keanekaragaman | sifat (ciri, keadaan, dsb) yg beraneka ragam: pd kesimpulannya budaya Selat telah menjalinkan ~ bentuk dan gaya yg unik dan menarik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
statistik | 2 ilmu pengetahuan ttg sesuatu yg penyelidikannya atau kesimpulannya berdasarkan bukti dlm bentuk angka-angka atau bilangan. | Kamus Pelajar |
statistik | 1 keterangan ttg sesuatu yg ditunjukkan dgn angka; catatan angka-angka; perangkaan. 2 ilmu pengetahuan ttg sesuatu yg penyelidikannya atau kesimpulannya berdasarkan bukti dlm bentuk angka-angka atau bilangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
aneka ragam | (anéka ragam) bermacam-macam ragam (pertunjukan); beraneka ragam berbagai-bagai (jenis ragam); keanekaragaman sifat (ciri, keadaan, dsb) yg beraneka ragam: pd kesimpulannya budaya Selat telah menjalinkan ~ bentuk dan gaya yg unik dan menarik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senario | (sénario) 1. ringkasan plot sesuatu drama dll termasuk maklumat tentang watak, adegan, dll; 2. urutan peristiwa serta perkem-bangannya yg diramalkan berlaku: jikalau ini ~nya, maka kesimpulannya boleh dibuat bahawa kehadiran Soviet di Afghanistan akan berlarutan, malah mungkin berkekalan; Sukan Olimpik mungkin akan mendatangkan ~ baru di Semenanjung Korea. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fantasi | 1. imaginasi yg tidak dibatasi oleh kenyataan, angan-angan, khayalan: utk dapat mencipta cerita yg baik, diperlukan ~; 2. ciptaan imaginasi yg tidak terbatas, sama ada dinyatakan atau semata-mata dibayangkan: pd kesimpulannya, semua drama adalah ~; 3. sesuatu yg dibuat (dipakai) utk perhiasan (bukan utk kegunaan sebenarnya);sapu tangan ~ sapu tangan utk perhiasan; saku ~ saku yg tidak digunakan (hanya utk perhiasan sahaja); berfantasi berkhayal, berangan-angan; memfantasikan mengkhayalkan, mengangan-angankan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |