ketakutan | 1 keadaan takut: Semua rakyat di negeri itu hidup dlm ~. 2 perasaan takut (gelisah, hormat, segan dsb); kegelisahan; kebimbangan; keseganan. 3 menderita takut; dlm keadaan takut: Anak itu ~ setelah menonton filem yg mengerikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketakutan | 1. perihal takut, rasa takut: maka sekalian orang yg duduk dlm negeri itu sentiasa dgn ~ akan aniaya dan loba orang besar-besar; 2. perasaan hormat dan malu, keseganan; 3. perasaan resah, kegelisahan, kekhuatiran; 4. dlm keadaan takut, menderita (menanggung) takut: pengemis itu kelihatan ~ sahaja rupanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketakutan | 3 menderita takut; dlm keadaan takut: Anak itu ~ setelah menonton filem yg mengerikan. | Kamus Pelajar |
ketakutan | 2 perasaan takut (gelisah, hormat, segan dsb); kegelisahan; kebimbangan; keseganan. | Kamus Pelajar |
ketakutan | 1 keadaan takut: Semua rakyat di negeri itu hidup dlm ~. | Kamus Pelajar |
terpekik-pekik | terjerit-jerit (kerana kesakitan, ketakutan, dll): anak-anak perahu itu ~ ketakutan kerana perahu mereka hampir-hampir terbalik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejut | kaku (anggota, urat) disebabkan terperanjat atau ketakutan; berkejut; ~ telinga menegakkan telinga (spt kuda ketakutan); berkejutan berlari-lari tidak berketentuan kerana terperanjat; mengejut tidak semena-mena datangnya (berlakunya), dgn tiba-tiba (sekonyong-konyong), dgn tidak dijangka-jangka (disangka-sangka), mendadak: beliau meletakkan jawatannya secara ~; lawatan ~ lawatan yg tidak dijangka-jangka atau tidak dirancang terlebih dahulu; mengejut-ngejut 1. tersentak-sentak, bergoncang-goncang (tubuh): badannya kelihatan bergerak-gerak dan ~ sambil ia menangis; 2. pendek-pendek keras dan putus-putus (bkn bunyi binatang, tangisan, dll): sekali-sekala sedannya ~; sayup-sayup terdengar gonggongan anjing ~ dan memanjang-manjang; mengejutkan 1. = mengejuti menyedarkan dr tidur (khayalan, menungan, dll), membangkitkan (dr tidur): bunyi suara budak-budak berkelahi di luar ~ Karim drpd tidurnya; akan hilang menungnya apabila dikejuti oleh Poniem bahawa nasi telah terhidang; 2. memeranjatkan, sangat menghairankan, mengagetkan, menyebabkan (orang) tersentak: berita kematiannya sungguh ~ Bidin; 3. ki menyedarkan (supaya bertindak, maju, dll), membangkitkan semangat, memberangsangkan: perubahan ini agaknya ~ mereka supaya mempunyai semangat berani dan berazam; terkejut 1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat terkejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnya; kejutan sesuatu yg mengejutkan (memeranjatkan), kesan (akibat) yg menyebabkan orang terkejut (terperanjat): mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberi ~ kpd mereka; sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda; ~ budaya akibat yg timbul apabila sesuatu kebudayaan atau anggota sesuatu kebudayaan secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah kpd unsur-unsur kebudayaan lain yg lebih tinggi tamadunnya (biasanya menimbulkan perasaan tersisih, tidak dapat menyesuaikan diri dsb pd anggota kebudayaan yg lebih rendah tamadunnya); ~ elektrik rasa sakit dan kontraksi otot secara tiba-tiba apabila terkena arus elektrik; kekejutan 1. perihal terkejut (terperanjat); 2. terkejut, terperanjat: Tuan Lim ~, matanya hampir tersembul; keterkejutan keadaan atau perihal terkejut: lelaki itu terbanting oleh ~ yg maha dahsyat; pengejut mudah terkejut (terperanjat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
seram I | 1. berdiri bulu roma (kerana ketakutan dll), meremang: kecutlah hati dan ~lah bulu romanya tatkala tiba-tiba terlintas di dlm ingatannya bahaya yg mungkin datang; 2. berasa berkerut dan senyar kulit tubuh (kerana kecemasan atau ketakutan): hutan-hutan di sini agak asing untuknya, dia berasa agak ~ juga; 3. tampak menakutkan (rupa yg bengis, kejam, dll): di mana-mana terdapat slogan yg ~, berapi-api dan pedas; nampak ~ muka-nya; ~ sejuk a) berasa sejuk dan berdiri bulu roma kerana ketakutan, ngeri dsb; b) berasa sejuk spt hendak demam; menyeramkan menjadikan seram, menakut-kan, mengerikan: “Tolong!” pekiknya dgn suara yg ~; keseraman perihal (keadaan atau rasa) seram: dia tersentak juga, tetapi cuba menyem-bunyikan ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gentar | 1. goncangan yg cepat (tali gitar kalau dipetik, badan kalau ketakutan, bumi kalau gempa dll), getar, geletar; 2. ki berasa takut (bimbang dll): tidak ~ menyerang musuh; bergentar, menggentar 1. bergoncang: sekitar daerah itu ~ kerana letupan bom; 2. gementar, menggeletar (kerana kesejukan, ketakutan, dll);menggentari, mempergentari menyebabkan jadi gentar (takut), menakut-nakutkan: dia ~ pencuri itu dgn pistol mainan; menggentarkan 1. menjadikan bergentar: letupan bom ~ seluruh badan; 2. menjadikan gentar, menakutkan: hal itu tidak ~ hatinya; 3. merusuhkan, menggemparkan: orang yg gelap itu ~ seluruh kampung; gentaran goncangan: kaca jendela pecah kerana ~ bunyi bom; kegentaran 1. perihal gentar; 2. ketakutan; penggentaran perihal menggentarkan (merusuhkan dll); penggentar 1. sesuatu yg digunakan utk menggentarkan; 2. perusuh, pengganas; 3. pengecut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lasian | ketakutan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |