Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ra.na] | کران

Definisi : kata hubung yg menerangkan punca atau sebab berlakunya sesuatu keadaan atau kejadian; oleh sebab: Mereka menjadi kaya ~ mereka rajin dan berusaha. ~ apa oleh sebab apa; mengapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerana (kata tugas)
Bersinonim dengan lantaran, oleh sebab, sebab, fasal, dek, demi, akibat, bahawa, untuk, tujuan, maksud, bahana, tegal, baktan, saking, asal mula.,

Puisi
 

Kucing kurus menghembus api,
     Sudah hembus padam menyala;
Kurus kering kerana susah hati,
     Kerana telinga tak mendengar kata.


Lihat selanjutnya...(167)
Peribahasa

Kuat ikan kerana radai,
     kuat burung kerana sayap,
kuat ketam kerana sepit.

Bermaksud :

Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai).

 

Lihat selanjutnya...(326)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
senak1 sesak dlm perut kerana terlalu kenyang (kena tumbuk dll); sesak dada kerana susah bernafas: Perutnya ~ kerana terkena bola. 2 (bkn air dsb) tidak dpt mengalir kerana terlalu penuh; tergenang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
paksa Itidak dpt dibantah lagi kerana dimestikan; tidak dgn kemahuan sendiri melainkan kerana desakan: Mereka pergi ke sana bukannya kerana suka melainkan kerana ~. memaksa menyuruh orang melakukan sesuatu dgn tidak boleh tidak; menyuruh dgn paksa: Kita tidak boleh ~ orang melakukan sesuatu yg tidak disukainya. memaksakan menjadikan sesuatu diterima dgn perasaan tidak rela; memberikan sesuatu dgn paksa kpd: Pihak berkuasa tidak boleh ~ peraturan itu kpd orang ramai. terpaksa tidak ada pilihan lain; tidak boleh tidak; mesti: Pd zaman dahulu, orang-orang yg pergi naik haji ~ menunggang unta dr Judah ke Mekah. paksaan hal dipaksa atau dipaksakan; yg dipaksakan; desakan: Ia membantah ~ ke atas dirinya. pemaksaan perbuatan atau hal memaksa: ~ tidak selalunya mendatangkan keburukan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
laparberasa hendak makan kerana perut kosong: Saya ~ kerana belum makan apa-apa sejak pagi tadi. berlapar menanggung lapar; berasa lapar: Kami terpaksa ~ kerana kehabisan wang. melaparkan menjadikan lapar; membiarkan perut kosong dgn tidak makan. kelaparan 1 perihal atau keadaan lapar; rasa lapar: Mereka mengalas perut utk mengelakkan ~. 2 menanggung atau menderita lapar; dlm keadaan lapar: Anak-anak yg ~ itu diberi makanan. Banyak antara mereka yg mati ~. 3 kekurangan, ketiadaan atau kehabisan makanan: Kerajaan kita berusaha utk menjauhkan bencana ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
patah1 putus atau hampir putus kerana kekerasan (bukan kerana dipotong); tidak bertaut atau tidak bercantum lagi: Lengan kiri Amir telah ~ kerana terjatuh dr pokok jambu. 2 penjodoh bilangan utk perkataan atau kata: Dia tidak berkata se~ pun. ~ hati a. hilang keberanian. b. tidak mahu berusaha lagi; kecewa. ~ lidah tidak dpt berkata-kata atau tidak dpt menjawab. ~ perang kalah perang. ~ riuk patah tulang yg teruk. berpatah bertukar atau berubah dr arah yg dituju: Penyu pun terus ~ balik dan menghantar kera itu pulang. mematahkan 1 membuat atau menyebabkan patah: ~ ranting kayu. 2 menjadikan tidak berlanjutan (bkn serangan dll); menggagalkan; mengalahkan: Brooke telah ditawari jawatan gabenor jika dia berjaya ~ pemberontakan itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lekang1 pecah kerana terkena panas; retak: Kerana hari terlalu panas, tanah sawah menjadi kering dan ~. 2 mudah tanggal (bkn daging buah dr biji); longkah: Rambutan ini ~ dan manis. 3 terkopek (bkn cat dsb); tertanggal. melekang 1 menjadi pecah atau belah (bkn tanah, bibir dll) kerana panas. 2 tanggal (bkn daging buah dr biji). 3 mengelupas (cat dr dinding dll). melekangkan memisahkan (sesuatu, seseorang) dr: Sangat susah ia hendak ~ dirinya dr anaknya yg disayangi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merengus1 bermasam muka kerana tidak senang hati atau kerana marah; berbuat sesuatu dgn keras dan kasar kerana marah dll: Bidin ~ lalu mengheret Bujal naik. 2 = merengus-rengus merungut; bersungut-sungut (kerana marah dll): Ia ~ sambil berjalan dr situ. perengus orang yg suka merengus.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rengus; merengus 1 bermasam muka kerana tidak senang hati atau kerana marah; berbuat sesuatu dgn keras dan kasar kerana marah dll: Bidin ~ lalu mengheret Bujal naik. 2 = merengus-rengus merungut; bersungut-sungut (kerana marah dll): Ia ~ sambil berjalan dr situ. perengus orang yg suka merengus.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sakit1 berasa tidak sihat tubuh atau bahagian-bahagiannya kerana sesuatu sebab; uzur: Dia tidak dpt bekerja hari ini kerana ~ perut. 2 ki berasa sedih (susah); sengsara. ~ akal (fikiran, otak) gila. ~ hati berasa marah kerana dihina dll. ~ jiwa tidak berapa siuman kerana ada sesuatu yg menekan jiwanya. ~ kepala berasa pening kepala. ~ kuning penyakit yg disebabkan oleh gangguan pd hempedu dan menjadikan tubuh dan mata berwarna kuning. ~ mata a. sakit pd mata. b. tidak suka atau tidak berkenan melihat sesuatu yg tidak digemari. ~ mental tidak siuman, gila. ~ telinga a. sakit pd telinga. b. sakit hati (perasaan) kerana mende­ngar kata-kata yg tidak digemari. ber­­s­akit menahan rasa sakit: kuat ~ kuat menahan rasa sakit. bersakit-sakit 1 berusaha dgn tidak mengenal jerih dan payah; berusaha sungguh-sungguh (utk mencapai se­­suatu): ~ dahulu, bersenang-senang ke­mudi­an. 2 menanggung ke­susahan (kesulitan dsb): Kalau tidak sanggup ~, janganlah hidup di rantau orang. 3 kerap jatuh sakit; selalu menderita sakit: Sejak dua tahun yg lalu, dia ~ saja. menyakiti 1 menyebabkan orang berasa sakit: Sebenarnya polis tidak boleh ~ orang-orang tahanan. 2 menjadikan sakit: Kata-katanya ~ hatiku. menyakitkan menimbulkan rasa sakit; mendatangkan sakit: Hulu kikir yg bujur akan ~ tangan ketika menggunakannya. kesakitan 1 menderita sakit: Anak itu menjerit-jerit ~ kerana dipukuli ayahnya. 2 keadaan atau hal sakit; kesukaran hidup; kesengsara­an. penyakit sesuatu yg menyebabkan badan atau bahagian badan menjadi sakit: ~ malaria sudah berkurang sekarang ini. ~ berjangkit penyakit (spt kurap) yg mudah berjangkit. ~ masyarakat (sosial) sesuatu amalan atau per­lakuan yg menimbulkan masalah dan melemahkan masyarakat, spt masa­lah penagihan dadah dan rasuah. berpenyakit 1 ada penyakitnya. 2 = penyakitan selalu menderita sakit; selalu sakit: Pengemis itu sudah tua dan ~. pesakit orang yg sakit. ~ luar pesakit yg hanya diberi rawatan di hospital atau klinik tetapi tidak dimasukkan ke (dlm) wad.Kamus Pelajar Edisi Kedua
moyoktidak cergas kerana sakit atau kerana sudah tua; tidak bertenaga dan lembap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mati syahidmati kerana Allah (spt kerana membela agama Islam).Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas