kerangka | 1 rangka-rangka utk rumah, kapal dll; tulang-tulang (binatang atau manusia) yg tersusun mengikut keadaan yg sebenarnya. 2 garis kasar atau rangka utk karangan, lukisan dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerangka utama | komputer yg berkuasa tinggi yg biasanya digunakan dlm sistem pemprosesan data pukal (dgn pengguna yg ramai); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerangka | 1. rangka-rangka (kapal, rumah, dll), tulang-tulang (yg dapat menunjukkan susuk tubuh binatang dll): ~ rumah; ~ gajah; 2. rangka (lukisan dsb), lakar(an), rancangan atau garis kasar (karangan, lukisan, dll), rangka: falsafah yg mendasari pembentukan ~ teori penyelidikan; ~ utama komputer yg berkuasa tinggi yg biasanya digunakan dlm sistem pemprosesan data pukal (dgn pengguna yg ramai); terkerangka 1. masih dalam bentuk rangkanya (bkn binaan rumah dsb); 2. ki masih dlm peringkat permulaan (belum sempurna). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerangka | 1. rangka-rangka utk rumah, kapal dll; tulang-tulang (binatang atau manusia) yg tersusun mengikut keadaan yg sebenarnya. 2. garis kasar atau rangka utk karangan, lukisan dll. | Kamus Pelajar |
kerangka utama(mainframe) | Lihat komputer kerangka utama. | Kamus Komputer |
rangka | 1 tulang-tulang yg menentukan bentuk tubuh manusia atau binatang; kerangka. 2 tulang-tulang atau kerangka pd rumah (yg menunjukkan bentuknya). 3 garis-garis kasar bagi sesuatu perkara; rancangan: Sebelum mengarang, sediakanlah ~nya dahulu. berangka mempunyai rangka; ada bentuknya (bangunnya). merangkakan membuat atau mengatur rangka utk sesuatu: Mereka berusaha ~ satu projek yg menguntungkan semua pihak. merangka-rangkakan mengatur-atur; mereka-reka: Ia ~ bahan yg akan diucapkan esok. perangka orang atau pihak yg merangkakan sesuatu: Para ~ program itu sedang bermesyuarat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rangka | 1 tulang-tulang yg menentukan bentuk tubuh manusia atau binatang; kerangka. 2 tulang-tulang atau kerangka pd rumah (yg menunjukkan bentuknya). 3 garis-garis kasar bagi sesuatu perkara; rancangan: Sebelum mengarang, sediakanlah ~nya dahulu. berangka mempunyai rangka; ada bentuknya (bangunnya). merangkakan membuat atau mengatur rangka utk sesuatu. merangka-rangkakan mengatur-atur; mereka-reka: Ia ~ bahan yg akan diucapkan esok. | Kamus Pelajar |
komputer kerangka utama(mainframe computer) | Komputer jenis besar yang lebih berkuasa dan pantas yang biasa digunakan dalam sistem berkongsi masa bagi pemprosesan data pukal dan boleh digunakan oleh pengguna yang ramai. | Kamus Komputer |
superkomputer | (Komp) sistem komputer kerangka utama yg paling besar, paling berkuasa dan paling laju. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jerangkung | Jw rangka (tulang kerangka) manusia dll; hantu ~ hantu orang mati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |