kilat | 1 cahaya yg kelihatan memancar di langit sebelum guruh berbunyi: ~ sabung-menyabung di langit. 2 cahaya yg keluar dr sesuatu yg berkilau: ~ kasut. berkilat mengeluarkan kilat; bercahaya; berkilau: Kasutnya hitam ~. mengilatkan menggosok sesuatu supaya berkilat; menggilapkan: Kita hendaklah membersihkan atau ~ kasut kita sendiri. kilatan cahaya yg berkilat: ~ api cetusan api. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersabung | 1. beradu, berlaga (ayam dll), ber-tarungan, berlawan; ~ ayam mengadu ayam; ayam ~ ayam berlaga; 2. ki bertarung, ber-langgaran (ombak, kilat, petir, dll); kilat ~ kilat berlanggaran; ombak ~ ombak berlang-garan; 3. ki bertemu (mata, pandangan): kedua-duanya tersenyum manakala pandangan mereka ~; angin berputar (bersiru) ombak ~ prb perkara yg amat sulit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkilat | 1. memancarkan kilat, mengeluarkan (menyinarkan) cahaya yg menyerupai kilat; 2. = berkilat-kilat, mengilat bersinar-sinar, bercahaya berkilap (gemerlap), berkilauan, gilap: beliau berpakaian Melayu warna hitam ~; ia menerkam dgn pisau yg berkilat-kilat di tangannya; belum ~ sudah berbalam, bulan sangkap tiga puluh prb perkara (hal) yg sudah cukup jelas (terang); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengilat | 1. memancar (bercahaya) spt kilat, berkilat: kilat ~ sekali di langit, guruh menyusulnya; kelihatan beberapa orang serdadu Jepun yg berbayonet tajam ~; 2. pantas sekali, kelihatan sesaat sahaja: larinya ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kilat I | 1. cahaya yg memancar di langit (biasanya sebelum guruh berbunyi): ~ sabung-menyabung, guruh berbunyi bertalu-talu menandakan hujan akan turun; secepat (spt) ~ sangat pantas; 2. cahaya sesuatu yg berkilau (gilap): ~ pisau; ~ sepatu; 3. sangat cepat atau pantas: keputusan ~ keputusan yg dibuat dgn seketika (tanpa berfikir atau berbincang panjang); kereta api ~ kereta api yg berjalan sangat deras; kursus ~ kursus yg tamat dlm masa yg singkat; ~ beliung sudah di kaki, ~ pisau sudah ke tangan, ~ cermin sudah ke muka prb orang yg bijaksana segera memahami kias (sindiran) orang; ~ di dlm kilau, kabus di dlm hujan prb dlm percakapan atau tingkah laku seseorang, terkandung kemahuannya; bagai ~ senja, bagai petir tunggal prb perihal kepantasan dan kegagahan seseorang pahlawan; hilang ~ dlm kilau prb tidak kelihatan lagi kebijaksanaan (kemuliaan dll) seseorang apabila sudah dikelilingi oleh orang-orang yg pandai (mulia dll); sekilat sekilas, sesaat, sekejap, seketika: matanya ke tingkap ~, kemudian ke muka Abdul Fakar semula; berkilat 1. memancarkan kilat, mengeluarkan (menyinarkan) cahaya yg menyerupai kilat; 2. = berkilat-kilat, mengilat bersinar-sinar, bercahaya berkilap (gemerlap), berkilauan, gilap: beliau berpakaian Melayu warna hitam ~; ia menerkam dgn pisau yg berkilat-kilat di tangannya; belum ~ sudah berbalam, bulan sangkap tiga puluh prb perkara (hal) yg sudah cukup jelas (terang); berkilat-kilatan berkilat-kilat, berkilauan: mata lembing berceracakan ke udara memantulkan sinar yg ~;berkilatan berkilat-kilat: ~lah lampu pemotret beberapa kali; mengilat 1. memancar (bercahaya) spt kilat, berkilat: kilat ~ sekali di langit, guruh menyusulnya; kelihatan beberapa orang serdadu Jepun yg berbayonet tajam ~; 2. pantas sekali, kelihatan sesaat sahaja: larinya ~; mengilatkan 1. memancarkan (mengeluarkan) cahaya spt kilat; 2. menjadikan berkilat (berkilap), mengilapkan: kayu itu dikerat elok-elok, dilicinkan dan dikilatkan; 3. = mengilat-ngilatkan membayangkan (tujuan dll), menyatakan sesuatu secara tidak langsung, menyindirkan: maka oleh bendahara sbg dikilat-kilatkan pd raja, akan laksamana juga disebutnya; terkilat kelihatan seketika sahaja, terbayang sejurus (dlm ingatan dll): ia mengingat-ingatkan rupa perempuan muda yg ~ tadi; dlm kenangannya, ~ gambaran yg mengharukan; ~ dlm hati terlintas dlm hati; ~ pd mukanya kelihatan terbayang pd mukanya; ikan ~ jala tiba prb sangat cepat bertindak (mengerti maksud kata-kata orang); ~ ikan di air, sudah tahu jantan betinanya prb sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang; kilatan kilat: ~ batu berlian boleh menentukan nilainya; pengilat bahan utk mengilatkan (menjadikan sesuatu kelihatan berkilat): ~ bibir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikat | 1. alat (tali, benang, kain, dll) utk mengebat (memberkas, membebat, menggabungkan); ~ kepala kain yg diikatkan di kepala; ~ pinggang kain (kulit dll) utk mengebat pinggang, tali pinggang; 2. bingkai (drpd logam dll) utk mencengkam atau memegang satu benda lain; ~ kolam tepi kolam yg dibuat drpd batu dll; cincin ~ belanda; 3. berkas, kumpulan, gabungan: se~ sirih; tiga ~ kayu api; 4. sl cara mengatur atau menyusun barisan (pasukan dll); ~ perang susunan barisan atau pasukan dlm peperangan; ~ jamin jaminan dgn bayaran sejumlah wang sbg cagaran utk memastikan bahawa orang yg dituduh akan menghadirkan diri utk perbicaraannya; ~ mati ikatan yg tidak boleh dibuka atau diungkai; ~ boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya prb payah hendak mengubah tabiat orang; se~ bagai sirih, serumpun bagai serai prb bersatu padu dlm segala hal; berikat 1. ada ikatnya, diikat, memakai ikat: hulu pedangnya ~ emas; 2. bersekutu, bergabung: peperangan antara pihak ~ (British, Amerika, Perancis, dan Belanda) dgn Jepun telah dimulai pd 8 Disember 1941; mengikat 1. melilit-lilitkan dan menyimpulkan tali dll pd anggota (dll) haiwan atau orang (supaya tidak dapat melarikan diri) atau pd bungkusan (kumpulan dll) barang supaya tidak terburai dsb, membuat jadi berikat dgn tali dll, membebat, memberkas: bungkusan barang yg hendak dikirimkan ke luar negeri itu perlu diikat pula; 2. ki memaksa (seseorang atau sesuatu) supaya patuh kpd segala peraturan (syarat, kehendak, dsb) yg tertentu, membelenggu, mengongkong: undang-undang dan peraturan yg ~ kebebasan seseorang; 3. menyusun, mengarang (syair, pantun sajak, dll); 4. mengatur atau menyusun pasukan (barisan dll); ~ perang mengatur pasukan-pasukan dlm peperangan; 5. memberi berbingkai (batu permata dll), menyalutkan (dgn emas dll): ~ batu akik dgn suasa; 6. memakai, memasang: ~ kain; ~ serban; ~ tali leher; ~ tengkolok; 7. membuat: mereka telah ~ perjanjian utk mengenakan pemulauan ekonomi; ~ hati (perhatian) menarik hati (perhatian); ~ jamin memberi jaminan (supaya orang yg dituduh dapat bebas sehingga dibicarakan); ~ janji berjanji (menguatkan janji); ~ jiwa a) menarik hati; b) merayukan hati; ~ perkenalan berkenalan; ~ (tali) pertunangan bertunang; ~ perut mengurangkan makan kerana susah; ~ tali persahabatan bersahabat; bagai diikat dgn sehasta tali prb tidak dapat berbuat sekehendak hati; mengikatkan mengikat pd, mengikat dgn (utk), mempertalikan (dgn), menambatkan; terikat 1. (telah) diikat: tangannya ~ ke belakang dgn dawai halus; 2. tertakluk (kpd), tidak bebas drpd, terkongkong oleh: orang berhutang ~; tidak ~ kpd peraturan-peraturan yg telah ditetapkan; ikatan 1. cara mengikat: ~ tengkoloknya kemas dan cantik; 2. yg telah diikat; 3.sesuatu yg telah diikat dgn tali dll, berkas,kumpulan: rotan itu ~nya kecil-kecil; 4.susunan (rangkaian, hubungan) kata-kata dsb:~ ayatnya terang hingga mudah difahami;5. pertalian (yg erat), perkaitan: peristiwa ini jelas membuktikan bahawa ~-~ tradisi atau sifat-sifat ketimuran pd dasarnya mengikat rohani kita; ~ darah = ~ keluarga hubungan kekeluargaan; 6. persatuan, perkumpulan: ~ pelajar; 7. (Kim) daya tarikan yg mengikat atom-atom dlm molekul atau kekisi hablur (yg terbentuk akibat cas elektrostatik yg ada pd elektron dan nukleus atom); ~ berganda sj ikatan yg terbentuk antara dua atom secara perkongsian dua atau lebih pasangan elektron; ~ berkutub sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom yg berbeza sifat elektronegatif masing-masing; ~ ganda dua sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian dua pasangan elektron; ~ ganda tiga sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian tiga pasangan elektron; ~ hidrogen daya tarikan yg wujud antara atom hidrogen (dlm ikatan berkutub) dgn atom elektronegatif spt oksigen, nitrogen, atau fluorin yg terikat pd molekul lain; ~ ion = ~ ionik sj ikatan yg terbentuk dlm sebatian melalui pemindahan elektron; ~ koordinat sj ikatan kovalen yg kedua-dua elektron yg dikongsi disediakan oleh satu drpd atom; ~ kovalen sj ikatan yg terbentuk antara dua atom apabila setiap atom itu berkongsi elektron utk membentuk pasangan elektron; ~ logam sj ikatan yg terbentuk dlm hablur logam apabila ion positif logam tersusun mengikut bentuk kekisi dlm lautan elektron yg bebas; ~ peptida (Bio) ikatan kimia di antara kumpulan karboksil pd satu asid amino dgn kumpulan amino pd asid amino lain, yg merupakan ikatan utama kesemua struktur protein; ~ tunggal sj ikatan kovalen yg terbentuk antara dua atom hasil drpd perkongsian sepasang elektron; keterikatan perihal terikat (berkaitan erat), keadaan (unsur-unsur dll) terikat antara satu sama lain, terikatnya: ~ episod demi episod hanyalah atas kepentingan adegan tersebut; ~ kita yg begitu kuat kpd tradisi telah mengeratkan hubungan kekeluargaan; perikatan 1. perhubungan, pertalian; 2. persekutuan, gabungan: beberapa buah parti politik yg sehaluan sedang berura-ura hen-dak menubuhkan sebuah ~; pengikatan perihal atau perbuatan mengikat; ~ nitrogen (Bio) a) proses penukaran nitrogen atmosfera menjadi bahan bernitrogen (spt ammonia) oleh sesetengah bakteria tanah (spt Rhizobium), alga biru hijau, dan kulat; b) proses penukaran nitrogen atmosfera menjadi asid nitrik oleh kilat; pengikat 1. alat (tali, benda, dll) utk mengikat: sebelum bungkusan itu dibuka, ~nya diuraikan dahulu; 2. orang yg mengikat; 3. sesuatu yg mengikat perhubungan (spt persahabatan, pertunangan, kasih sayang, dsb): cincin itu kuberikan kepadanya sbg tanda ~ kasih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kilat | 1. cahaya yg kelihatan memancar di langit sebelum guruh berbunyi:<i>Seorang tua telah mati dipanah ~ semalam.i> 2. cahaya yg keluar dr sesuatu yg berkilau:<i>~ kasut.i> berkilat mengeluarkan kilat; bercahaya; berkilau: <i>Kasutnya hitam ~.i> mengilatkan menggosok sesuatu supaya berkilat; menggilapkan:<i>Kita hendaklah membersihkan atau ~ kasut kita sendiri.i> kilatan cahaya yg berkilat: <i>~ apii> cetusan api. | Kamus Pelajar |
sabung | adu, laga (ayam, lembu, dll): di gelang-gang ~ terlalu gegak gempita sorak tempik sekalian juara; ~ selepas hari petang, tak dapat menuntut balas lagi prb berserah kpd nasib (untung-untungan); biar alah ~ asalkan menang sorak prb biar harta habis asalkan hati puas; bersabung 1. beradu, berlaga (ayam dll), ber-tarungan, berlawan; ~ ayam mengadu ayam; ayam ~ ayam berlaga; 2. ki bertarung, ber-langgaran (ombak, kilat, petir, dll); kilat ~ kilat berlanggaran; ombak ~ ombak berlang-garan; 3. ki bertemu (mata, pandangan): kedua-duanya tersenyum manakala pandangan mereka ~; angin berputar (bersiru) ombak ~ prb perkara yg amat sulit; menyabung 1. mengadu, melaga (ayam): ia asyik dgn ~ dan berjudi saja; 2. ki meng-gadai, mempertaruhkan (nyawa dll): peng-hidupan yg berbahaya itu bererti ~ nyawa; ~ untung a) menyerah pd nasib; b) membawa nasib; sabung-menyabung berlanggar-langgaran, bertempuran (ombak, kilat, dll): maka ber-bunyilah guruh petir, kilat ~; menyabungkan melagakan, mengadukan, mempertarungkan: beta hendak ~ ayam biring nenek itu; tersabung 1. selesai diadu, sudah diadu; 2. tidak sengaja diadu; ~ akan itik (induk ayam) prb tidak tepat dgn dugaan semula (kecewa); sabungan yg disabung, yg diadu, aduan; ayam ~ ayam laga; spt ayam ~ prb sangat dimanjakan; persabungan 1. perihal bersabung, perlagaan, perlawanan; 2. tempat menyabung, gelang-gang; penyabungan perbuatan menyabung; penyabung orang yg menyabung: maka ~ pun terlalu ramai, bunyi sorak orang pun bergemuruh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melinang | 1. bercahaya-cahaya, berkilat-kilat, berkilau: si laki-laki berminyak rambut hingga berlinang-linang dan perempuan memakai gincu bibir; 2. jatuh menitik (air mata dll), menitis: maka keempat-empat saudara itu pun berlinang-linanglah air matanya mendengar cerita saudaranya itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlinang-linang | 1. bercahaya-cahaya, berkilat-kilat, berkilau: si laki-laki berminyak rambut hingga berlinang-linang dan perempuan memakai gincu bibir; 2. jatuh menitik (air mata dll), menitis: maka keempat-empat saudara itu pun berlinang-linanglah air matanya mendengar cerita saudaranya itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |