perwira | 1. sl berani, gagah: ia seorang perajurit agung lagi ~; ~ perkasa = gagah ~ gagah perkasa; 2. sl orang yg gagah berani, pahlawan: maka oleh segala ~ itu dibawanya keris itu ke barung-barung; 3. Id pegawai tentera (drpd leftenan muda ke atas): kerana keberaniannya ia diangkat menjadi ~ pertama dgn berpangkat leftenan dua; ~ laut pegawai dlm angkatan laut; ~ menengah pegawai tentera drpd kapten hingga ke brigedier (meliputi mejar, leftenan kolonel); ~ penghubung pegawai tentera yg menghubungkan pasukan dll dgn pasukan lain; ~ pertama = ~ rendah pegawai (pangkat leftenan dan kapten); ~ tinggi pegawai yg lebih tinggi drpd kolonel; keperwiraan 1. sl keberanian, kegagahan, kepahlawanan: riuh-rendah bunyi serdadu kedua-dua belah pihak sama-sama menunjukkan kegagahan dan ~; 2. perihal perwira. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keperwiraan | 1. sl keberanian, kegagahan, kepahlawanan: riuh-rendah bunyi serdadu kedua-dua belah pihak sama-sama menunjukkan kegagahan dan ~; 2. perihal perwira. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perwira | 1 gagah lagi berani: orang yg ~. 2 orang yg gagah berani; pahlawan: Hang Tuah merupakan ~ Melayu yg terulung. keperwiraan sifat-sifat perwira; kepahlawanan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perwira | 1 gagah lagi berani: orang yg ~. 2 orang yg gagah berani; pahlawan: Hang Tuah merupakan ~ Melayu yg terulung. keperwiraan sifat-sifat perwira; kepahlawanan. | Kamus Pelajar |
teguh | 1. tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesanggupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaannya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memperlengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll); meneguhkan 1. menguatkan, mengukuhkan: ~ angkatan laut; 2. menyungguhkan, mengesahkan: beliau telah ~ kebenaran berita itu; 3. berpegang teguh (pd janji), tetap memenuhi janji (kata-kata); ~ janji menepati janji; ~ setia tetap setia; memperteguh menjadikan lebih teguh, memperkuat: kita dapat ~ negara dan dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup rakyat kita; keteguhan perihal teguh (hati, iman, dll), kekuatan, ketabahan, ketetapan: ~ hati dan ketabahan jiwa yg begini adalah menunjukkan sifat keperwiraan hulubalang Melayu; peneguhan perihal meneguhkan, penguatan, pengukuhan, penyungguhan; peneguh sesuatu alat (unsur, fakta dsb) yg meneguhkan atau memperteguh: anak merupakan ~ ikatan perkahwinan suami isteri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gagah | 1. kuat, mempunyai tenaga, bertenaga: datuknya sudah pun tua tapi masih ~ mengayuh basikal; 2. berani, perkasa: perajurit yg ~ berani menemui ajalnya di medan perang; ~ berani (perkasa) sangat berani; 3. besar dan tegap (badan), begap: gadis itu tidak jemu-jemu melihat pemuda yg ~ di sampingnya; 4. bangga, megah: dia berasa ~ dapat masuk ke universiti;bergagah-gagahan 1. mengadu kekuatan; 2. beradu megah; menggagah 1. mengerjakan sesuatu dgn sepenuh tenaga; 2. = ~ pinggang bersikap gagah dgn bercekak pinggang; menggagahi 1. memaksa, mengerasi, menguasai: kubu pertahanan itu dapat digagahi musuh; 2. memperkosa, merogol: dia dihukum kerana ~ seorang gadis;menggagahkan membuat gagah (berani, kuat, dll), memberanikan, memaksakan; ~ diri, = ~ hati memberanikan diri; kegagahan perihal gagah: dlm ingatanku tergambar keperwiraan dan ~ Hang Tuah; pintu gerbang di depan menambahkan ~ bangunan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |