kesongsangan | keadaan yg terbalik drpd kebiasaan: selama ini telah wujud ~ di kalangan sesetengah pengkritik drama tanah air; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
songsang I | 1. terbalik letaknya atau duduknya (yg di atas menjadi di bawah, yg di depan menjadi di belakang, dsb), terbalik keadaannya dsb (yg sepatutnya didahulukan dikemudiankan dsb): kerbau bertanduk ~; berjalan ~ berjalan di atas tangan (kaki ke atas); letak ~ kaki di bawah dan kepala di atas (kedudukan bayi ketika hampir akan dilahirkan); 2. ki berlawanan drpd biasa (bkn ajaran, kepercayaan, amalan, dsb): ajaran ~; spt aur ditarik ~ prb pekerjaan atau perkara yg sukar diselesaikan kerana sudah salah jalan; menyongsang terbalik (letaknya, duduknya, dll); menyongsangkan menjadikan terbalik (yg di atas menjadi di bawah, yg sepatutnya didahulukan dikemudiankan, dll), membalikkan, menterbalikkan; tersongsang terbalik; songsangan sesuatu yg tersongsang, kebalikan; kesongsangan keadaan yg terbalik drpd kebiasaan: selama ini telah wujud ~ di kalangan sesetengah pengkritik drama tanah air; penyongsangan perihal (perbuatan dsb) menyongsangkan; penyongsang alat yg menyongsangkan arus terus kpd arus ulang-alik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |