memusakai | menerima (mewarisi) pusaka drpd: kepercayaan-kepercayaan ini telah dipusakai oleh orang Melayu drpd nenek moyang mereka; waris-warisnya ~ hartanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuno | 1. lama atau tua (berasal dr zaman dahulu), dahulukala; barang ~ barang yg berasal dr zaman dahulu; masyarakat ~ masyarakat zaman dahulukala; zaman ~ zaman dahulukala, purbakala; 2. kolot, tidak moden; adat ~ adat yg sudah usang; kepercayaan ~ kepercayaan kolot (spt kepercayaan kpd kuasa ghaib dll); pendapat (sikap) ~ pendapat (sikap) yg tidak moden; kekunoan 1. barang apa yg bersifat kuno; 2. perihal (sifat) tidak moden, kekolotan: ~ sikap akan menghalang kemajuan; 3. Id (Lin) penggunaan bahasa secara kuno (bahasa lama). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepercayaan kuno | kepercayaan kolot (spt kepercayaan kpd kuasa ghaib dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperkaya | 1. menjadikan bertambah (makin) kaya: ~ diri sendiri; 2. ki menjadikan makin banyak (luas dsb), menambah banyaknya (luasnya dsb), memperbanyak atau memperluas: usaha ~ perbendaharaan kata bahasa Melayu; kedatangan agama Hindu ~ kepercayaan-kepercayaan lama ini dgn dewa-dewa Hindu dan berbagai-bagai mantera; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepercayaan kuno | kepercayaan kpd yg kuno (kolot); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pecah kepercayaan | hilang kepercayaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dogma | kepercayaan atau sistem kepercayaan (agama dll) yg dianggap benar dan seharusnya dapat diterima oleh orang ramai tanpa sebarang pertikaian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuhan I | sesuatu (spt dewa dsb) yg dipuja oleh golongan manusia yg agama atau kepercayaan mereka tidak berasaskan kepercayaan kpd Tuhan Yg Esa; bertuhan percaya kpd atau memuja tuhan; ~ kpd memuja (mendewakan) sesuatu sbg tuhan; bertuhankan bertuhan kpd: ~ harta benda; mempertuhan, mempertuhankan menganggap (memuja) sesuatu sbg tuhan, memperdewakan sesuatu: suatu pemikiran yg ~ harta, spt pemikiran dan fahaman kapitalis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
agama | 1. kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: ~ Islam, ~ Kristian; orang yg memeluk ~ Islam disebut juga orang Mukmin; ~ langit agama yg bukan ciptaan manusia; 2. kepercayaan pd sesuatu dewa dll (yg dipuja dsb dan dianggap sbg sesuatu yg amat berkuasa); beragama 1. mempunyai agama, menganut sesuatu agama: orang Melayu ~ Islam; 2. mematuhi ajaran-ajaran agama, taat pd agama, beribadat: memang dia orang ~, tentu sahaja tidak mahu negara yg tidak berdasarkan agama kita; 3. bp terlalu sangat mementingkan, gemar benar, memuja-muja: ~ kpd harta benda; mengagamakan menjadikan sesuatu sbg agama; keagamaan perihal agama, (hal-hal) yg berkaitan dgn agama: sastera ~; semangat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepercayaan | 1 anggapan atau akuan bahawa sesuatu itu ada (benar dll); keyakinan: ~ orang-orang Melayu kpd hantu semakin berkurang sekarang ini. 2 keyakinan atau harapan terhadap kejujuran (kebaikan dll) seseorang: Kami tidak dpt memberi ~ kpd pemimpin-pemimpin yg tidak amanah. 3 dpt dipercayai (ttg kejujurannya dll): orang ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |