keteramalan | perihal dapat diramalkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ramal I | Ar 1. pasir; negeri ~ negeri Arab; 2. pasir utk menengok nasib, sesuatu yg digunakan utk melihat nasib atau mengetahui sesuatu yg akan berlaku dll (kitab nujum dll); membaca (membilang, membuka) ~ melihat nasib orang dll (dgn menengok kitab nujum dll); meramal menengok nasib, menelah: profesor ini mungkin punya bola kristal utk ~; meramalkan 1. menengok nasib orang dll dgn membuka kitab nujum (pustaka), menenung, menelah: ia hanya dapat ~ nasib orang lain, tetapi tidak nasibnya sendiri; 2. memberitahukan (mengatakan, menceritakan) sesuatu yg akan berlaku, menerka, menduga, menelah: banyak orang ~ cukai pendapatan akan dinaikkan lagi; ia menjeling ke muka orang itu, menduga, dan ~ apa yg difikirkannya; teramal dapat diramalkan: kehidupan yg tidak ~ dan tidak terkawal; keteramalan perihal dapat diramalkan; ramalan sesuatu yg diramalkan, dugaan, telahan, tekaan: Karl Marx telah membuat suatu ~ yg meleset; ingatlah, rancangan-rancangan bukan dibuat mengikut ~, tetapi berasaskan hakikat; kitab ~ kitab nujum, pustaka; peramalan perbuatan meramal (meramalkan); peramal orang yg meramal atau meramalkan sesuatu: sbg seorang ~ yg selalu tepat, Orwell yakin semua tulisannya akan menjadi kenyataan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |