khanah | Ar tempat simpan barang; ajaib ~ rumah tempat dipertunjukkan barang-barang ajaib, muzium; kutub~ perpustakaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ajaib khanah | rumah tempat dipertunjukkan barang-barang ajaib, muzium; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ajaib-khanah | muzium; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taman pustaka | perpustakaan, kutub khanah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khizanatulkitab | Ar, sl perpustakaan, kutubkhanah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taman bacaan | a) ruangan atau rumah tempat membaca buku; b) = ~ pustaka perpustakaan, kutub khanah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ajaib | 1. sangat menghairankan, aneh, ganjil, pelik (luar biasa atau jarang terdapat dsb): suatu kejadian yg sungguh ~; barang-barang ~; 2. sl sesuatu yg menghairankan, sesuatu yg aneh (luar biasa); ~-khanah muzium; mengajaibkan 1. menimbulkan rasa hairan, menghairankan, menakjubkan: kejadian itu sungguh ~; 2. menganggap (memandang sbg) ajaib: tak guna ~ kuasa Tuhan; keajaiban 1. sifat (keadaan dsb) ajaib, keganjilan, keanehan, keluarbiasaan; 2. sesuatu yg ajaib (menakjubkan), kejadian dll yg pelik (aneh dsb), keanehan, keganjilan: saya menyaksikan bermacam-macam ~ yg belum pernah saya lihat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taman I | 1. kebun yg ditanami dgn pelbagai bunga-bungaan (utk bersenang-senang, berehat-rehat), kebun bunga; 2. ki tempat bersiar-siar (mengambil angin dll); 3. Jw tempat duduk pengantin perempuan (dihiasi bunga-bungaan); 4. kawasan perumahan yg terancang (lengkap dgn kedai, sekolah dan kemudahan-kemudahan lain): T~ Tun Dr Ismail; ~ asuhan kanak-kanak = ~ bimbingan kanak-kanak tempat kanak-kanak kecil biasanya dijaga sewaktu ibu bapa mereka bekerja dll, taska, tabika; ~ bacaan a) ruangan atau rumah tempat membaca buku; b) = ~ pustaka perpustakaan, kutub khanah; ~ bahagia a) tempat menikmati kebahagiaan; b) makam utk pahlawan (yg telah terkorban dlm peperangan); ~ berpusing (bertangkap, mayang) jenis-jenis tempat mandi (berkaitan dgn salah suatu istiadat); ~ botani kawasan yg ditanami pelbagai spesies tumbuhan utk penyelidikan, pemelajaran dan rekreasi; ~ didikan kanak-kanak kelas atau sekolah kecil utk kanak-kanak yg berumur antara empat hingga enam tahun (sebelum mereka memasuki sekolah rendah), tadika; ~ hiburan tempat bersuka ria (dgn berjoget, bermain berbagai-bagai mainan, dll); ~ hutan (Hut) kawasan hutan yg diurus sbg kawasan rekreasi atau kawasan bersejarah; ~ larangan sl taman bunga khas utk puteri-puteri diraja sahaja; ~ negara kawasan hutan milik negara yg dijadikan sbg kawasan perlindungan alam semula jadi, flora dan fauna, atau bahan sejarah; ~ sari kebun bunga (tempat bersenang-senang); air se~ air yg bercampur dgn berbagai-bagai bunga; pertamanan hal yg berkaitan dgn taman: minat kerajaan terhadap penghijauan, pengindahan dan ~ pd akhir-akhir ini sangat menggalakkan; urusan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |