keselamatan | keadaan selamat; keamanan: Pasukan polis menjaga ~ dlm negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keselamatan | perihal selamat, kesejahteraan, keamanan: saya memang selalu menjaga ~ seseorang yg berkerabat dgn saya; ~ dlm negeri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keselamatan komputer(computer security) | Perlindungan yang diberikan dari segi teknikal dan pentadbiran terhadap sistem komputer supaya tidak diceroboh, termusnah, atau tercemar secara sengaja atau tidak. | Kamus Komputer |
keselamatan fail(file security) | Kaedah atau mekanisme yang digunakan untuk melindungi fail daripada diceroboh. | Kamus Komputer |
keselamatan data(data security) | Perlindungan yang diberikan dari segi teknikal dan pentadbiran terhadap data komputer supaya data tidak diceroboh, termusnah, atau tercemar secara sengaja atau tidak. | Kamus Komputer |
keselamatan | keadaan selamat; keamanan: Pasukan polis menjaga ~ dlm negeri. | Kamus Pelajar |
patroli | IB 1. perondaan oleh polis (tentera) utk menjaga keselamatan dll: pasukan itu menjalankan ~ di tempat itu; 2. anggota-anggota polis (tentera) yg meronda (utk menjaga keselamatan dll): ~ yg sedang bertugas ditembak mati; 3. = berpatroli meronda (utk menjaga keselamatan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
patrol | IB 1. perondaan oleh polis (tentera) utk menjaga keselamatan dll: pasukan itu menjalankan ~ di tempat itu; 2. anggota-anggota polis (tentera) yg meronda (utk menjaga keselamatan dll): ~ yg sedang bertugas ditembak mati; 3. = berpatroli meronda (utk menjaga keselamatan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keselamatan fizikal(physical security) | Peranti keselamatan, seperti penggera, penderia, kawalan pengawal, kunci, dan rantai yang digunakan untuk melindungi sistem komputer daripada pencerobohan secara fizikal. | Kamus Komputer |
kawal | ; berkawal sedang menjaga keselamatan dll; berjaga: Beberapa orang askar ~ di istana itu. mengawal 1 menjaga supaya selamat; menjaga keselamatan: Penghulu dan anak buahnya berjaga malam ~ kampung. 2 memperhatikan dan menjaga baik-baik (supaya berjalan dgn teratur); mengawasi: Hutan rimba Tanah Melayu dikawal oleh Jabatan Hutan. terkawal dpt dikawal; di bawah jagaan: Walaupun keadaan agak genting, tetapi semuanya ~. kawalan usaha mengawal (menjaga, mengawasi); hasil mengawal: ~ keselamatan akan dijalankan di sepanjang pantai. ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawai mutu yg telah ditetapkan. pengawalan perbuatan mengawal (menjaga, mengawasi). pengawal 1 orang yg mengawal; penjaga; pengawas: ~ kampung. 2 orang yg mengawal atau mengetuai sesuatu jabatan kerajaan: ~ Kastam. 3 alat utk mengawal. ~ imbang ist alat utk mengawal sesuatu supaya seimbang. ~ peribadi pengawal atau orang yg tugasnya khas utk mengawal seseorang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |