takhta | tempat raja bersemayam. ~ kerajaan a. kerusi tempat raja bersemayam; singgahsana. b. ki wilayah yg di bawah pemerintahan raja; kekuasaan raja. bertakhta 1 = ~ kerajaan menjadi raja atau memerintah negeri. 2 bersemayam di; berkerajaan di. mentakhtakan menabalkan sbg raja: Baginda telah ditakhtakan oleh rakyat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertakhta | 1 = ~ kerajaan menjadi raja atau memerintah negeri. 2 bersemayam di; berkerajaan di. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertakhta | 1. = ~ kerajaan menjadi raja, memerintah negeri; 2. berkerajaan di, bersemayam di; 3. ki berada, berkedudukan: jiwa besar mesti ~ dlm seluruh kehidupan para pemimpin dan penulis; 4. ki bertempat, tersemat: apa yg sedang ~ di hatinya sekarang ialah cintanya terhadap Azman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buangan | 1. sesuatu yg dibuang (sampah dll); 2. (orang) yg dibuang (dihukum buang); 3. berada (dibentuk) di negeri asing kerana tidak dibenarkan (diharamkan) di negeri sendiri: kami tetap pewaris takhta itu walaupun kami hidup dlm ~; kerajaan ~ kerajaan yg dibentuk di negeri luar (utk melawan kerajaan yg ada); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dinas | Id 1. jabatan (kerajaan yg mengurus tugas tertentu): ~ kehaiwanan; 2. sesuatu yg bersangkutan dgn jabatan: pakaian ~; rahsia ~; ikatan ~ perjanjian utk bekerja dgn kerajaan apabila tamat belajar; 3. masa berkhidmat (dgn kerajaan, syarikat, dll); 4. sedang bertugas (bekerja). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
takhta | tempat raja bersemayam; ~ kerajaan a) (kerusi, peterana) tempat raja bersemayam, singgahsana; b) ki kekuasaan raja, wilayah di bawah pemerintahan raja; ~ rawan tandu utk raja-raja; naik ~ menjadi raja; turun ~ meletakkan jawatan raja; bertakhta 1. = ~ kerajaan menjadi raja, memerintah negeri; 2. berkerajaan di, bersemayam di; 3. ki berada, berkedudukan: jiwa besar mesti ~ dlm seluruh kehidupan para pemimpin dan penulis; 4. ki bertempat, tersemat: apa yg sedang ~ di hatinya sekarang ialah cintanya terhadap Azman; mentakhtai menduduki (memegang) takhta; mentakhtakan mendudukkan di takhta kerajaan, menabalkan menjadi raja: baginda ditakhtakan oleh rakyat menjadi raja negeri itu; ketakhtaan perihal naik takhta: ~ dinasti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerajaan tempatan | 1 pemerintahan (pentadbiran) di peringkat daerah spt pekan, bandar. 2 sistem kerajaan yg meletakkan pentadbiran hal ehwal kerajaan pd pihak berkuasa setempat, mis majlis perbandaran dan majlis daerah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerajaan | 1 negeri atau negara yg mempunyai raja sbg kepala pemerintahannya: ~ Arab Saudi. 2 pemerintahan atau pemerintah sesebuah negara: ~ Thailand. 3 naik takhta; menjadi raja: Jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini. ~ campuran pemerintahan yg anggota kabinetnya terdiri drpd berbagai-bagai parti (bukan drpd satu parti politik). ~ pusat pemerintahan yg bersifat kebangsaan (iaitu seluruhnya, bukan kerajaan negeri atau bahagian). ~ tempatan 1 pemerintahan (pentadbiran) di peringkat daerah spt pekan, bandar. 2 sistem kerajaan yg meletakkan pentadbiran hal ehwal kerajaan pd pihak berkuasa setempat, mis majlis perbandaran dan majlis daerah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kementerian | 1. jabatan kerajaan yg diketuai oleh menteri: K~ Pendidikan; 2. bangunan bagi jabatan kerajaan, pejabat menteri; 3. jawatan menteri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
raja I | 1 orang yg mengetuai dan yg memerintah sesebuah negara atau bangsa secara warisan: Sesudah Perang Dunia Kedua ~ Itali telah turun takhta. 2 gelar orang bangsawan yg berketurunan sultan. 3 orang (badan) yg berkuasa; pemerintah: Kompeni Inggeris kembali semula menjadi ~ di Melaka. 4 orang yg berkuasa dan besar pengaruhnya dlm sesuatu lingkungan perusahaan atau kepentingan (spt perusahaan minyak, kewangan dll): ~ minyak. 5 nama buah catur yg terpenting. ~ agas orang yg berbadan kecil tetapi berani. ~ bola pemain bola sepak yg handal. ~ laut laksamana. ~ muda anak raja bakal pengganti raja; tengku mahkota. ~ sehari pengantin. beraja 1 menjadi raja; berlaku sbg raja: Dia ~ di mata bersultan di hati. 2 mempunyai raja: Adat negeri itu tiada ~. berajakan mempunyai atau menganggap seseorang sbg raja; beraja kpd; bertuankan: Orang Melaka sangat kasih akan beliau dan setuju ~ beliau. merajai 1 menjadi raja di; memerintah: Bagindalah yg mula-mula ~ negeri Perak. 2 menguasai diri. merajakan mengangkat menjadi raja; menobatkan: Setelah Sultan Ali mangkat pembesar-pembesar Perak telah ~ Raja Ismail sbg gantinya. kerajaan 1 negeri atau negara yg mempunyai raja sbg kepala pemerintahannya: ~ Arab Saudi. 2 pemerintahan atau pemerintah sesebuah negara: ~ Negeri Thai. 3 naik takhta; menjadi raja: Jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini. ~ campuran pemerintahan yg anggota kabinetnya terdiri drpd berbagai-bagai parti (bukan drpd satu parti politik). ~ pusat pemerintahan yg bersifat kebangsaan (iaitu seluruhnya, bukan kerajaan negeri atau bahagian). ~ tempatan pemerintahan (pentadbiran) di peringkat daerah spt pekan, bandar dsb. berkerajaan ada kerajaannya; mempunyai kerajaan (sbg pemerintah): Mereka bertindak utk mencapai kebebasan dan kekuasaan politik ke arah ~ sendiri. perajaan perihal (cara dll) merajai atau merajakan: Sistem ~ berterusan mengikut giliran di kalangan raja-raja Melayu. | Kamus Pelajar |