tekun | sungguh-sungguh (bekerja, belajar dll); rajin: Belajarlah dgn ~ supaya lulus dlm peperiksaan. bertekun 1 berbuat sesuatu (bekerja, belajar dsb) dgn tekun; bersungguh-sungguh: Selepas itu, Pasteur ~ dlm kerjanya dan berjaya mendapat ubat bagi beberapa jenis penyakit. 2 berbuat sesuatu dgn asyik. 3 berpegang teguh pd (adat dsb). menekuni mengerjakan sesuatu dgn tekun. ketekunan 1 keadaan atau sifat tekun; kerajinan. 2 keasyikan (melakukan sesuatu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tekun | 1. = dgn ~ dgn rajin dan usaha (melakukan sesuatu), bersungguh-sungguh: bekerjalah awak ~-~, jangan banyak angan-angan; 2. tabah hati, keras hati: dgn ~ dia bekerja men-cari nafkah; bertekun 1. rajin dan bersungguh-sungguh (bekerja, berusaha, mengaji, dll), berkeras hati: kira-kira lapan sembilan bulan aku ~ mengaji dan menulis itu; 2. = tertekun menumpukan fikiran dll pd, sangat asyik (mengerjakan sesuatu): jangan engkau biasakan menulis malam, kerana nanti lekas rosak mata, dan siang pun jangan ~ sangat, kerana engkau budak-budak nanti menjadi penyakit; 3. sangat-sangat berpegang pd (adat, kepercayaan, dll): mereka masih ~ pd adat kuno; 4. ark bertelekan (pd), bertumpu (pd); menekun mempelajari dll sesuatu dgn tekun: Laila sentiasa menghabiskan waktu senggang dgn ~ pelajaran sekolahnya; menekuni berusaha sungguh-sungguh utk sesuatu: pengajian teologi juga terus ditekuni tanpa mengalami hambatan; menekunkan menjadikan (seseorang) tekun: ~ diri dgn beberapa penelitian;ketekunan 1. perihal tekun, kerajinan, kesungguhan; 2. keasyikan (melakukan sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketekunan | 1 keadaan atau sifat tekun; kerajinan. 2 keasyikan (melakukan sesuatu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketekunan | 1. perihal tekun, kerajinan, kesungguhan; 2. keasyikan (melakukan sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketekunan | 1 keadaan atau sifat tekun; kerajinan. | Kamus Pelajar |
pencapaian | 1 sesuatu yg dicapai; sesuatu yg telah berjaya dilaksanakan dgn usaha dan ketekunan: ~ murid-murid meningkat pd tahun ini. 2 perbuatan (hal, usaha dsb) mencapai sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kesungguhan | 1 keadaan sungguh; kebenaran: ~ pengakuannya itu masih diragui. 2 perbuatan yg bersungguh-sungguh; ketekunan: Dgn berkat ~ hatinya, sampailah Marco Polo di Negeri China. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dedikasi | /dédikasi/ 1 pengorbanan tenaga (masa dll) utk sesuatu. 2 ketekunan; kesungguhan: Islam menganjurkan supaya kita berusaha dgn penuh ~ dlm sebarang lapangan. berdedikasi 1 sanggup mengorbankan tenaga (masa dll) utk sesuatu: Mereka berjaya membentuk satu pasukan yg ~. 2 tekun; sungguh-sungguh: Matlamatnya ialah menjadikan mereka sbg pekerja yg berdisiplin dan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pencapaian | 1. sesuatu yg dicapai; sesuatu yg telah berjaya dilaksanakan dgn usaha dan ketekunan: ~ murid-murid meningkat pd tahun ini. 2. perbuatan (hal, usaha dsb) mencapai sesuatu. | Kamus Pelajar |
kerajinan | 1. perihal rajin, kegiatan, ketekunan: guru hendaklah mendatangkan kecenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (meng-hasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai me-majukan ~ rakyat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |