keterujaan | keadaan atau rasa teruja: Motivasi yg diberikan dpt menimbulkan ~ pd para peserta utk terus berusaha. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keterujaan | perihal (keadaan, sifat dsb) teruja: program yg bermanfaat itu mewujudkan ~ di kalangan remaja supaya mereka mahu menyertainya; oja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
uja | ; menguja 1 membangkitkan semangat (ayam sabungan dll) supaya melawan. 2 ki membangkitkan kemarahan dll seseorang; menghasut. teruja timbul minat, keinginan dsb yg kuat terhadap sesuatu; naik semangat: Sindrom itu menyebabkan kanak-kanak tidak boleh duduk diam dan mudah ~. keterujaan keadaan atau rasa teruja: Motivasi yg diberikan dpt menimbulkan ~ pd para peserta utk terus berusaha. pengujaan perihal atau perbuatan menguja. penguja 1 orang yg menguja. 2 alat yg digunakan utk menguja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
uja | ; menguja 1. menaikkan semangat (ayam dll) supaya menyerang lawan, memberang-sangkan, menggalakkan: maka Awang Sulung pun menurunkan pertaruhannya dan ayam pun lalu diujanya; 2. ki membangkitkan hati orang supaya marah dll, memberangsangkan, memberanikan, menghasut; sungguh diuja, dipegang ekor prb walaupun diberi kebebasan tetapi ada juga hadnya; teruja timbul minat (keinginan dsb) yg kuat terhadap sesuatu, naik semangat, terangsang: “Saya berasa seronok dan ~,” kata seorang pemuda yg menyertai tunjuk perasaan itu; keterujaan perihal (keadaan, sifat dsb) teruja: program yg bermanfaat itu mewujudkan ~ di kalangan remaja supaya mereka mahu menyertainya; oja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |