kerenah birokrasi | proses atau urusan kerja, terutamanya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai peraturan, peringkat-peringkat kelulusan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dpt diluluskan atau dilaksanakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerenah birokrasi | proses atau urusan kerja, terutamanya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai formaliti, peringkat, peraturan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dapat diluluskan atau dilaksanakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerenah | /kerénah/ ragam; tingkah; kemahuan: Dia naik darah melihat ~ adiknya itu. ~ birokrasi proses atau urusan kerja, terutamanya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai peraturan, peringkat-peringkat kelulusan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dpt diluluskan atau dilaksanakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerenah | (kerénah) ragam, tingkah laku, kemahuan: banyak benar ~nya budak ini; ~ birokrasi proses atau urusan kerja, terutamanya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai formaliti, peringkat, peraturan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dapat diluluskan atau dilaksanakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
birokrasi | 1. sistem pemerintahan atau pentadbiran yg dikendalikan atau dijalankan oleh pegawai-pegawai kerajaan (yg tidak dipilih oleh rakyat); 2. cara pemerintahan atau pentadbiran dgn pegawai-pegawai kerajaan yg mempunyai kuasa yg besar; 3. cara pentadbiran yg melibatkan berbagai-bagai peringkat atau proses pengurusan dan banyak peraturan; membirokrasikan 1. mengamalkan sistem pemerintahan yg dijalankan oleh para pentadbir; 2. ki mengamalkan cara pentadbiran atau pengurusan yg banyak peraturan (kerenah dll): tindakan ~ urusan permohonan tender baru ini mengakibatkan ramai kontraktor mengeluh kehampaan;pembirokrasian perihal membirokrasikan sesuatu: ~ ini banyak mempengaruhi perkembangan universiti di Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |