Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tiada
Kata Terbitan : meniadakan, peniadaan, ketiadaan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tiada1 tidak ada: Bapanya ~ di rumah. Orang itu ~ di sini. 2 tidak: Dia ~ mengerti. meniadakan 1 menganggap atau menyifatkan tidak ada. 2 menjadikan tiada; menghilangkan; menghapuskan. ketiadaan 1 keadaan atau hal tidak ada sesuatu atau seseorang; ~nya membuat kami tertanya-tanya. 2 mengalami atau menderita tiadanya sesuatu; kekurangan: Mereka menanggung berbagai-bagai kesusahan kerana ~ wang. peniadaan perbuatan atau hal meniadakan; penghapusan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tiada1. tidak ada: rumah itu berkunci sahaja kerana ~ orang yg mendiaminya; 2. tidak: ~ pernah kudengar; ~ berapa tidak terlalu (banyak, besar, dll); ~ dua hanya satunya, tiada taranya atau ban­dingannya; dgn ~ tanpa; tiadakan tiada akan, tidak akan: jika tuan hamba manusia ~ kata-kata ini keluar drpd mulut tuan hamba; meniada 1. menjadi tidak ada; 2. enggan menurut, mengatakan tidak; meniadakan 1. = mempertiadakan meng-anggap (mengatakan dll) tidak ada atau tidak mungkin, mengingkari, memungkiri: kita tidak boleh ~ atau menganggap sepi masalah-masalah ini; menentang ajaran-ajaran agama Islam samalah spt ~ Tuhan; 2. menjadikan tidak ada, menghapuskan, menghilangkan, meluputkan: sudahlah dgn takdir Allah, yg ada ditiadakan dan yg tiada diadakan; kerana kekurangan guru bebe­rapa mata pelajaran terpaksa ditiadakan tahun ini; 3. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan (kuasanya, haknya, dll); 4. mengabaikan, memperkecil: ~ kebolehan orang lain; peniadaan perihal meniadakan (meng­hapuskan, membatalkan, dll); ketiadaan 1. perihal tidak ada (sesuatu): ~ vitamin yg perlu dlm makanan boleh men­datangkan berbagai-bagai jenis penyakit; sukar bagi ahli-ahli sejarah mengkaji sejarah lama kerana ~ kesan-kesan yg bertulis; 2. perihal tidak mempunyai sesuatu, kepicikan (wang): menghadapi berbagai-bagai kesulitan kerana ~ wang.Kamus Dewan Edisi Keempat
ketiadaan1 keadaan atau hal tidak ada sesuatu atau seseorang; ~nya membuat kami tertanya-tanya. 2 mengalami atau menderita tiadanya sesuatu; kekurangan: Mereka menanggung berbagai-bagai kesusahan kerana ~ wang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ketiadaan1 keadaan atau hal tidak ada sesuatu atau seseorang; ~nya membuat kami tertanya-tanya. 2 mengalami atau menderita tiadanya sesuatu; kekurangan: Mereka menanggung berbagai-bagai kesusahan kerana ~ wang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ketiadaan1. perihal tidak ada (sesuatu): ~ vitamin yg perlu dlm makanan boleh men­datangkan berbagai-bagai jenis penyakit; sukar bagi ahli-ahli sejarah mengkaji sejarah lama kerana ~ kesan-kesan yg bertulis; 2. perihal tidak mempunyai sesuatu, kepicikan (wang): menghadapi berbagai-bagai kesulitan kerana ~ wang.Kamus Dewan Edisi Keempat
ketiadaan1 keadaan atau hal tidak ada sesuatu atau seseorang: ~nya membuat kami tertanya-tanya.Kamus Pelajar
ketandusan1. perihal tandus, ketiadaan sama sekali: ‘Dilema Melayu’ ditulis dlm masa ~ daya dan kepapaan bangsa; 2. telah habis langsung (bkn idea, modal, bakat dsb), mengalami keadaan tandus, kehabisan: universiti itu mempunyai ramai pelajar dan tidak ~ bakat; benarkah beliau telah diper­alatkan oleh kumpulan serpihan yg sudah ~ idea perjuangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kekosongan1. perihal kosong, ketiadaan sesuatu apa atau sesuatu yg tertentu), keadaan tidak ada yg menjawatnya (mengisinya dsb): pengambilan pekerja-pekerja baru utk memenuhi ~ beberapa jawatan; ~ iman ketiada­an iman; 2. kehampaan: dia terasa ~ sekarang di dlm jiwanya kerana kehilangan orang yg sangat dikasihinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
tandus1. tidak ditumbuhi apa-apa (tanah); padang ~ padang yg tidak ada tanamannya; 2. sedikit pun tidak ada lagi, habis langsung, licin-licau (wang, harta, dll); menanduskan menyebabkan tandus; ketandusan 1. perihal tandus, ketiadaan sama sekali: ‘Dilema Melayu’ ditulis dlm masa ~ daya dan kepapaan bangsa; 2. telah habis langsung (bkn idea, modal, bakat dsb), mengalami keadaan tandus, kehabisan: universiti itu mempunyai ramai pelajar dan tidak ~ bakat; benarkah beliau telah diper­alatkan oleh kumpulan serpihan yg sudah ~ idea perjuangan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ripuhJk 1. mengalami kesusahan (kerana sakit, ketiadaan wang, dll); 2. banyak kerja, sibuk, repot; 3. kacau-bilau, tidak keruan, ribut.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas