kepongahan | keangkuhan, kecongkakan, kesombongan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecongkakan | kesombongan, kebongkakan, kepongahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebongkakan | perihal (sifat dsb) bongkak, kepongahan, kesombongan, keangkuhan: ia bercekak pinggang pula, menampakkan ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bongkak | pongah, sombong, angkuh: kau jangan takbur dan ~;kebongkakan perihal (sifat dsb) bongkak, kepongahan, kesombongan, keangkuhan: ia bercekak pinggang pula, menampakkan ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pongah I | sangat sombong, angkuh, bongkak, congkak: dgn ~ engkau membusungkan dada mengatakan engkau Tuan Pengarah; berpongah-pongah berlagak (berkelakuan dll) sombong, bercakap sombong; memongahkan menyombongkan, memperagakan, memperlagakkan; kepongahan keangkuhan, kecongkakan, kesombongan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
congkak I | sombong, bongkak, pongah; ~-bongkak = ~-bongkah terlalu congkak, terlalu sombong; kerana ~ badan binasa prb a) kerana sombong, tidak mahu mengadu hal, badan sendiri mendapat celaka; b) kerana suka berjoli, diri sendiri jadi celaka; kecongkakan kesombongan, kebongkakan, kepongahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |