keseringan | perihal sering (selalu), kekerapan, acap kalinya: ~ penggunaan teknik ini bisa mengaburkan cerita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keselaluan | keadaan selalu, keseringan, ke-kerapan: ~ itu menyebabkan tumpuan pd pekerjaan tidak berjalan lancar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekerapan | keadaan kerap, kerapnya berlaku sesuatu, keseringan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sering II | 1. = sering-sering kerap kali, acap kali, selalu: orang itu ~ sahaja datang ke rumahnya; 2. = sering-sering ark kadang-kadang: Ali dan Azman sering-sering ber-tengkar; keseringan perihal sering (selalu), kekerapan, acap kalinya: ~ penggunaan teknik ini bisa mengaburkan cerita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selalu I | 1. sentiasa, selamanya, sepanjang masa: sayur-sayurnya ~ dijual ke bandar; 2. kerap benar, acap kali: ibunya ~ sahaja sakit; menyelalukan menjadikan (melakukan) se-lalu, membiasakan: hendaklah dibiasakan dan diselalukan membaca buku; keselaluan keadaan selalu, keseringan, ke-kerapan: ~ itu menyebabkan tumpuan pd pekerjaan tidak berjalan lancar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerap I | 1. = ~ kali = kerap-kerap acap kali, berkali-kali, selalu, sering: penyakit cacar ~ mengenai kanak-kanak; kampung itu ~ kali dibanjiri; lagu-lagu yg diciptanya ~ kali disiarkan di radio; 2. tidak jarang, rapi (bkn anyaman, tenunan dll), rapat-rapat (letaknya dsb) antara satu sama lain (barang yg berderet-deret): tikar mengkuang itu cantik warnanya dan ~ anyamannya; pokok-pokok itu tidak dapat hidup subur kerana ditanam terlalu ~; mengerapi membuat (melakukan) berkalikali atau berulang-ulang; mengerapkan 1. menjadikan kerap; 2. menganyam (menenun) kerap-kerap; kekerapan keadaan kerap, kerapnya berlaku sesuatu, keseringan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |