mengambil panjang | a) menjadikan urusan panjang; b) memaafkan kesalahan-kesalahan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkandung | dikandung, terdapat atau termuat di dlm sesuatu, tercantum (tersirat): bijih emas yg ~ dlm batu kapur; kesalahan-kesalahan yg ~ dlm undang-undang; rasa sedih yg ~ dlm suaranya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesalahan jenayah | kesalahan kerana melakukan perbuatan jenayah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penunjuk | 1. alat yg digunakan utk menunjuk atau menunjukkan: ~ jangka suhu maksimum atau minimum dibuat drpd kaca atau keluli; 2. orang yg menunjuk atau menunjukkan: mahukah kamu menjadi ~ jalan kpd kami? 3. sesuatu yg digunakan sbg panduan (utk melakukan sesuatu), peringatan, rujukan: kpd pihak inilah saya mengharap agar sanggup mengakui kesalahan-kesalahan yg telah lalu utk menjadi peringatan dan ~ utk masa hadapan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ampun | kebebasan drpd hukuman (kerana dosa atau kesalahan yg telah dilakukan), maaf: meminta ~ atas segala kesalahan; mengampuni memberi ampun (kpd seseorang), memaafi (seseorang): baginda mempunyai kuasa utk ~ orang salah; mengampunkan memberikan ampun (akan sesuatu), memaafkan (kesalahan dsb seseorang): mudah-mudahan Tuhan jua akan ~ dosa hamba-Nya; terampun telah atau dapat diampuni atau diampunkan: dia menangis kerana dosanya dgn emak dan ayah belum lagi ~; jika orang yg berkenaan bersetuju memaafkannya, insya-Allah dosa umpatan itu ~; ampunan 1. = keampunan ampun maaf: menunggu-nunggu ~ drpd orang tuanya; 2. = pengampunan; pengampunan pembebasan drpd hukuman dan tuntutan: ~ kpd pengganas-pengganas yang telah insaf dan menyerah diri; pengampun yg suka mengampuni: Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha P~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sabit II | Ar sudah tetap (nyata, pasti, sah atau terang) terbukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): apabila ~ kesalahannya di sisi kadi, maka berhaklah isteri itu menuntut nafkahnya; jika ~ kesalahan, dia akan dipen-jarakan; bersabit berkaitan (dgn), berhubungan (dgn): segala hal ehwal yg ~ dgn tanah mestilah didaftarkan di dlm buku ini; mensabitkan 1. menentukan dgn pasti ber-dasarkan bukti (atau membuktikan) bahawa seseorang itu bersalah: kesalahan itu telah dapat disabitkan; 2. mengisytiharkan hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati terbukti bersalah melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): keterangan saksi pendakwa adalah tidak mencukupi utk ~ semua yg tertuduh; sabitan (keputusan) hukuman bersalah ke atas seseorang setelah didapati sah atau ter-bukti melakukan sesuatu kesalahan (jenayah dsb): anak guamnya juga akan kehilangan jawatan sbg pengarah syarikat berikutan ~ itu; Mahkamah Persekutuan hari ini meminda ~ kesalahan mereka drpd mengedar dadah kpd memiliki sejumlah kecil kanabis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menonjol | 1. merupakan tonjol, berbenjol, berjendul: kelihatan jelas tulang-tulang ~ keluar; 2. menganjur (menjorok) keluar, menjenguk keluar, menjengul, menyembul: tiba-tiba kepalanya ~ keluar dr tingkap; ia ~ keluar tingkap melihat-lihat kalau-kalau ada orang datang; 3. kelihatan jelas mencolok mata, sangat nyata: yg segera ~ ialah sifat sensasi pengarang; nasihatnya tidak begitu ~ spt pengarang-pengarang Melayu; kesalahan-kesalahan yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesalahan | 1 perbuatan yg salah; apa-apa yg salah: ~nya yg besar adalah menerima rasuah drpd tauke itu. 2 keadaan atau hal salah: ~ membuang sampah di merata-rata tempat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesalahan | 1. perihal salah (perbuatan salah, kesilapan): lebih baik saudara mengaku sahaja ~ yg telah dilakukan itu; 2. dipersalahkan, dianggap salah, mendapat salah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesalahan | 2 keadaan atau hal salah: ~ membuang sampah di merata-rata tempat. | Kamus Pelajar |