rugi | 1 tidak mendapat keuntungan; dijual dgn harga yg lebih rendah drpd harga pokok: Apa gunanya berniaga kalau selalu ~? 2 tidak memberi faedah atau kebaikan; sia-sia saja: Dia berasa ~ mengikuti kursus itu kerana apa-apa yg diajarkan dlm kursus itu sudah dipelajarinya dahulu. berugi mendapat rugi; menanggung rugi: Apa guna ~-rugi mengeluarkan belanja yg banyak utk majlis perkahwinan itu? merugikan 1 menyebabkan rugi; mendatangkan rugi: Pemogokan itu telah ~ syarikat tsb berjuta-juta ringgit. 2 membawa atau mendatangkan sesuatu yg tidak baik: Tidaklah ~ jika ia terus belajar di sekolah malam. kerugian 1 menanggung atau menderita rugi: Dlm masa enam bulan saja, syarikat itu telah ~ lima puluh ribu ringgit. 2 keadaan atau hal rugi; lw keuntungan: ~ ditaksir sebanyak setengah juta ringgit. 3 sesuatu yg mendatangkan rugi: Kematiannya itu merupakan suatu ~ yg besar kpd negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerugian | 1 menanggung atau menderita rugi: Dlm masa enam bulan saja, syarikat itu telah ~ lima puluh ribu ringgit. 2 keadaan atau hal rugi; lw keuntungan: ~ ditaksir sebanyak setengah juta ringgit. 3 sesuatu yg mendatangkan rugi: Kematiannya itu merupakan suatu ~ yg besar kpd negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerugian | 1. mengalami (menanggung, menderita) rugi: dlm masa enam bulan sahaja perniagaannya ~ sejumlah RM100 000; apa pun dasar yg dijalankan, kitalah juga yg ~ besar; 2. banyaknya atau jumlah perolehan yg kurang apabila dibandingkan dgn modal yg telah dibelanjakan, lwn keuntungan, rugi: berapa besar ~nya? 3. sesuatu yg merugikan (spt kerosakan dll): besarlah ~ yg akan menimpa mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rugi | 1. (dijual dll) lebih rendah drpd harga pokok, tidak mendapat keuntungan: jika suatu perniagaan itu ~, akan tibalah masanya modal utk menjalankan perniagaan itu habis; jatuh (menanggung, menderita) ~ tidak beroleh keuntungan; ~-~ untung walaupun rugi ada baiknya juga; 2. kesusutan modal (kerana menjual lebih rendah drpd harga pokok): berjual beli getah pd masa ini akan mendatangkan ~; dia tidak sanggup lagi menanggung ~; ganti ~ = silih ~ wang dll sbg pengganti sesuatu yg rosak (hilang dll), pampasan; kira-kira untung ~ kira-kira yg menunjukkan untung dan rugi sesuatu perniagaan; 3. tidak mendapat faedah (manfaat), tidak ada gunanya, sia-sia sahaja: ia berasa ~ datang menonton pertunjukan itu kerana apa yg disaksikannya adalah hasil seni yg amat murah; 4. sesuatu yg kurang baik (tidak berfaedah), mudarat: tidak ada ~nya kalau awak masuk belajar lagi di sekolah malam; 5. hilang, habis (wang dll): ia ~ kira-kira RM300 kerana menolong kawannya berkahwin; ~ barang (tempoh, tenaga, wang) habis barang (tempoh, tenaga, wang); ~ atas kertas kerugian akibat penurunan harga sesuatu sekuriti atau aset yg belum nyata kerana tidak dijual; ~ modal kerugian yg ditanggung drpd penjualan sesuatu sekuriti atau aset akibat drpd penurunan harga; ~ menen-tang laba, jerih menentang boleh prb harus bersusah payah (merugi dll) dahulu utk men-dapat sesuatu yg dikehendaki; berugi, merugi menanggung rugi: siapa pula lagi yg akan ingat kepadaku, akan suka berugi-rugi sebanyak ini; siapa yg mahu ~?; tak mahu ~ (merugi) tidak mahu mengeluarkan wang (tenaga dll) dgn cuma-cuma; apa guna ~ apa guna bersusah payah (mengeluarkan belanja dll); merugikan 1. menjadikan rugi, mendatangkan rugi (kpd): pemogokan kereta api yg berjalan selama tiga bulan telah ~ perusahaan itu berpuluh-puluh juta ringgit; berjuta-juta ringgit hasil petani telah dirugikan oleh sistem padi kunca; 2. sengaja menjual lebih rendah drpd harga pokok, sengaja merugi: kerana menerima cengkeram, petani-petani kita ~ hasil pertanian mereka; 3. membawa akibat dll yg kurang baik (kpd): dirasainya tidaklah ~ kiranya ia terus belajar di sekolah malam; aku tidak sekali-kali berniat hendak ~ hidupmu; kerugian 1. mengalami (menanggung, menderita) rugi: dlm masa enam bulan sahaja perniagaannya ~ sejumlah RM100 000; apa pun dasar yg dijalankan, kitalah juga yg ~ besar; 2. banyaknya atau jumlah perolehan yg kurang apabila dibandingkan dgn modal yg telah dibelanjakan, lwn keuntungan, rugi: berapa besar ~nya? 3. sesuatu yg merugikan (spt kerosakan dll): besarlah ~ yg akan menimpa mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memudaratkan | 1 mendatangkan kerugian; merugikan. 2 mendatangkan bahaya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melarat | 1 rugi; kerugian: manfaat dan ~ untung dan rugi. 2 miskin; sengsara: hidup ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bankrap | 1 menderita kerugian dan tidak mampu membayar segala hutang sehingga perniagaan tidak dpt diteruskan. 2 jatuh miskin dan habis harta bendanya. kebankrapan keadaan atau kejadian bankrap; kemuflisan: Kemerosotan ekonomi menyumbang kpd berlakunya ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
larat II | ; melarat 1 rugi; kerugian: manfaat dan ~ untung dan rugi. 2 miskin; sengsara: hidup ~. kemelaratan keadaan melarat; kemiskinan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menerbitkan | 1. menimbulkan (pertikaian, perkelahian, dll), membangkitkan (perasaan dll): kelakuannya yg tidak senonoh ~ kemarahan orang tuanya; 2. mendatangkan (bahaya, kerugian, penyakit, dll): kelengahan akan ~ kerugian kpd perusahaan itu; 3. menge-luarkan dan mengedarkan (buku, majalah, dll): sebelum Marsden belum ada usaha utk ~ teks drpd naskhah Melayu lama secara ilmiah; 4. mengeluarkan (tenaga dll): benda-benda hidup menggunakan makanan utk ~ tenaga dan membina badan atau pohonnya; 5. mengeluarkan (wang): jikalau boleh kiranya tolong tuanku terbitkan rial itu; 6. menghasilkan sesuatu, mengadakan, mengeluarkan, mewujudkan (bunyi dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mudarat | 1 yg tidak menguntungkan; yg merugikan: Hanya Allah saja yg dpt mendatangkan manfaat atau ~ kpd manusia. 2 tidak berhasil atau tidak berjaya. 3 yg berbahaya; yg tidak berguna: Jika bersenam mendatangkan ~ kpd diri saudara, tak usahlah dilakukan. memudaratkan 1 mendatangkan kerugian; merugikan. 2 mendatangkan bahaya. kemudaratan 1 segala yg tidak menguntungkan; kerugian. 2 keadaan mudarat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |