kelek I | (kélék) ketiak; mengelek mengangkat (membawa) di bawah ketiak, mengepit: pelakonnya bernyanyi sambil ~ buyung air; ~ anak mendukung anak dekat ketiak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketiak II | 1. sj tumbuhan (pokok), jenjagung, limau hutan, melaman, rejang, Acronychia laurifilia; 2. sj tumbuhan (pokok), belangkas hutan, kabuk, Acronychia porteri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketiak daun | sudut atas antara daun dgn batang tempat daun itu tumbuh atau bercanggah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketiak I | bahagian yg lekuk di antara pangkal lengan dgn badan: Pak Ali sedang mengepit sehelai kain di bawah ~nya; ~ daun sudut atas antara daun dgn batang tempat daun itu tumbuh atau bercanggah; di bawah ~ orang di bawah kekuasaan (perintah) orang; spt ~ ular = berketiak ular panjang lebar (percakapan, penerangan, dll); mengembang(kan) ~ hamis prb mempercakapkan keburukan diri atau keluarga sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketek I | (kéték) Jk ketiak; mengeteki menggeletek (mengilik-ngilik) ketiak, menggelikan (dgn mengusik-usik ketiak). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketiak | 1 bahagian yg lekuk di antara pangkal lengan dgn badan: Dia mengepit sehelai kain di bawah ~nya. 2 bahagian yg menyerupai ketiak 1: ~ daun sudut atas antara daun dgn batang; ~ pelepah sudut atas antara pelepah dgn batang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengelek | mengangkat (membawa) di bawah ketiak, mengepit: pelakonnya bernyanyi sambil ~ buyung air; ~ anak mendukung anak dekat ketiak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketiak | 1. bahagian yg lekuk di antara pangkal lengan dgn badan:Dia mengepit sehelai kain di bawah ~nya. 2. bahagian yg menyerupai ketiak: 1: ~ daun sudut atas antara daun dgn batang; ~ pelepah sudut atas antara pelepah dgn batang. | Kamus Pelajar |
tunas ketiak | tunas yg letaknya di antara daun dgn dahan (ranting dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunas celah (ketiak) | tunas yg tumbuh di antara daun dgn dahan atau di antara daun dgn ranting. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |