ketergantungan | keadaan atau sifat (masih) bergantung (pd sesuatu): ini bererti wanita berkenaan perlu belajar berdikari dan bebas drpd ~ pd keluarga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gantung | ; hukum ~ hukuman mati dgn mencerut leher dgn tali (yg terikat pd tiang); jambatan ~ titi yg tidak bertiang; kahwin ~ = nikah ~ perkahwinan yg belum lagi diumumkan (diraikan) dgn upacara persandingan; lampu ~ lampu yg disangkut (tidak berdiri); pusaka ~ waris yg belum diketahui pemiliknya; ~ kemudi sl cukai yg dikenakan di pelabuhan; ~ layar sl hadiah kpd orang yg menyelamatkan kapal yg hendak karam; bergantung 1. bersangkut, bergayut, berpaut; dagu bagai lebah ~ dagu yg cantik; 2. bersandar (pd orang dll), berharap pd pertolongan (orang dll), di bawah pengaruh orang dll: kehidupannya ~ pd belas kasihan Dato’ Ujang; pertumbuhan padi di kawasan Kerian ~ semata-mata pd hujan; ~ di ekor anjing prb orang yg sangat memerlukan pertolongan akan menerima sebarang pertolongan; ~ di hujung rambut prb nasib yg tidak tetap; ~ kpd rambut sehelai prb dlm keadaan yg amat berbahaya; ~ pd tali rapuh prb mengharapkan pertolongan drpd orang dll yg lemah; ~ tidak bertali, bersalai tidak berapi prb a) isteri yg ditinggalkan tetapi tidak diceraikan; b) peri seorang gundik yg tidak sah; bergantung-gantung bergantung banyak-banyak di sana sini: jemuran yg ~ di balkoni apartmen itu memang mencacatkan pemandangan;bergantungan bergantung-gantung, bergantung banyak-banyak: ia memerhatikan gambar-gambar yg ~ di dinding;menggantung 1. menghukum mati dgn mencerut leher dgn tali yg terikat pd tiang; ~ diri membunuh diri dgn mencerutkan tali pd leher; 2. memasang (kelambu, tirai, dll) dgn menyangkutkan tali dll pd sesuatu: ~ kelambu; ~ langsir; 3. menunda (perkara dll) hingga waktu yg lain (utk mendapat butir-butir yg lebih lanjut): perkara itu digantung utk sementara waktu; 4. menjadikan tidak berkuat kuasa atau sah dsb atau tidak dapat bertindak (bergiat dsb) sehingga diputuskan secara muktamad; ~ kerja (pekerjaan) tidak membenarkan atau menahan seseorang drpd melaksanakan tugasatau kerja rasminya buat sementara (biasanya sehingga selesai dijalankan sesuatu penyiasatan); ~ lesen menjadikan lesen (memandu, berniaga, dsb) hilang kuat kuasanya sehingga dibuat keputusan lain kemudiannya;~ raket berhenti sama sekali atau bersara drpd bermain sesuatu permainan yg menggunakan raket (spt badminton, tenis, dsb): selepas ~raketnya, nama beliau terus hilang dr dada akhbar; digantung tinggi dibuang jauh prb tidak berkuasa sedikit pun (lemah sekali);menggantungi 1. menjadikan (sesuatu) sbg tempat menggantungkan (sesuatu): pokok ru itu digantungi dgn lampu yg berbagai-bagai warnanya; 2. menggantung berulang-ulang;menggantungkan 1. menyangkutkan pd paku dll atau mengikatkan pd sesuatu dsb supaya terletak pd tempat yg tinggi, menjadikan bergantung: ia ~ semua kad Hari Raya pd tali yg direntang; 2. menyandarkan (nasib, pekerjaan, dll) pd, mengharapkan (pertolongan dll) drpd, meletakkan (harapan dsb): mereka ~ harapan hari depan mereka pd kejayaan Hanifah dlm pelajarannya; digantungkan tinggi, digalikan dalam prb perjanjian yg dibuat dgn syarat-syarat yg teguh; ~ kain kotor di muka pintu prb perihal perbuatan yg pandir yg memberi malu pd diri sendiri;mempergantungi menjadikan (seseorang) tempat bergantung: aku masih terkatung-katung dgn tiada tempat bergantung tetapi dipergantungi pula oleh orang lain;tergantung 1. telah digantung, tersangkut, terpaut: lampu itu ~ di loteng; 2. diserahkan, terserah (pd): hukuman yg akan dikenakan ~ pd hakim; gantungan 1. sesuatu yg digantung(kan); 2.alat utk menyangkut (menggantungkan) sesuatu;kebergantungan perihal (keadaan) bergantung (pd): sikap ~ pd orang lain;ketergantungan keadaan atau sifat (masih) bergantung (pd sesuatu): ini bererti wanita berkenaan perlu belajar berdikari dan bebas drpd ~ pd keluarga. ketidakbergantungan perihal (keadaan) tidak bergantung pd: ~ politik kawasan ygberpisah-pisah; pergantungan 1. alat atau tempat utk menggantung; 2. tempat bergantung (mis orang yg dipercayai atau yg boleh memberikan pertolongan), tempat bersandar, tempat mengharapkan pertolongan; 3. perihal (perbuatan, sikap) bergantung (pd sesuatu): jelaslah ~ pd beberapa barangan utama akan terus menjejaskan ekonomi negara;penggantungan 1. perihal menggantung; 2. tempat menggantung(kan) sesuatu, tempat menghukum gantung orang: ~ kain baju itu letaknya berhampiran dgn katil;penggantung digunakan utk menggantungkan sesuatu: tali ~ seluar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |