rendah | 1 tidak jauh jaraknya dr bawah; tidak tinggi: bangunan yg ~; pokok yg ~. 2 tidak nyaring (bkn suara); perlahan: bercakap dgn suara yg ~. 3 tidak mulia budi (hati); hina: ~ akhlak; ~ budi. 4 tidak mahal; murah: Harga getah ~ sekarang. 5 tidak banyak (bkn pendapatan dll); sedikit: golongan yg berpendapatan ~. 6 tingkat permulaan: sekolah ~. 7 tidak penting; bawahan (bkn pangkat atau kedudukan): pegawai ~. 8 kurang baik (bkn mutu): barang yg mutunya ~. 9 belum maju lagi; mundur: keadaan hidup yg masih ~. ~ hati (diri) tidak sombong; baik hati. merendah 1 menjadi rendah; menurun: Dengkurnya mula ~. 2 berlaku rendah hati; berlaku tidak sombong: Jika berhadapan dgn sesiapa pun, dia sentiasa ~. ~ hati (diri) menganggap diri sendiri rendah; tidak menyombongkan diri. merendahkan 1 menyebabkan menjadi rendah; menurunkan: Yg tinggi hendaklah direndahkan sedikit. 2 memandang atau menganggap rendah (tidak penting, hina); mengecil-ngecilkan: Ia tidak suka ~ martabat orang. ~ diri membongkok supaya rendah. rendahan yg rendah pangkatnya (orang, pegawai dsb); bawahan. kerendahan 1 rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~. 2 keadaan (sifat) rendah: ~ hati sifat rendah hati; ~ budi kehinaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerendahan | 1 rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~. 2 keadaan (sifat) rendah: ~ hati sifat rendah hati; ~ budi kehinaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerendahan | 1. rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~; 2. perihal rendah; ~ budi kehinaan, kenistaan; ~ hati sifat rendah hati (tidak sombong); 3. direndahkan oleh: dia pantang ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rendah I | 1. tidak jauh jaraknya dr bawah, tidak tinggi (lwn tinggi): bangunan yg ~; pokok yg ~; ~ rembunai sedang (saja) rendahnya (badan orang); 2. tidak nyaring, lembut, perlahan (suara dll): suara yg ~; 3. = ~ hati suka merendahkan diri, tidak angkuh (sombong, bongkak), baik hatinya: dia orang kaya yg ~ hatinya; 4. tidak mulia (budi hati), hina, aib, nista: ~ budi; ~ akhlak; 5. tidak mahal (harga), murah: harga getah terlalu ~ sekarang; 6. tidak banyak, kecil, sedikit (pendapatan dll): golongan yg berpendapatan ~; 7. (taraf) permulaan; sekolah (pendidikan) ~ sekolah (pendidikan) permulaan; mahkamah ~ mahkamah permulaan; 8. tidak tinggi atau tidak penting (kedudukan, pangkat, dll), tidak istimewa, kecil: bagi remaja yg sentiasa dipandang ~ dan dianggap tidak berguna, mereka tidak nampak sebarang kebaikan dlm diri mereka sendiri; pegawai ~ pegawai kecil (tidak penting, tidak tinggi); ~ pangkatnya (darjatnya, mutunya) tidak tinggi pangkatnya (darjatnya, mutunya); orang ~ orang biasa yg tidak berpangkat; berpangkat ~ berpangkat kecil; 9. kurang baik (mutu dll): barang-barang yg bermutu ~; 10. tidak maju lagi: keadaan hidup (ekonomi) yg masih ~ di negara itu; ~ di anjung tinggi, kecil di ombak besar prb perihal sifat raja di Minangkabau yg diangkat dan ditinggikan oleh rakyat dgn kata muafakat; merendah 1. menjadi rendah, menurun: bulan separuh sudah ~ di kaki langit; ayahnya sedang tidur, dengkurnya ~; suara yg ~; ~ benar rezeki Marah sangat menguntungkan (dr segala yg dikerjakan); 2. rendah hati, tidak angkuh (sombong, bongkak): sifatnya yg selalu ~ itu mendatangkan kawan yg banyak kepadanya; merendahkan 1. menjadikan rendah, menurunkan: badannya direndahkan supaya tidak dilihat orang; ~ suara menurunkan (melembutkan) suara; 2. memandang atau menganggap rendah (hina, tidak penting, dll), mengecil-ngecilkan: ia tidak suka ~ orang lain; ia berasa tidak senang dgn perkataan-perkataan yg ~ Malaysia; ~ diri a) membongkok supaya rendah; b) = ~ hati memandang (menganggap) diri sendiri rendah, tidak menyombongkan diri; ~ mutu mengurangkan mutu (nilai); ~ rezeki menurunkan (memberi) rezeki; merendah-rendahkan memandang atau menganggap rendah (hina, tidak penting, tidak bernilai, tidak berkemampuan, tidak berkualiti dsb) terhadap seseorang atau sesuatu, mengecil-ngecilkan: menangkis sikap suka ~ kemampuan wanita; rendahan yg rendah (tidak penting) pangkatnya atau kedudukannya, bawahan: dia pegawai ~ di jabatan itu; kerendahan 1. rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~; 2. perihal rendah; ~ budi kehinaan, kenistaan; ~ hati sifat rendah hati (tidak sombong); 3. direndahkan oleh: dia pantang ~; perendahan perihal (perbuatan dsb) merendahkan, perihal (proses dsb) merendah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerendahan | 1 rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~. 2 Keadaan (sifat) rendah: ~ hati sifat rendah hati; ~ budi kehinaan. | Kamus Pelajar |
menurutkan | 1. mengikut (berjalan dll) di belakang sesuatu, mengiringkan: mereka berjalan ~ orang tua mereka; 2. tidak menegahkan (melarangkan), mengikut (kehendak hati dll), melayani, memberi: dr satu bandar ke satu bandar yg lain dia berpindah-pindah ~ hati; 3. mendasarkan pd, menjadikan sbg dasar: kerendahan budi selama ini hanya diperintahi oleh perasaan hati, tidak ~ pertimbangan yg adil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khusyuk | Ar 1. dgn penuh minat atau sepenuh hati (ketika mendengar atau berbuat sesuatu), dgn sungguh-sungguh (ketika berbuat ibadat dll), dgn menumpukan perhatian dan minat yg sepenuhnya (kpd sesuatu): ahli jemaah sedang duduk dgn ~ mendengar bang; mereka sedang ~ bersembahyang; 2. (dgn) kerendahan hati (diri): manusia akan menghadap Tuhan dgn penuh hormat, ~ dan tawaduk; 3. Jk niat, tujuan, kasad; mengkhusyukkan menjadikan seseorang khusyuk: suasana malam yg sunyi itu sangat ~; kekhusyukan perihal atau keadaan khusyuk (ketika bersembahyang, berdoa, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hina | 1. rendah tarafnya (kedudukan, pangkat, dll): mereka memandang kami sangat ~, macam anjing layaknya; 2. keji (perbuatan, kelakuan, dll), kurang sopan: perbuatan itu sangat ~ dan keji; ketahuan ~ mulianya mengetahui kedudukan yg sebenarnya; ~ budi kelakuan yg kurang baik; ~-dina = ~-lata = ~-leta = ~-papa (orang yg) paling rendah martabat lagi miskin; se~ semalu nasib yg sama, seia sekata; berhina; ~ diri merendahkan diri; menghina, menghinakan 1. memperlakukan spt orang yg hina, rendah (kedudukan dll): biarlah saya menghina diri saya sendiri sebelum orang lain ~ saya; 2. menyinggung perasaan orang (memaki dll), memburukkan nama orang, mengejikan: dia sudah tentu tak suka menghina orang dan tak suka pula dihinakan oleh orang; terhina dipandang (dianggap) hina, telah dihinakan: dia berasa ~ dikata-kata begitu; hinaan sesuatu yg menghina: kata-katanya mengandungi ~; kehinaan perihal hina (keji, buruk, dll), kerendahan (martabat dll), kekejian: ia telah jatuh ke dlm lembah ~; penghinaan perihal menghina(kan): perbuatan itu dianggapnya sebagai satu ~; ~ mahkamah (Udg) a) perbuatan mengingkari keputusan atau proses mahkamah; b) perlakuan biadab terhadap mahkamah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rendah | 1 tidak jauh jaraknya dr bawah; tidak tinggi: bangunan yg ~; pokok yg ~. 2 tidak nyaring (bkn suara); perlahan: bercakap dgn suara yg ~. 3 tidak mulia budi (hati); hina: ~ akhlak; ~ budi. 4 tidak mahal (bkn harga); murah: Harga getah ~ sekarang. 5 tidak banyak (bkn pendapatan dll); sedikit: golongan yg berpendapatan ~. 6 tingkat permulaan: sekolah ~. 7 tidak penting; bawahan (bkn pangkat atau kedudukan): pegawai ~. 8 kurang baik (bkn mutu): barang-barang yg mutunya ~. 9 belum maju lagi; mundur:,. keadaan hidup yg masih ~. ~ hati tidak sombong; baik hati. merendah 1 menjadi rendah; menurun: Dengkurnya mula ~. 2 berlaku rendah hati; berlaku tidak sombong: Jika berhadapan dgn sesiapa pun dia sentiasa ~. merendahkan 1 menyebabkan menjadi rendah; menurunkan: Yg tinggi hendaklah direndahkan sedikit. 2 memandang atau menganggap rendah (tidak penting, hina); mengecil-ngecilkan: Ia tidak suka ~ martabat orang. ~ diri a. membongkok supaya rendah. b. = ~ hati menganggap diri sendiri rendah; tidak menyombongkan diri. rendahan yg rendah pangkatnya (orang, pegawai dsb); bawahan. kerendahan 1 rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~. 2 Keadaan (sifat) rendah: ~ hati sifat rendah hati; ~ budi kehinaan. | Kamus Pelajar |
turut | 1. pergi bersama: saya ~ ke mana dia pergi; 2. bersama-sama melakukan (ditimpa dll) sesuatu, tidak terkecuali drpd (sesuatu kejadian, perbuatan, dll), ikut serta: Ahmad yg ~ terbunuh oleh serangan hendap itu baru semalam ditemui mayatnya; ~ serta bersama-sama mengikuti (melibatkan diri dalam, melakukan, dll) sesuatu; 3. patuh kpd (undang-undang, janji, dll), taat kpd: sekiranya kamu ~ akan nasihat ini berbahagialah kamu; ~ campur mencampuri urusan atau hal orang lain; ~ serta ikut serta (melakukan sesuatu dll); pak ~ orang yg sentiasa mengikut (meniru dll) orang lain; seturut 1. sepanjang (yg dihebahkan, dicerita-kan, dll); 2. tidak bersalahan dgn, sesuai dgn (adat dll), selaras dgn; 3. langsung selepas, sebaik sahaja: Bujal menggeleng kepala ~ dgn keluhannya; berturut bersusun mengikut peraturan, berikutan dgn teratur (tidak ada antara): cari dua angka ganjil yg ~ dgn syarat selisih di antara ganda dua satu angka dgn yg lain itu 48; berturut-turut, berturutan 1. tidak ber-antara antara satu dgn lain, lepas satu-satu, terus-menerus dgn teratur (tidak berselang), tidak berhentinya, beruntun-runtun, bersam-bung-sambung: beliau telah kalah dlm tiga pilihan raya kecil kpd parti lawannya secara ~; 2. terus melakukan sesuatu dgn tiada henti-nya, bertubi-tubi, berulang-ulang: maka meriam pun sudahlah diisi, lalu ditembaknya tiga pucuk ~; berturuti Mn dipercayai dan dipakai (per-cakapan dll), diikuti (nasihat dll), dipatuhi; menurut 1. berjalan dll mengikut jalan (garis, hala, dll) yg tertentu, tidak menyimpang dr jalan dll yg tertentu: ~ jalan yg benar; 2. mencontohi (perbuatan orang lain dll), meneladan, meniru: telah dilihat oleh Cina, diturutnya, sebab itulah maka Cina gemar makan kangkung sampai sekarang; 3. mengikut apa yg disuruh (diperintah dll), tidak melawan, patuh kpd: maka segala orang itu pun semuanya ~ spt kata penghulunya; 4. meluluskan (permintaan, kehendak, dll), memenuhi (syarat, ketentuan, dll), menyam-paikan (harapan dll): Balzac tidak akan dapat melahirkan karya-karyanya yg agung itu jika ia ~ kehendak orang tuanya utk bertugas sbg seorang ahli undang-undang; 5. mengikut (berjalan dll), mengekori (dr belakang): dia berjalan menuju ruangan yg di sebelah barat bangunan, aku ~nya dr belakang; 6. spt yg dikhabarkan (diberitakan, dihebahkan, dll), sepanjang (berita dll): ~ yg diketahui sebanyak satu suku juta ringgit harga saham telah terjual; 7. sesuai dgn, tidak bertentangan dgn, tidak melanggar (syarat dll), selaras dgn: hari ini ~ pendapat orang alim ialah hari yg baik; 8. tidak bersalahan drpd, serupa dgn: rupanya ~ rupa neneknya; 9. ikut serta (melakukan sesuatu dll), turut serta: Sultan Mansor Shah pun ~ menyebut nama Hang Tuah itu Laksamana; 10. bergantung pd: maju mundurnya dlm pelajarannya ~ kerajinan-nya; ~ lagu mengikut irama atau rentak lagu; ~ pusingan jam mengikut arah pusingan jarum jam; turut-menurut 1. saling menurut, ikut-mengikut, tidak tentang-menentang; 2. ark menurut sahaja (fikiran orang dll), ikut-ikutan; menuruti 1. mengikut dr belakang, meng-ekori, mengikut: Ismail berganding dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta, Bibah ~ mereka dr belakang dgn wajah usang; 2. tidak menegah (melarang), meluluskan (pem-berian dll), memberi: diturutinya sahaja ke-mahuan cahaya matanya yg tunggal itu; 3. menurut akan (nasihat dll), tidak menentang, mematuhi: ia ~ kehendak suaminya; 4. men-jadikan sesuatu sbg contoh (teladan), mencontohi: jangan dituruti, kerana ia orang yg tidak tahu bahasa; menurutkan 1. mengikut (berjalan dll) di belakang sesuatu, mengiringkan: mereka berjalan ~ orang tua mereka; 2. tidak mene-gahkan (melarangkan), mengikut (kehendak hati dll), melayani, memberi: dr satu bandar ke satu bandar yg lain dia berpindah-pindah ~ hati; 3. mendasarkan pd, menjadikan sbg dasar: kerendahan budi selama ini hanya diperintahi oleh perasaan hati, tidak ~ per-timbangan yg adil; memperturut sl mengejar dr belakang, menghambat: berundurlah mereka balik ke perkhemahannya diperturut oleh tentera Kembayat; memperturutkan 1. membiarkan bersama-sama (melakukan sesuatu dll), membiarkan turut, tidak mengecualikan; 2. tidak melarang-kan (menegahkan), mengikuti (kemahuan, ke-hendak, dll), mematuhi, menurutkan: sekali-kali jangan diperturutkan rasa kecewa, yg mungkin menjadikan orang putus asa; 3. = memperturut-turutkan melakukan sesuatu berkali-kali, mempertubi-tubi: perajurit itu pun segeralah berlari-lari serta menikam dada Tun Tuah, diperturut-turutkannya tikaman itu; turutan 1. = turut-turutan sesuatu yg diturut (dicontohi, diikuti, dll), contoh, teladan: maka iaitu patutlah menjadi ~ dan teladan bagi segala orang yg terkemudian; 2. yg berturut-turut (berikut-ikut); 3. yg ikut atau turut (bersama); orang ~ orang yg turut (ikut); turut-turutan 1. sesuatu yg diturut, contoh, teladan, turutan; 2. selalu menurut (kata dll) orang lain, ikut-ikutan: dia tidak mahu menjadi petani ~; perturutan 1. perihal berturut-turut (beruntun-runtun); 2. kelanjutan; seperturutan sl sama perbuatan (kelakuan dll) dgn, mengikut-ikut orang lain: jika engkau ~ dgn dia, engkau pun terbawa-bawa; penurut 1. tidak membantah (melawan dll), suka menurut, patuh, taat; 2. orang yg meng-ikut, pengikut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |