Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ketika (kata nama)
Bersinonim dengan waktu, masa, jam, saat, tatkala, zaman, abad, kurun, kala, dewasa, tempoh;,
Kata Terbitan : seketika, berketika,

Puisi
 

Asam pauh asam pulasan,
     Ketika bambangan balu;
Meskipun jauh berkirim pesan,
     Pesan jangan dibuang lalu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Ketika gagak putih,
     bangau hitam.

Bermaksud :

Kiasan pada zaman yang sudah silam.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lagi1 masih (berterusan): ketika ~ kecil ketika masih kecil. 2 tambahan kpd yg sedia ada: Ambillah dua ringgit ~ utk perbelanjaan pulang. 3 dan; serta: Rumahnya cantik ~ bersih. 4 berulang spt semula: Bacalah surat itu sekali ~. Agaknya ia akan datang ~ hari ini. 5 lebih (baik, buruk, mahal dll): Bunga yg ini ~ cantik. 6 kata yg digunakan utk menegaskan (menguatkan) kata-kata sebelumnya: Belakang parang ~, kalau diasah nescaya tajam. ~pun, = ~ pula tambahan pula. lagi-lagi sentiasa; balik-balik: ~ hendak bergaduh, tidak pernah aman barang sekejap pun. lagikan bahkan; sedangkan: Serangga yg kecil itu ~ dpt membina bukit dgn mengangkut pasir sebutir demi sebutir. selagi 1 selama atau sementara masih: ~ hayat dikandung badan, aku tetap setia kpdmu. 2 pd ketika; semasa: Waktu tengah malam ~ orang tidur, dia duduk termenung di dlm biliknya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bertelekubertumpu dgn kedua-dua belah siku pd (terutama ketika duduk): Ketika kami tiba, dia sedang duduk ~ di tingkap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
teleku; berteleku bertumpu dgn kedua-dua belah siku pd (terutama ketika duduk): Ketika kami tiba, dia sedang duduk ~ di tingkap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
suap1 banyaknya nasi dll yg dijemput atau yg diambil dgn sudu dsb dan dimasukkan ke dlm mulut ketika makan: Ketika makan, jangan terlalu besar ~mu. 2 = wang ~ wang yg diterima drpd seseorang kerana membenarkan orang itu melakukan sesuatu yg salah di sisi undang-undang; wang rasuah. bersuap makan dgn bantuan orang lain (orang lain yg memasukkan makanan ke mulutnya): Kerana ter­lalu uzur, makannya pun terpaksa ~. bersuap-suapan saling memberi makan dgn tangan, sudu dsb; bertukar-tukar suap (spt dlm istiadat bersanding). menyuap 1 menggerakkan tangan ke mulut utk memasukkan makanan dsb: Dia ~ anak bongsunya makan. 2 memberi rasuah; menyogok. menyuapi me­nyuap berkali-kali. menyuapkan memasukkan sesuatu (makanan dsb) ke dlm mulut: Dia ~ nasi lembik ke mulut anaknya. suapan 1 apa-apa yg disuapkan. 2 wang suap. penyuapan perbuatan, hal dsb menyuap, menyuapi atau menyuapkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sekali tempoha) bp sesuatu ketika; b) bp pd suatu ketika; c) sekali sekala, ada ketika­nya;Kamus Dewan Edisi Keempat
tempoh I(témpoh) 1. waktu, masa: sudah ~nya utk pulang; ada ~nya ada kalanya, kadang-kadang; makan ~ memerlukan masa yg banyak; sekali ~ a) bp sesuatu ketika; b) bp pd suatu ketika; c) sekali sekala, ada ketika­nya; 2. pd masa, pd ketika, pd saat: ~ itu dia tidak ada di rumahnya; 3. kesempatan (utk berbuat sesuatu), peluang: jika ada ~ saya akan ke rumah saudara besok; 4. peng­unduran waktu, penundaan: mereka diberi ~ seminggu utk menyiapkan kerja itu; minta ~ a) minta tangguh; b) minta cuti; 5. batas waktu yg tertentu, janji (waktu yg dijanjikan): dia diberi ~ tiga bulan utk menjelaskan baki hutangnya; 6. jangka masa yg tertentu (berlakunya sesuatu): telur-telur itu menetas dlm ~ sepuluh hari; ~ dulu bp zaman dahulu, dahulukala; ~ hari a) bp baru-baru ini, beberapa hari yg lalu; b) bp pd ketika itu, dahulu; ~ lampau panas (Geog) tempoh cuaca yg luar biasa panasnya, yg berterusan agak lama; bertempoh dlm tempoh: kerajaan Jerman menghantar kata dua ~ 12 jam kpd Rusia.Kamus Dewan Edisi Keempat
taruh1 wang yg dipasang ketika ber­­­­­main judi; tagan. 2 sesuatu yg diserahkan sbg cagaran ketika meminjam wang; sandaran. bertaruh 1 memasang taruh ketika berjudi; bertagan: Ke­banyakan orang yg ~ dlm permainan judi itu telah kalah. 2 membubuh taruh kerana terlalu yakin atau pasti akan sesuatu: Saya berani ~ Malaysia akan menang dlm peraduan itu. menaruh 1 meletakkan sesuatu di sesuatu tempat; menem­pat­kan: Rumah ini tempat ~ barang dagangan. 2 meletakkan atau menentukan harga: Harga yg ditaruhnya itu terlalu tinggi. 3 menyimpan wang dlm tabung dll; menabung: Murid-murid digalakkan ~ wang di bank. 4 menambahkan sesuatu pd; membu­buh; menokok: Sesudah ditaruh asam garam, barulah boleh digoreng. 5 mempunyai perasaan (spt kasih, sayang): Ada juga yg masih ~ belas kasihan terhadap nasibnya yg malang itu. mempertaruhkan 1 me­masang sesuatu sbg bahan ber­taruh dlm perjudian: Raja itu telah ~ negerinya dlm persabungan itu. 2 menjadikan sesuatu sbg bahan yg disandarkan atau yg dicagarkan: Dia sanggup ~ nyawanya utk menjaga nama baik keluarganya. taruhan 1 wang dll yg dipasang ketika bermain judi; taruh; tagan. 2 apa-apa yg disimpan; simpanan: Wang ~ saya sekarang ini berjumlah lima ratus ringgit. 3 orang yg dikasihi: anak ~; gadis ~. pertaruhan 1 peri­hal (perbuatan dsb) bertaruh: Judi ialah segala jenis ~ yg mengharapkan keuntungan yg lebih besar. 2 sesuatu yg dipertaruhkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
takat Itakat I 1. hingga, sampai: dalamnya sungai itu ~ pinggang sahaja; 2. had atau peringkat (pd sesuatu ukuran); ~ beku = ~ sejuk beku had suhu ketika air dll membeku; ~ didih had suhu ketika air dll mendidih; ~ embun suhu ketika udara lembap menjadi tepu dan membentuk embun apabila bersentuhan dgn sesuatu permukaan; ~ lebur suhu ketika suatu pepejal mulai lebur; setakat sampai had, sehingga: ~ ini, perbual­an mereka terhenti; ~ manakah hasil yg didapati drpd pengajaran yg telah diberi­kan? bertakat-takat bersenggat-senggat, berpe­ring­kat-peringkat: campuran ini dialirkan melalui satu saluran yg ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
berenang1 menggerakkan badan ketika menyelam atau ketika mengapung di air dgn menggunakan tangan, kaki atau ridip. 2 perbuatan menggerakkan badan dlm air dgn menggunakan tangan, kaki dsb: ~ menyihatkan badan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kuncuptidak terbuka lebar; tidak kembang (bkn payung, bunga dll). menguncup menjadi kuncup; mengecut: Saluran darah haiwan akan ~ ketika kesejukan. menguncupkan menjadikan kuncup: ~ payung. penguncupan perihal menguncup atau menguncupkan: ~ berlaku ketika sejuk dan pengembangan berlaku ketika panas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas