak bertuhan; 2. bk (kata makian) celaka, bangsat, jahanam: tutup mulutmu betina ~; anak ~ anak celaka; kena ~ kena tulah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kena keparat | kena tulah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak keparat | anak celaka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celaka | 1. malang (bkn nasib seseorang), sial, tidak baik: nasibnya sungguh ~; 2. sesuatu yg menyebabkan penderitaan (kesusahan dll), kemalangan, kesialan: apabila sudah mendapat ~, seorang pun tidak datang menolong; 3. makian, keparat, jahanam, bedebah: anak sial, anak ~! 4. seruan utk menyatakan kemarahan (kekecewaan dll): Ah, ~, apalah nasib; ~ tiga belas malang sekali; mencelakakan menimbulkan (mendatangkan) celaka, menjahanamkan (merosakkan dll): lubang itu digali orang utk ~ kita; dia ~ setiap orang yg berkawan dengannya; kecelakaan bencana, kemalangan, kesusahÂan, malapetaka: hidupnya terdesak dan mengalami ~ selalu; polis tidak ada di tempat ~ itu; perempuan itu mati kerana ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |