kepindahan | kejangkitan, ketularan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pindah | bertukar tempat (kediaman, kerja, dll); ~ milik bertukar pemilik atau tuan punya; ~-randah selalu bertukar tempat (kediaman, dll); ~ tangan bertukar tuan (barang, harta benda, dll); tujuh kali ~ jadi papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan prb pekerjaan yg tiada tetap akan merugikan; berpindah 1. beralih tempat (kediaman, kerja, dll), beranjak: dia mengajak isterinya ~ ke Brunei; dia ~ dr tempat duduk yg di hadapan ke tempat duduk belakang; 2. bertukar atau berganti (kenaikan, tempat, tajuk perbincangan, dll): datang pula fikirannya hendak ~ ke sekoci kecil; setelah membentangkan isi-isi penting, kita akan ~ kpd pembentangan pendapat yg asasi; 3. = berpindah-pindah menjangkit, menular; ~ ke negeri yg baqa (ke akhirat) meninggal dunia, mati; ~-randah selalu berpindah-pindah; ~ tangan berganti pemiliknya; memindah 1. bp = memindahkan; 2. = memindah-mindah, pindah-memindah menjangkit(-jangkit), menular(-nular); memindahi 1. ark banyak yg dipindahkan, banyak kali memindahkan; 2. menjangkiti, menulari; memindahkan 1. meletakkan ke tempat lain, membawa berpindah, mengalihkan ke tempat lain: kerajaan mendirikan rumah-rumah harga murah ini utk ~ setinggan-setinggan; pangkat-pangkat tinggi yg dipegang oleh orang putih akan dipindahkan ke tangan anak negeri ini; 2. menterjemahkan: hikayatnya terlalu indah, ceritanya dipindahkan drpd bahasa Jawa ke bahasa Melayu; 3. menjangkitkan, menularkan: penyakit ini berjangkit dgn sebab dipindahkan oleh lalat; ~ hak memberikan hak kpd orang lain; ~ perhatian mengalihkan perhatian; pindahan barang (harta dll) yg dipindahkan: barang-barang ~; kaum ~ kaum atau bangsa yg hidupnya berpindah-randah; kepindahan kejangkitan, ketularan; perpindahan perihal (perbuatan, kejadian, dsb) berpindah, peralihan: sebab pertama penduduk bertambah ialah adanya ~; ~ pejabat; pemindahan perbuatan memindahkan (mengalihkan): ~ penduduk; melatih orang-orang Malaysia melalui beberapa rancangan ~ kemahiran dan teknologi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |