berkeping-keping | 1. merupakan atau terdiri drpd kepingan-kepingan: getah yg ~ kemudiannya diasap supaya tahan lama; 2. berpecah-pecah atau bercerai-cerai menjadi keping-keping kecil (drpd sesuatu yg lebih besar), cabik-cabik (kain dll): habislah pecah bercarik-carik seluar dan baju kertasnya itu bercabiran diterbangkan oleh angin ~ ke sana ke mari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keping | 1 penjodoh bilangan utk benda-benda yg pipih atau tipis (papan dll) atau yg lebar meluas spt tanah: dua ~ papan; se~ tanah. 2 = kepingan sesuatu yg pipih atau tipis bentuknya: getah ~. berkeping-keping terdiri drpd beberapa keping; berpecah-pecah drpd sesuatu yg lebih besar: Lapisan sel yg mati itu menjadi keras dan ~. mengeping menghiris, membelah dsb supaya berkeping-keping. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keping I | 1. pipih dan nipis: getah ~; 2. penjodoh bilangan bagi sesuatu yg pipih dan nipis (spt kad, kertas, papan, dsb) atau bagi sesuatu yg luas (spt tanah): dua ~ kertas; se~ tanah; 3. = kepingan; berkeping-keping 1. merupakan atau terdiri drpd kepingan-kepingan: getah yg ~ kemudiannya diasap supaya tahan lama; 2. berpecah-pecah atau bercerai-cerai menjadi keping-keping kecil (drpd sesuatu yg lebih besar), cabik-cabik (kain dll): habislah pecah bercarik-carik seluar dan baju kertasnya itu bercabiran diterbangkan oleh angin ~ ke sana ke mari; mengeping menjadikan (membelah dll supaya menjadi) berkeping-keping: bekerja keras ~ kayu; ~ getah; kepingan 1. bahagian yg kecil serta nipis yg merupakan pecahan drpd sesuatu, pecahan, tembereng: dikutipnya ~-~ kaca drpd gelas yg jatuh terhempas itu; 2. sesuatu yg pipih dan nipis, keping: ~-~ getah yg telah diasap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
papan I | 1. keping kayu yg nipis atau lebar; kilang ~ kilang utk membuat papan drpd kayu; rumah ~ rumah yg dindingnya drpd papan; 2. keping (penjodoh bilangan bagi petai, mercun, dll); ~ bam papan tumpuan kemudi atau tiang pd perahu (kapal); ~ batu papan drpd sj batu (utk menulis), batu tulis; ~ berapit papan di atas apit lempang; ~ canai papan utk mencanai; ~ catur papan utk permainan catur; ~ cuki papan utk permainan cuki; ~ dam papan utk bermain dam (tempat digerakkan buah dam); ~ dondang papan buaian (ayunan); ~ gentian sj papan yg dibuat drpd gentian selulosa (yg dipadatkan dgn menggunakan haba dan tekanan); ~ hitam = ~ tulis papan yg biasanya bercat hitam tempat menulis dgn kapur; ~ iklan papan besar tempat dipaparkan sesuatu iklan; ~ jongkang-jongket papan permainan kanak-kanak yg boleh turun naik; ~ karom papan dgn empat penjurunya berlubang (dan dibubuh jaring kecil) digunakan utk bermain karom; ~ kedua (Eko) papan penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur yg menyenaraikan saham syarikat sederhana dgn modal berbayarnya antara RM5 juta hingga RM20 juta; ~ kekunci alat yg mempunyai set kekunci yg digunakan utk memasukkan data ke dlm komputer; ~ kenyataan papan tempat ditulis atau ditampal kenyataan (larangan, pengumuman, dll); ~ keranda papan utk membuat keranda; ~ lantai papan yg digunakan utk membuat lantai; ~ lapis papan yg merupakan satuan drpd kepingan nipis papan; ~ lukis(an) papan tempat kertas disemat (direntangkan dll) supaya senang melukis; ~ nada (Muz) alat yg mempunyai set kekunci yg mengeluarkan nada berbeza apabila ditekan, mis pd piano, organ dsb; ~ notis papan kenyataan; ~ pembasuh papan tempat membasuh kain; ~ pemuka bahagian di dlm kereta dsb di bawah cermin depan yg menghadap pemandu, tempat terdapatnya pelbagai alat kawalan, suis, meter dsb; ~ serpai papan panel yg dihasilkan drpd gabungan serpihan bahan-bahan lain yg diikat dgn resin atau bahan pengikat lain; ~ tanda papan nama sesuatu tempat (kawasan); ~ utama (Eko) papan penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur yg menyenaraikan saham syarikat besar yg modal berbayarnya melebihi RM20 juta; sepapan sekeping: ~ petai; memapan mengenakan (memasang) papan utk lantai rumah dll; perut ~ Id perut keras; belayar sambil ~ prb melakukan dua pekerjaan (perkara) sekali gus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keping | 1. penjodoh bilangan utk benda-benda yg pipih atau tipis (spt papan dll) atau yg lebar meluas spt tanah:<i>dua ~ papan; se~ tanah.i> 2 = kepingan sesuatu yg pipih atau tipis bentuknya: <i>getah ~; ~ papan.i> berkeping-keping terdiri drpd beberapa keping; berpecah-pecah drpd sesuatu yg lebih besar: <i>Lapisan sel yg mati itu menjadi keras dan ~.i> mengeping mengiris, membelah dsb supaya berkeping-keping. | Kamus Pelajar |
judi | permainan dgn memakai wang dll sbg taruhan (main ceki, main dadu, dll); ~ karan sj permainan judi yg memakai kuasa elektrik (nombor ditunjukkan oleh bola yg mengenai keping-keping besi); ~ tikam ekor taruhan yg ditikam pd tiga (atau empat) angka terakhir drpd nombor loteri lumba kuda; ~ wawei sj permainan judi dgn menikam pd salah satu drpd tiga puluh enam jenis gambar binatang; main ~ = berjudi; berjudi bermain dgn memakai wang dll sbg taruhan: hampir tiap-tiap malam dia pergi ke kelab itu utk ~; menjudikan, memperjudikan 1. menggunakan wang dll sbg taruhan dlm permainan judi, mempertaruhkan: duit yg aku beri itu habis dijudikannya; 2. meletakkan dlm keadaan yg boleh menimbulkan bahaya atau mudarat, mempertaruhkan: ada golongan rakyat yg memperjudikan hidup mereka dan kewarganegaraan mereka dgn memperjuangkan ciri hidup asing dr luar; ~ nyawa; perjudian 1. hal atau perbuatan berjudi; 2. tempat berjudi; penjudian hal atau perbuatan menjudikan; penjudi orang yg suka main judi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
papan | 1 kayu yg tipis dan berkeping-keping. 2 penjodoh bilangan utk benda yg berkeping-keping (petai dll). ~ batu papan drpd sj batu utk tempat menulis; batu tulis. ~ catur papan dll yg berbentuk empat persegi serta berpetak-petak tempat bermain catur. ~ hitam papan yg biasanya bercat hitam tempat menulis dgn kapur. ~ induk ist papan litar dlm mikrokomputer yg mengandungi mikropemproses, kad grafik, kad bunyi dan litar lain yg berkaitan. ~ jongkang-jongket papan panjang permainan kanak-kanak yg dpt digerakkan turun naik (bahagian hujungnya diduduki). ~ kekunci alat yg mempunyai set kekunci yg digunakan utk memasukkan data ke dlm komputer. ~ kenyataan papan tempat meletakkan sebarang pengumuman dll. ~ klip ist kawasan dlm ingatan komputer yg menyimpan data atau teks yg dipotong sehingga data atau teks tsb ditampalkan pd fail lain. ~ litar ist papan penebat nipis yg digunakan utk memegang dan menyokong litar elektronik. ~ pemuka bahagian hadapan di dlm kereta, lori dsb tempat terdapatnya pelbagai meter, alat kawalan, suis dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
papan | 1kayu yg tipis dan berkeping-keping. 2 penjodoh bilangan utk benda yg berkeping-keping spt petai dll. ~ batu papan drpd sj batu utk tempat menulis; batu tulis. ~ catur papan dll yg berbentuk empat persegi serta berpetak-petak tempat bermain catur. ~ hitam papan yg biasanya bercat hitam tempat menulis dgn kapur. ~ jongkang-jongket papan panjang permainan kanak-kanak yg dpt digerakkan turun naik (bahagian hujungnya diduduki). ~ kenyataan papan tempat meletakkan sebarang pengumuman dll. | Kamus Pelajar |
tempel | (témpél); gambar ~ gambar yg dapat di-lekatkan pd benda lain kalau dibasahi dgn air; bertempel 1. berdamping rapat (dgn), sangat karib dgn, sangat berdekatan: jangan ~ dgn dia; 2. melekat (pd), berlekat pd: gambar-gambar yg ~ di dinding sudah mulai kuning; bertempelan melekat di beberapa tempat: keping-keping daging masak jatuh ~ di atas lantai; menempel 1. melekat (pd), lekat (pd): poster pilihan raya kelihatan ~ di segenap tembok dan tiang telefon; 2. menampal sesuatu dgn: dindingnya dibubuh papan, ditempel dgn baldu yg kuning dan merah; menempeli 1. menempel pd, melekati: Kartini lantas menaruh pakaian di sisi dinding yg penuh ditempeli dgn bermacam-macam gambar; 2. bp menumpangi seseorang; 3. merapati seseorang (dgn maksud mencari keuntungan dll); menempelkan 1. melekatkan sesuatu pd: mereka ~ berita itu di pagar-pagar; 2. ki merapatkan (telinga utk mendengar dll), me-lekapkan: dia ~ telinganya ke dinding dan mendengar kalau-kalau ada orang di situ; 3. ki tetap kekal (perasaan dlm hati), melekat, bersebati: kepercayaanku pd agamaku makin ~ terus dlm hatiku; 4. menumpang (duduk dll), menebeng: dia ~ di rumah saudaranya; 5. berapat-rapat dgn (dgn maksud mencari keuntungan dll), menyobat: beliau sekarang mencuba ~ kpd Presiden; 6. memberi wang suap, menyogok, menyuap; tempelan 1. tempat menempelkan sesuatu; 2. sesuatu yg ditempelkan (spt label dll): dinding ini sudah terkopek-kopek papannya, tetapi dibersihkan oleh ~ kertas kuning; 3. orang yg ditempeli (ditumpangi dll); 4. Id cukai pasar (dgn resit yg ditempelkan); 5. Id bunga dll yg disematkan di baju (sbg tanda turut menderma kpd badan amal dll); penempelan proses menempelkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daun I | 1. bahagian tumbuh-tumbuhan yg biasanya leper dan nipis, berwarna hijau, dan tumbuh di dahan; 2. benda yg berhelai-helai (berkeping-keping nipis-nipis): ~ rokok; ~ terup; 3. bahagian sesuatu yg lebar lagi nipis: ~ kipas; ~ pintu; ~ ceding Kl pelengkap (penguat) sesuatu; ~ dayung bahagian yg lebar di hujung dayung (pengayuh); ~ kaki Kl taraf yg paling rendah; ~ kipas bahagian kipas angin yg berkeping-keping; ~ kentut-kentut sj tumbuhan (herba) yg daunnya dijadikan ubat, akar sekentut, Paederia foetida; ~ meja papan di atas meja; ~ neraca (dacing) piring neraca (dacing); ~ padi sj pisau kecil; ~ parsli sejenis tumbuhan kecil (daunnya kerinting) yg digunakan sbg perisa atau hiasan dlm masakan, Petroselinum crispum; ~ pintu papan pintu yg boleh dibuka tutup; ~ rampas Kl a) daun yg dipungut kali yg terakhir; b) kaum yg dikuasai orang lain; ~ sari salut ranggi dan kelopak bunga dikira sekali; ~ sisik tumbuhan kecil (pd pokok) yg melindungi tunas; ~ tapak anjing Kl daun tumbuh-tumbuhan yg mula-mula bercambah; ~ telinga bahagian telinga yg di luar; ~ tingkap papan tingkap yg boleh dibuka tutup; makan se~ sl makan bersama-sama di sesuatu tempat (sebelum masuk perang dll sbg tanda seia sekata); ~ dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga prb tidak sama kasih kpd anak sendiri dgn kasih kpd anak orang; ~ nipah dikatakan ~ labu prb salah faham yg terbit kerana malas bertanya; ~nya jatuh melayang, buahnya jatuh ke pangkal juga prb akan ketahuan juga kekurangan seseorang walaupun tinggi pengetahuannya, yg berguna tinggal dan yg tidak berguna terbuang; bagai kucing main ~ prb peri kehebatan seseorang; berdaun mempunyai daun, tumbuh (bercambah) daunnya; mendaun menjadi spt daun; ~ kayu ki banyak spt daun kayu; ~ kunyit ki tidak berguna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |