Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tetap
1. Bersinonim dengan kekal
( abadi, baqa, selama-lamanya, lestari, tidak berkesudahan, )
(adjektif:)
Berantonim dengan sementara

2. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( terus-menerus, sentiasa, selalu, tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak berkesudahan, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan terhenti-henti

3. Bersinonim dengan pasti
( tentu, tegas, mesti, wajib, tidak boleh tidak, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : menetap, menetapi, menetapkan, ketetapan, penetapan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
keimananketeguhan iman, keyakinan, ketetapan hati: ada sesuatu sekarang yg hilang drpd diriku, ~ barangkali.Kamus Dewan Edisi Keempat
imanAr 1. keyakinan terhadap wujudnya Allah dgn hati, yg dilafazkan dgn kata-kata, dan dilaksanakan dgn amalan: di mukanya, kelihatan sinar takwa dan ~; 2. ketetapan hati, kekuatan batin: walau bagaimana kuat pun godaan syaitan, namun ~nya tidak bergoncang; kurang ~ kurang kuat hatinya, mudah terpengaruh atau tertipu; membawa ~ menyebarkan agama Islam; beriman mempunyai iman, patuh kpd larangan dan suruhan Allah, berpegang kuat kpd ajaran agama: jangan lupa ~ kpd Allah kerana kita ini semua hamba-Nya; berimankan percaya kpd: Upu Lamdusalat inilah awal Raja Bugis yg mula-mula masuk agama Islam yg ~ nabi kita Muhammad; mengimani yakin dan percaya pd; keimanan keteguhan iman, keyakinan, ketetapan hati: ada sesuatu sekarang yg hilang drpd diriku, ~ barangkali.Kamus Dewan Edisi Keempat
keteguhanperihal teguh (hati, iman, dll), kekuatan, ketabahan, ketetapan: ~ hati dan ketabahan jiwa yg begini adalah menunjuk­kan sifat keperwiraan hulubalang Melayu;Kamus Dewan Edisi Keempat
iman1 pegangan teguh di hati terhadap adanya Allah dan mematuhi segala hukum-Nya: membawa ~ memeluk agama Islam. 2 pegangan teguh di hati utk menjauhkan diri drpd sebarang kejahatan; ketetapan hati; kekuatan batin: Dia berdoa supaya Allah menetapkan ~nya dlm masa menghadapi sebarang godaan syaitan. kurang ~ tidak teguh pendiriannya; mudah terpengaruh. beriman patuh pd larangan dan suruhan Allah; berpegang pd ajaran agama; mempunyai iman: Orang-orang yg ~ akan selamat di dunia dan di akhirat. mengimani yakin dan percaya pd: ~ Allah dgn sungguh-sungguh. keimanan keteguhan hati; keyakinan: ~ adalah penting dlm menghadapi cabaran hidup ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
iman1. pegangan teguh di hati terhadap adanya Allah dan mematuhi segala hukum-Nya:membawa ~ memeluk agama Islam. 2. Pegangan teguh di hati utk menjauhkan diri drpd sebarang kejahatan; ketetapan hati; kekuatan batin:Dia berdoa supaya Allah menetapkan ~nya dlm masa menghadapi sebarang godaan syaitan. kurang ~ tidak teguh pendiriannya; mudah terpengaruh. beriman patuh pd larangan dan suruhan Allah; berpegang pd ajaran agama; mempunyai iman: Orang-orang yg ~ akan selamat di dunia dan di akhirat. mengimani yakin dan percaya pd:~ Allah dgn sungguh-sungguh. keimanan keteguhan hati; keyakinan: ~ adalah penting dlm menghadapi cabaran hidup ini.Kamus Pelajar
teguh1. tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesang­gupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaan­nya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memper­lengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll); meneguhkan 1. menguatkan, mengukuh­kan: ~ angkatan laut; 2. menyungguhkan, mengesahkan: beliau telah ~ kebenaran berita itu; 3. berpegang teguh (pd janji), tetap memenuhi janji (kata-kata); ~ janji menepati janji; ~ setia tetap setia; memperteguh menjadikan lebih teguh, memperkuat: kita dapat ~ negara dan dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup rakyat kita; keteguhan perihal teguh (hati, iman, dll), kekuatan, ketabahan, ketetapan: ~ hati dan ketabahan jiwa yg begini adalah menunjuk­kan sifat keperwiraan hulubalang Melayu; peneguhan perihal meneguhkan, penguat­an, pengukuhan, penyungguhan; peneguh sesuatu alat (unsur, fakta dsb) yg meneguhkan atau memperteguh: anak merupakan ~ ikatan perkahwinan suami isteri.Kamus Dewan Edisi Keempat
cewang (céwang)Mn ark belum ada ketetapan fikiran, tidak tetap hati.Kamus Dewan Edisi Keempat
ketetapan1 sesuatu yg sudah ditetapkan atau diputuskan; keputusan; ketentuan: Mereka telah membuat ~ utk merayu kpd pihak maji­kan supaya mengambil balik pekerja-pekerja yg dipecat dahulu. 2 keteguhan hati atau kemahuan; ketabahan hati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ketetapan1. perihal tetap, kepastian, ke­ten­tuan: apa yg sedang berlaku dlm masya­ra­kat kita bukanlah drpd ajaran Islam, malah jauh menyimpang drpd ~ hukum-hukum Islam; 2. keputusan, ketentuan, pertimbang­an: Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengambil satu ~ menyeru supaya semua pihak tidak berkeras dlm krisis Timur Tengah; 3. surat pengangkatan (per­lantikan); 4. keteguhan (hati, kemahuan, dll), kekukuhan, kecekalan: kemahuan dan ~ hati akan mencapai suatu cita-cita yg mulia;Kamus Dewan Edisi Keempat
tetap I1. selalu berada di tempatnya, tidak berpindah-pindah, tidak bergerak, tidak ber­ganjak: di dlm kursus sains ini kelak kita akan menemui benda-benda hidup yg tinggal ~ tidak bergerak beberapa lama; 2. tidak utk sementara: jawatan ini adalah ~ dan ber­­pencen; 3. tidak putus-putus, terus-menerus, selalu: dunia masih ~ berharap bahawa segala kejayaan Rusia di angkasa lepas itu hendaknya benar-benar dilakukan utk tujuan-tujuan damai; 4. tidak berke­sudahan, kekal selama-lamanya, lestari, abadi: kita di dunia ini tidak akan ~, mati juga akhirnya; 5. tidak berubah-ubah (keadaannya dll), selalu demikian halnya dll, sama (ke­adaannya): harga getah dan timah bergan­tung pd pasaran dunia dan oleh sebab itu tidak ~; 6. sudah pasti, tentu, mesti: gedung itu ~ akan dirasmikan pd hari itu; 7. teguh berpegang pd (pendirian, kepercayaan, keya­kin­an­nya, dll): dia ~ tidak mahu berdamai; 8. tidak berubah lagi (niat, keputusan, dll): niatnya utk menunaikan fardu haji sudah ~; ~ hati teguh hati, tabah hati; menetap tinggal dgn tetap (di), bermukim (di), duduk (di): ~lah mereka di sana utk membuka tanah, meneroka hutan utk dijadikan kampung; menetapi 1. menepati atau memenuhi (janji dll), menunaikan (niat, kaul, dll): dlm janji digaduhkan sampai janji ditetapi; 2. meme­nuhi (kewajiban, tanggungjawab, dll), men­jalankan (perintah), mematuhi; menetapkan 1. membuat supaya tetap (tidak goyah dll), menjadikan tetap (kekal, lestari, dll), mengekalkan: mereka hendak ~ apa yg telah ada; 2. menjadikan tetap (tidak utk sementara), melantik (menerima) sbg pegawai tetap: setelah berkhidmat selama satu tahun, Hamidah telah ditetapkan dlm jawatannya; 3. memberi kepastian (ketentu­an), memastikan, menentukan: harinya mesti­lah ditetapkan utk membicarakan kes itu; 4. membuat keputusan, memutuskan: kami ~ hendak memberi bantuan kpd dua orang murid sahaja; 5. menjadikan tetap (tidak berubah-ubah keadaannya dsb): ~ harga; 6. memilih (melantik, mengangkat) jadi: mesyuarat telah ~ dia jadi wakil rom­bongan tersebut; 7. meneguhkan (hati, janji, dll): oleh itu ia telah ~ hatinya sedia hendak menghadapi untung nasib; 8. memperkuat, memperkukuh: fakir itu tinggal di negeri Samudera ~ akan agama Islam isi negeri itu; mempertetap, mempertetapkan menjadi­kan lebih tetap: ampun tuanku beribu-ribu ampun pertetapkan juga hati tuanku; ketetapan 1. perihal tetap, kepastian, ke­ten­tuan: apa yg sedang berlaku dlm masya­ra­kat kita bukanlah drpd ajaran Islam, malah jauh menyimpang drpd ~ hukum-hukum Islam; 2. keputusan, ketentuan, pertimbang­an: Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengambil satu ~ menyeru supaya semua pihak tidak berkeras dlm krisis Timur Tengah; 3. surat pengangkatan (per­lantikan); 4. keteguhan (hati, kemahuan, dll), kekukuhan, kecekalan: kemahuan dan ~ hati akan mencapai suatu cita-cita yg mulia; ~ pajak Id taksiran pajak (cukai dll); penetapan 1. perihal menetapkan, pemas­tian, penentuan: ~ bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan; 2. perihal menetapkan (harga, keadaan, dsb); 3. pelantikan (jawatan dll), pengangkatan; 4. pelaksanaan (kewajib­an dll), penunaian (janji dll); 5. keputusan (pendapat dll); penetap sesuatu yg digunakan utk menetap­kan (menyelaraskan).Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas