las I | ; batu ~ batu pengasah atau penggosok pisau (keris dll); kertas ~ kertas empelas, kertas pasir; roda ~ pengasah atau penggosok (drpd batu dll) yg berpusing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kertas penetap | kertas kembang, kertas lap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kertas las | kertas empelas, kertas pasir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kertas tulis | kertas surat (kertas kosong utk ditulisi); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kertas | benda tipis yg dibuat drpd kayu dll dan digunakan sbg alat tulis dll. ~ bungkus kertas yg digunakan utk membungkus barang-barang. ~ emas kertas berwarna emas spt yg terdapat di dlm kotak pembungkus rokok. ~ empelas (las) kertas yg dilapisi serbuk kaca, pasir dll utk melicinkan kayu dll. ~ graf kertas yg berpetak-petak empat segi sama yg digunakan utk melukis graf atau rajah. ~ grid kertas yg bergaris-garis atau berpetak-petak empat segi sama utk melukis peta, carta, rajah dll. ~ kaca kertas yg dilapisi serbuk kaca utk melincinkan sesuatu. ~ karbon kertas nipis yg sebelah permukaannya disaluti bahan karbon dan digunakan utk membuat salinan tulisan atau taipan. ~ kerja makalah yg dibentangkan dlm sesuatu sidang (bengkel, seminar dsb) utk membahaskan sesuatu masalah. ~ lap kertas utk mengeringkan tulisan dakwat. ~ las basah kertas las yg kalis air dan digunakan apabila mengempelas cat, logam dsb. ~ las kering kertas las yg menggunakan glu haiwan utk mengikat butir-butir bahan (pasir, kaca dll) yg dilapiskan pdnya. ~ lilin kertas yg dilapisi selaput lilin supaya kalis air, biasanya digunakan utk membungkus makanan. ~ litmus kertas yg pdnya terdapat litmus dan digunakan utk menentukan sama ada sesuatu bahan itu asid atau bes. ~ lukis(an) kertas tempat membuat lukisan. ~ pasir kertas yg dilapisi serbuk pasir utk melicinkan sesuatu. ~ rokok kertas tipis utk menggulung rokok. ~ saring (turas) kertas utk menapis benda-benda yg cair. ~ surih kertas yg nipis dan licin utk menyalin peta dll. ~ tisu kertas yg tipis dan lembut yg digunakan utk mengelap tangan (muka dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kertas I | 1. sj bahan dlm bentuk helaian nipis yg dibuat drpd kayu dll yg padanya sesuatu ditulis, dicetak, dilukis, dll; 2. sl kad (utk berjudi); ~ akhbar kertas yg kasar dan berkualiti rendah, biasanya digunakan utk mencetak akhbar; ~ bunga sj kertas nipis dlm pelbagai warna yg permukaannya berkedut-kedut, biasanya digunakan utk membuat bunga dsb; ~ bungkus = ~ pembungkus; ~ dinding kertas (bercorak atau bergambar) yg dilekatkan pd dinding (utk menghiasi bilik dll); ~ emas kertas yg berwarna emas dlm kotak pembungkus rokok dll; ~ embun (kembang, lap, pedap, penetap, sap, tekap) kertas utk mengeringkan tulisan dakwat; ~ empelas (kaca, pasir) kertas berlapis serbuk kaca atau pasir utk menggosok (melicinkan) kayu dll; ~ graf kertas yg bergaris berpetak-petak empat segi (digunakan utk melukis graf atau rajah); ~ jeluang kertas drpd kulit kayu; ~ karbon kertas nipis yg sebelah permukaannya disaluti bahan karbon dan digunakan utk membuat salinan tulisan atau taipan; ~ kerja makalah bertulis yg mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan-cadangan tertentu (dibentangkan utk perbahasan); ~ khabar ark surat khabar; ~ krep kertas bunga; ~ kulit kulit yg ditulisi; ~ lilin sj kertas yg dilapisi selaput lilin supaya kalis air, biasanya digunakan utk membungkus makanan; ~ litmus kertas yg digunakan utk menguji asid atau alkali; ~ lukis kertas utk dilukis; ~ minyak = ~ telur kertas yg nipis licin (tidak mudah diresap oleh air atau minyak; ~ pembungkus kertas yg digunakan utk membungkus barang; ~ pendua kertas utk dihasilkan beberapa banyak salinan sesuatu yg telah ditaip pd stensil; ~ peperiksaan a) kertas yg mengandungi soalan sesuatu mata pelajaran; b) kertas jawaban oleh calon peperiksaan dlm mata pelajaran tertentu; ~ positif kertas gambar foto; ~ putih naskhah (dikeluarkan oleh kerajaan) yg mengandungi maklumat (laporan dsb) bkn perkara tertentu (biasanya yg ada hubungannya dgn kepentingan orang ramai); ~ rokok kertas utk menggulung rokok; ~ saring = ~ turas kertas tapisan (utk menapis barang cair); ~ surih kertas yg nipis, licin, dan hening (digunakan utk menyalin peta dll); ~ taip kertas utk ditaip sesuatu padanya; ~ tisu kertas lembut dan nipis yg digunakan utk mengelap muka dll; ~ tulis kertas surat (kertas kosong utk ditulisi); ~ undi kertas yg disediakan utk seseorang mengundi dlm sesuatu pemilihan (pilihan raya dsb); bunga ~ a) bunga yg dibuat drpd kertas (utk perhiasan); b) sj pohon bunga; ibarat dakwat dgn ~, bila boleh renggang terlepas prb sangat sesuai (berkasih-kasihan) antara satu sama lain; mengertas; kertas-~ ark perca (cabikan, sobek-sobekan) kertas, berbagai-bagai kertas (yg tidak ada gunanya lagi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gendang II | gulung (bkn kertas); segendang satu gulung; ~ kertas segulung kertas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sap | = kertas ~ kertas (kain) lembut dan tebal yg boleh menyerap dakwat dan digunakan utk mengeringkan dakwat basah pd kertas selepas menulis; mengesap mengeringkan dakwat dgn kertas (kain) sap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tetap II | menetap mengeringkan (air mata dll) dgn kain dll, mengelap (dakwat, air, dll), mengesat: ditetapnya air matanya dgn sapu tangan; penetap sesuatu yg dipakai utk menetap; kertas ~ kertas kembang, kertas lap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lubang gegancu(sprocket hole) | Lubang suapan yang ditebuk pada pita kertas atau kertas cetakan untuk memastikan kedudukan pita atau kertas tidak terbabas dari lariannya | Kamus Komputer |