malignan | (Ubat) cenderung menjadi lebih teruk dan mengakibatkan maut (bkn tumor atau ketumbuhan): ketumbuhan pd rahimnya ialah sj ketumbuhan yg ~, dan dia mati akibat ketumbuhan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketumbuhan | 1 tisu yg membesar atau membengkak secara tidak normal, spt tumor. 2 sj penyakit kulit yg disebabkan oleh virus; cacar. 3 ditumbuhi (oleh): Kawasan itu ~ lalang dan duri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketumbuhan | 1. ditumbuhi oleh: halaman rumah yg dahulunya dijagai dan ditanami bunga, sekarang ~ lalang; 2. penyakit kulit (yg mudah berjangkit), cacar; jenis-jenisnya: ~ bungkus, ~ jagung, ~ jintan, ~ ketumbar, dll; 3. (Ubat) tisu yg membesar atau membengkak secara tidak normal, mis tumor; 4. = tumbuhan Jk sj bisul dlm daging; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ketumbuhan | 2 ditumbuhi (oleh): Kawasan itu ~ lalang dan duri. | Kamus Pelajar |
ketumbuhan | 1 sj penyakit kulit yg disebabkan oleh virus; cacar. | Kamus Pelajar |
benigna | (Ubat) tidak serius, tidak berulang-ulang dan tidak susah utk pulih (bkn tumor atau ketumbuhan): janganlah kamu risau, doktor kata ketumbuhan pd tengkuknya itu bersifat ~ sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sista | (Ubat) ketumbuhan di dlm tubuh atau di bawah kulit yg mengandungi cecair. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fibroid | sj ketumbuhan yg tidak mengakibatkan barah (benigna). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tumbuh | ketumbuhan | Kamus Pelajar |
kanser | ist penyakit ketumbuhan yg berbahaya di dlm atau di luar badan yg disebabkan oleh pertumbuhan tisu yg tidak normal dan dpt merebak ke bahagian lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |