kere | (keré) bidai; ®kerai I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perkenan | izin (keizinan), kelulusan, kerelaan, persetujuan; ~ diraja persetujuan rasmi yg diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb, mis perkenan Yang di-Pertuan Agong terhadap rang undang-undang yg dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen utk membolehkannya menjadi suatu undang-undang atau akta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerai I | sj bidai (dipasang pd pintu, jendela, dll); kere. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketenteraman | 1. perihal tenteram, keamanan, kesentosaan: pertukaran fikiran telah berlaku tentang soal-soal ~, keselamatan dan pertahanan di Asia Tenggara; 2. ketenangan (fikiran, hati, perasaan), keredaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenteram | 1. tidak ada rusuhan (kekacauan), aman, sentosa: negeri yg begitu aman dan ~; 2. tidak berasa khuatir atau gelisah (perasaan hati, fikiran, dll), tenang: beliau meninggalkan rumah itu dgn hati yg tidak ~; menenteramkan 1. menjadikan tenteram, mengamankan, menyentosakan: pemimpin-pemimpin Perikatan dr Kuala Lumpurlah yg ~ keadaan kacau di Singapura itu; 2. menjadikan tidak gelisah (kacau, rusuh), menenangkan (fikiran, hati, perasaan): tetapi bagaimanapun dia belum dapat ~ jiwanya; ketenteraman 1. perihal tenteram, keamanan, kesentosaan: pertukaran fikiran telah berlaku tentang soal-soal ~, keselamatan dan pertahanan di Asia Tenggara; 2. ketenangan (fikiran, hati, perasaan), keredaan; penenteraman perihal menenteramkan;penenteram orang (atau bahan) yg menenteramkan sesuatu: ubat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kenan I | ; berkenan 1. bersetuju di hati, berasa gembira (puas hati, senang hati): maka Sultan Mansor Shah pun ~ mendengar bunyi surat itu; ~ pd = ~ di hati disukai (diminati, disenangi): yg mana ~ pd encik, ambillah; buat masa ini belum ada gadis yg ~ di hati Nasir; 2. (kata kehormatan yg digunakan utk raja atau orang atasan dgn maksud) bersetuju (melakukan sesuatu, menunaikan permintaan utk), sudi: Duli Yang Maha Mulia Sultan telah ~ meletakkan batu asas bangunan itu; memperkenankan mengizinkan, meluluskan, menyetujui, memakbulkan (bkn Tuhan): tidaklah dapat ia ~ permintaan Wirja; semoga doamu itu akan diperkenankan Tuhan; perkenanan perkenan; perkenan izin (keizinan), kelulusan, kerelaan, persetujuan; ~ diraja persetujuan rasmi yg diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan, Yang Dipertua Negeri dsb, mis perkenan Yang di-Pertuan Agong terhadap rang undang-undang yg dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen utk membolehkannya menjadi suatu undang-undang atau akta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |