keterhadan | perihal (keadaan) terhad, keterbatasan: ~ dan kelemahan manusia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
had | 1. batas, perenggan: kesabaran manusia ada ~nya; ~ laju batas laju (kelajuan maksimum yg dibolehkan atau dibenarkan); 2. hingga (sampai) ke, setakat: boleh masuk ~ serambi sahaja; kain disingsingnya ~ lutut; ~ itulah yg terbaca oleh saya; berhad berbatas, berhingga: kekuasaan Tuhan tidak ~; syarikat ~ syarikat yg tanggungannya terbatas kpd modal dan hartanya sahaja (tidak meliputi harta peribadi pemiliknya atau pemegang sahamnya); mengehadkan 1. menentukan hadnya (banyaknya, luasnya, perenggannya, dll), membatasi: kelab itu ~ bilangan ahlinya kpd 100 orang sahaja; percubaan ini dijalankan di dlm tempat yg dihadkan bekalan udaranya; 2. mengkhususkan, menguntukkan: seorang pekedai akan ~ jualan hutang kpd pelanggan-pelanggannya sahaja; ahli ekonomi kurun ke-19 mahu ~ tugas kerajaan kpd hal menjaga undang-undang dan keamanan negeri sahaja; terhad 1. ditentukan batas atau perenggannya, terbatas: kebebasan bekas tahanan itu ~ di dlm daerahnya sahaja; 2. khusus (utk): faedah drpd keuntungan syarikat kerjasama ~ utk ahli-ahlinya; keterhadan perihal (keadaan) terhad, keterbatasan: ~ dan kelemahan manusia; pengehadan perihal mengehadkan, pembatasan: perintah ~ kediaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |