kering | 1 tidak berair: daun ~; Baju yg dijemur itu sudah ~. 2 tidak turun hujan; kemarau: musim ~. 3 ki habis wangnya; tidak berwang. mengering menjadi kering. mengeringkan menjemur (dsb) sesuatu supaya kering; menjadikan kering: Ikan yg tidak habis dijual dibubuhi garam dan dikeringkan. kekeringan 1 sifat atau keadaan kering. 2 (telah) menjadi kering: Tekak masing-masing ~. 3 ki kehabisan wang. pengeringan perihal (perbuatan dsb) mengering atau mengeringkan: Getah keping itu dijadikan beralur-alur atau berbunga utk mempercepat proses ~. pengering alat utk mengeringkan sesuatu: ~ rambut; balang ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rendang | 1 makanan yg dimasak dlm kuali dgn minyak atau tidak; makanan yg digoreng: ~ kesturi kuih yg dibuat drpd kacang hijau dll dan dimasak dlm kuali; kuih kesturi. 2 lauk yg dibuat drpd daging, ayam dll serta dibubuhi rempah dan dimasak dgn santan kelapa hingga kering. merendang 1 memasak sesuatu dlm kuali dgn minyak atau tidak; menggoreng: ~ bertih; ~ kacang. 2 memasak rendang: ~ daging. perendangan periuk belanga dll yg digunakan utk merendang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
layu | 1. kering dan kecut (daun, bunga, dll), tidak berseri atau tidak segar lagi, lisut: kajang orang kajang berlipat, kajang saya mengkuang ~; 2. ki pucat dan lesu (orang), tidak bergaya, tidak sihat, merana: gadis tua yg sudah ~; ~ bunga (barang yg) sudah lama tetapi masih elok (kain dll); ~ malap Kl terlalu letih; dianjak ~, dibubut (dianggur) mati = diasak (pindah) ~, dicabut mati prb keputusan yg muktamad (tidak dapat diubah-ubah lagi); melayukan menyebabkan jadi layu (melayurkan, menganggurkan, dll): bilamana bunga itu hendak menjadi putik maka datang sahaja panas matahari ~ bunga itu; layu-layuan 1. sesuatu yg layu; 2. = padi ~ Mn padi yg telah mulai kering; kelayuan 1. keadaan layu; 2. = layuan ki kemangkatan (raja). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gugur | 1 jatuh dr pohon (ttg buah, daun dsb); luruh: Buah durian sudah mula ~. 2 lahir sebelum masanya (ttg anak dlm kandungan dan anak tsb meninggal dunia). 3 mati (terkorban) dlm peperangan: Dlm pertempuran itu, seorang tentera kita telah ~. 4 hilang (ttg hak): Seseorang itu akan ~ keahliannya jika ia tidak menjelaskan yuran tiga bulan berturut-turut. ~ hati terpikat pd seseorang; jatuh cinta pd seseorang; jatuh hati. ~ talak menjadi bercerai kerana dilafazkan cerai (didapati sabit oleh kadi dsb). berguguran gugur dgn banyaknya: Daun kering ~. menggugurkan 1 menyebabkan gugur; menjatuhkan: Seekor kera sedang ~ buah jambu ke dlm sungai. 2 sengaja mengeluarkan anak dr kandungan sebelum cukup tempohnya (lalu anak tsb meninggal dunia). 3 tidak dibenarkan utk terus menyertai sesuatu pasukan (pertandingan dll): Pemain itu telah digugurkan drpd pasukannya kerana enggan mengikuti latihan. keguguran 1 melahirkan anak sebelum masanya dgn tidak sengaja dan anak tsb meninggal dunia. 2 mengalami kejadian gugur (daun, buah dsb): Pokok-pokok itu ~ daun. 3 hal gugur (terkorban, lucut keahlian dsb): ~nya sbg ahli persatuan itu merupakan satu kehilangan. pengguguran perihal atau perbuatan menggugurkan: ~ huruf p pd awal perkataan itu adalah mengikut peraturan yg ditetapkan. ~ hak atau tuntutan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kontang | 1. tidak berair, kering: parit ~; kering-~ kering sama sekali; 2. (Kim) tidak mengandungi air atau air habluran: kalsium klorida ~; mengontang menjadi kontang; mengontangkan menyebabkan atau menjadikan kontang: cuaca panas yg berterusan telah ~ perigi dekat rumah kami; kontangan tanah yg kontang: bumi Poseng yg kaya dgn rekahan dan ~ itu; kekontangan 1. keadaan kontang, kekeringan; 2. ki kehabisan idea (ilmu dll): ~ pengetahuan berlaku kerana tunjangan ilmu yg lemah; pengontangan pengeringan air (drpd bahan kimia dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemarau | 1. kering (tidak berair); 2. = musim ~ musim kering (tidak turun hujan utk jangka masa yg lama): musim ~ yg berlanjutan selama beberapa minggu telah menyebabkan hasil padi di kawasan itu merosot; ~ bulan lima Kl, Tr musim kemarau yg paling kering dan panas sekali; ~ keras musim kemarau panjang; salangkan (sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula ~ panjang prb a) sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; b) sedang waktu makmur tidak senang, apa lagi waktu susah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
usang | 1 kering dan tidak berisi (bkn padi dll). 2 kering dan tidak terurus (bkn rambut); kersang. 3 lama terpakai atau lama tersimpan (bkn sesuatu barang): Ia berbaring di atas sehelai tikar yg sudah ~. 4 tidak dipakai atau tidak digunakan lagi (bkn adat, perkataan dll); kuno: adat yg ~. 5 tidak subur lagi (bkn tanah). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
usang | 1. kering dan tidak berisi (padi), kersang (rambut, tembakau, dll); 2. sudah lama benar, lama terpakai atau tersimpan: tikar meng-kuang yg sudah begitu ~; 3. sudah tidak biasa lagi dipakai (perkataan, barang, dll), kuno: kata-kata ini memang kedengaran sangat gagah, tetapi telah terasa hampa, kerana ertinya sudah tidak lagi dikenal atau sudah ~; pendapat demikian sudah ~, tidak lagi sesuai sekarang; 4. tidak subur lagi (bkn tanah), kehabisan baja (bkn tanah); ~-~ dibaharui ki membaharui adat lama yg sudah lemah dgn menyesuaikannya dgn keadaan baru; adat lama pusaka ~ Mn adat yg sudah turun-temurun; mengusang menjadi usang; mengusangkan membiarkan sesuatu men-jadi usang (tidak subur lagi dsb): katanya, cadangan ~ kawasan kelapa menyebabkan negara terpaksa bergantung kpd kelapa import; keusangan perihal (keadaan, sifat) usang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kersang | 1. kering dan tidak subur (bkn tanah); 2. tegak kaku (bkn rambut); gersang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gersang | 1. kering dan tidak subur (bkn tanah); 2. tegak kaku (bkn rambut); 3. hampa, kosong: tinggal sekeping hati yg ~; menggersangkan menjadikan hampa, kosong: kehidupan kota telah ~ kehidupan seni warganya; kegersangan keadaan gersang, kekeringan, kehampaan, kekosongan; ®kersang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |