ketela | (ketéla) Kd sj tumbuhan (pokok) dan buahnya, betik, kepaya, Carica papaya; ~ kayu sj tumbuhan (pokok dan ubinya), ubi kayu, singkung, Manihot utilissima; ubi ~ keledek, sj tumbuhan (pokok menjalar dan ubinya), Ipomoea batatas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketela kayu | sj tumbuhan (pokok dan ubinya), ubi kayu, singkung, Manihot utilissima; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ubi ketela | keledek, sj tumbuhan (pokok menjalar dan ubinya), Ipomoea batatas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ubi keledek | = ~ jalar = ~ jawa = ~ ketela = ~ rambat sj tumbuhan (pokok menjalar), Impomoea batatas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ubi keledek | sj ubi yg manis, ketela ubi, Ipomoea batatas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keledek | (kelédék) sj ubi yg manis, ketela ubi, Ipomoea batatas; ~ hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kangkung laut, akar keremek, akar lanar, Ipomoea digitata; (akar) ~ tanah sj tumbuhan (pokok memanjat), Vitis gracilis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ubi I | 1. umbi atau akar (pd tumbuh-tumbuhan tertentu) yg biasanya boleh dimakan; 2. sj tumbuhan yg menghasilkan umbi; ~ akas = ~ arak = ~ gadung sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea hispida; ~ beng-gala ubi kentang; ~ ciabet = ~ pasir = ~ sabut sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea pentaphylla; ~ cina = ~ kastela = ~ kemili hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea bulbifera; ~ garut = ~ karut sj tumbuhan (herba), Maranta arundinacea; ~ jawa = ~ kelapa = ~ keledang = ~ kenduduk = ~ kipas = ~ manis = ~ menjangan = ~ merah = ~ nasi = ~ teropong = ~ tiang = ~ ular sj tum--buhan (pokok memanjat), Dioscorea alata; ~ kayu = ~ jenderal = ~ perancis sj tumbuhan (pokok kecil), Manihot utilissima; ~ keladi ubi drpd beberapa jenis keladi; ~ keledek = ~ jalar = ~ jawa = ~ ketela = ~ rambat sj tumbuhan (pokok menjalar), Impomoea batatas; ~ kelonak sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea prainiana; ~ kentang = ~ benggala = ~ gendang = ~ wolanda sj tumbuhan (pokok menjalar), Solanum tube-rosum; ~ kembili = ~ kemili sj tumbuhan (herba), Coleus tuberosus; ~ sengkuang sj tumbuhan (pokok memanjat), Pachyrrhizus erosus; ~ torak sj tumbuhan (pokok me-manjat), Dioscorea esculenta; ada ~ ada talas, ada budi ada balas prb barang siapa berbuat sesuatu tentu akan mendapat balasannya; lamun ada ~, tiada ~, gadung jadilah prb jika tiada yg baik, yg kurang baik pun bergunalah; ubi-ubian pelbagai jenis ubi spt keledek, keladi, kentang dsb: makanan drpd kumpul-an nasi, mi, bijirin, roti, pasta dan ~ sebenar-nya berkalori rendah dan mengandungi sedikit lemak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |