bertempelan | melekat di beberapa tempat: keping-keping daging masak jatuh ~ di atas lantai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sirap II | sj atap drpd keping-keping papan; menyirap memasang sirap; timah disirap timah yg dipasang sbg sirap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keprak | Jw sj alat bunyi-bunyian drpd kepingkeping kayu dan tin (digunakan ketika bermain wayang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkeping-keping | 1. merupakan atau terdiri drpd kepingan-kepingan: getah yg ~ kemudiannya diasap supaya tahan lama; 2. berpecah-pecah atau bercerai-cerai menjadi keping-keping kecil (drpd sesuatu yg lebih besar), cabik-cabik (kain dll): habislah pecah bercarik-carik seluar dan baju kertasnya itu bercabiran diterbangkan oleh angin ~ ke sana ke mari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
judi karan | sj permainan judi yg memakai kuasa elektrik (nombor ditunjukkan oleh bola yg mengenai keping-keping besi) | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gergaji jig | gergaji utk memotong lengkung-lengkung dalam dan luar yg rumit (pd kayu, plastik dan keping-keping logam yg tipis). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
judi | permainan dgn memakai wang dll sbg taruhan (main ceki, main dadu, dll); ~ karan sj permainan judi yg memakai kuasa elektrik (nombor ditunjukkan oleh bola yg mengenai keping-keping besi); ~ tikam ekor taruhan yg ditikam pd tiga (atau empat) angka terakhir drpd nombor loteri lumba kuda; ~ wawei sj permainan judi dgn menikam pd salah satu drpd tiga puluh enam jenis gambar binatang; main ~ = berjudi; berjudi bermain dgn memakai wang dll sbg taruhan: hampir tiap-tiap malam dia pergi ke kelab itu utk ~; menjudikan, memperjudikan 1. menggunakan wang dll sbg taruhan dlm permainan judi, mempertaruhkan: duit yg aku beri itu habis dijudikannya; 2. meletakkan dlm keadaan yg boleh menimbulkan bahaya atau mudarat, mempertaruhkan: ada golongan rakyat yg memperjudikan hidup mereka dan kewarganegaraan mereka dgn memperjuangkan ciri hidup asing dr luar; ~ nyawa; perjudian 1. hal atau perbuatan berjudi; 2. tempat berjudi; penjudian hal atau perbuatan menjudikan; penjudi orang yg suka main judi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keping I | 1. pipih dan nipis: getah ~; 2. penjodoh bilangan bagi sesuatu yg pipih dan nipis (spt kad, kertas, papan, dsb) atau bagi sesuatu yg luas (spt tanah): dua ~ kertas; se~ tanah; 3. = kepingan; berkeping-keping 1. merupakan atau terdiri drpd kepingan-kepingan: getah yg ~ kemudiannya diasap supaya tahan lama; 2. berpecah-pecah atau bercerai-cerai menjadi keping-keping kecil (drpd sesuatu yg lebih besar), cabik-cabik (kain dll): habislah pecah bercarik-carik seluar dan baju kertasnya itu bercabiran diterbangkan oleh angin ~ ke sana ke mari; mengeping menjadikan (membelah dll supaya menjadi) berkeping-keping: bekerja keras ~ kayu; ~ getah; kepingan 1. bahagian yg kecil serta nipis yg merupakan pecahan drpd sesuatu, pecahan, tembereng: dikutipnya ~-~ kaca drpd gelas yg jatuh terhempas itu; 2. sesuatu yg pipih dan nipis, keping: ~-~ getah yg telah diasap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tempel | (témpél); gambar ~ gambar yg dapat di-lekatkan pd benda lain kalau dibasahi dgn air; bertempel 1. berdamping rapat (dgn), sangat karib dgn, sangat berdekatan: jangan ~ dgn dia; 2. melekat (pd), berlekat pd: gambar-gambar yg ~ di dinding sudah mulai kuning; bertempelan melekat di beberapa tempat: keping-keping daging masak jatuh ~ di atas lantai; menempel 1. melekat (pd), lekat (pd): poster pilihan raya kelihatan ~ di segenap tembok dan tiang telefon; 2. menampal sesuatu dgn: dindingnya dibubuh papan, ditempel dgn baldu yg kuning dan merah; menempeli 1. menempel pd, melekati: Kartini lantas menaruh pakaian di sisi dinding yg penuh ditempeli dgn bermacam-macam gambar; 2. bp menumpangi seseorang; 3. merapati seseorang (dgn maksud mencari keuntungan dll); menempelkan 1. melekatkan sesuatu pd: mereka ~ berita itu di pagar-pagar; 2. ki merapatkan (telinga utk mendengar dll), me-lekapkan: dia ~ telinganya ke dinding dan mendengar kalau-kalau ada orang di situ; 3. ki tetap kekal (perasaan dlm hati), melekat, bersebati: kepercayaanku pd agamaku makin ~ terus dlm hatiku; 4. menumpang (duduk dll), menebeng: dia ~ di rumah saudaranya; 5. berapat-rapat dgn (dgn maksud mencari keuntungan dll), menyobat: beliau sekarang mencuba ~ kpd Presiden; 6. memberi wang suap, menyogok, menyuap; tempelan 1. tempat menempelkan sesuatu; 2. sesuatu yg ditempelkan (spt label dll): dinding ini sudah terkopek-kopek papannya, tetapi dibersihkan oleh ~ kertas kuning; 3. orang yg ditempeli (ditumpangi dll); 4. Id cukai pasar (dgn resit yg ditempelkan); 5. Id bunga dll yg disematkan di baju (sbg tanda turut menderma kpd badan amal dll); penempelan proses menempelkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keping | 1 penjodoh bilangan utk benda-benda yg pipih atau tipis (papan dll) atau yg lebar meluas spt tanah: dua ~ papan; se~ tanah. 2 = kepingan sesuatu yg pipih atau tipis bentuknya: getah ~. berkeping-keping terdiri drpd beberapa keping; berpecah-pecah drpd sesuatu yg lebih besar: Lapisan sel yg mati itu menjadi keras dan ~. mengeping menghiris, membelah dsb supaya berkeping-keping. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |