kiranya | 1 hendaknya; mudah-mudahan; agar: Sudilah ~ tuan datang ke pondok kami. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kiranya | 1. pd anggapannya (sangkanya): ~ orang tidak tahu kecurangan yg dilakukannya; 2. hendaknya, semoga, mudah-mudahan: barang dilanjutkan Allah Taala ~ umur Duli Yang di-Pertuan; 3. = jika (kalau) ~ = sekiranya kalau, kalau-kalau, seandainya: maafkan kami ~ kami mengganggu; jikalau ~ ada Hang Tuah hidup, adakah ampun duli tuanku akan dia? 4. barangkali, agaknya, rasanya, rupanya: dilambaikannya tangannya, dgn segera aku pegang, ~ tangan itu sangat panas; Oh, karya As ~! 5. alih-alih, rupa-rupanya: kujangka sudah banyak yg ada di sana, ~ aku yg pertama tiba; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
agak I | 1. kira, sangka, rasa: ~ saya dia sudah keluar tadi; ~ gerangan jika kiranya; 2. boleh dikatakan, dapat dianggap (ditafsirkan): menghadapi kesukaran yg ~ besar; ~ lama juga di sana; agak-agak 1. barangkali, mungkin, rasanya, rasa-rasanya: ~ hari ini hujan; 2. = agaknya gerangan, kiranya: apa ~ maksudnya datang ke mari? beragak, beragak-agak 1. ragu-ragu, sangsi: melanggar kota itu jangan ~; 2. mempunyai tujuan (niat) utk, bermaksud, berniat: ia ~ utk pergi ke Mekah; 3. awas-awas, hati-hati: mengatakan sesuatu dgn tidak ~; mengagak, mengagak-agak 1. mengira-ngira (dgn berdasarkan dugaan atau pertimbangan kasar), menaksir: ia tidak dapat ~ ke mana ia akan dibawa; orang yg pandai ~ dan mengagih orang yg bijaksana; 2. memaksudkan, meniatkan: lain yg diagak, lain yg kena; mengagakkan 1. membuat kesimpulan (berdasarkan dugaan atau tekaan sahaja), menduga, menyangka: keadaan lebih sulit drpd yg diagakkan; 2. menentukan (dgn hati-hati): ~ biaya negeri; mengagak-agihkan 1. mengagak dan mengagihkan, menerangkan, memberitahukan, menjelaskan; 2. suka mencela; teragak 1. terfikir (timbul sesuatu fikiran dgn tiba-tiba atau dgn sepintas lalu), terlintas di hati: ada kalanya ~ juga dia hendak menjual tanahnya itu; 2. Mn ingin sangat: ia ~ pulang ke negerinya; teragak-agak berkira-kira, berbelah bagi (sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak): saya tidak akan ~ utk mengambil tindakan; teragak-agak berkira-kira, berbelah bagi (sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak): saya tidak akan ~ utk mengambil tindakan; agakan apa yg diagakkan, dugaan, sangkaan: ~ ini mungkin benar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kira | ; kiranya 1 hendaknya; mudah-mudahan; agar: Sudilah ~ tuan datang ke pondok kami. 2 = sekiranya kalau; seandainya: Mereka akan mogok ~ kerajaan menolak tuntutan mereka. kira-kira 1 lebih kurang: Kami tiba di sana ~ pd pukul empat petang. 2 = ilmu ~ ilmu hitung-menghitung; ilmu hisab: ~ campur (tolak, darab, bahagi). berkira-kira 1 bercadang; berniat; bertujuan (membuat sesuatu): Lama sudah dia ~ hendak melanjutkan pelajarannya ke seberang laut. 2 berfikir-fikir; menimbang: Dia mengeluarkan kata-kata itu dgn tidak ~ lagi. mengira 1 menghitung berapa jumlahnya (jawabnya dll): Dia sedang ~ wang yg diterimanya. 2 membuat kesimpulan berdasarkan tekaan; meneka; menyangka: Dia ~ saya akan datang lewat. 3 mempedulikan; mengendahkan: Tujuannya adalah utk membasmi kemiskinan tanpa ~ kaum. terkira dpt dikira atau dpt dihitung; terhisab; terhitung. kiraan 1 hasil mengira; cara mengira mengikut kaedah tertentu; hitungan: Ukuran itu dibuat mengikut ~ kaki. 2 taksiran (bkn baik buruknya); pertimbangan: Pd ~nya, anak itu sudah cukup besar. perkiraan hal berkira-kira; perhitungan: Menurut ~nya, wang itu cukup. pengiraan hal atau perbuatan mengira. pengira orang yg mengira; penghitung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jika (kalau) kiranya | kalau, kalau-kalau, seandainya: maafkan kami ~ kami mengganggu; jikalau ~ ada Hang Tuah hidup, adakah ampun duli tuanku akan dia? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekiranya | kiranya, kalau: mereka asyik mengatur cara-cara mengawal keamanan sekiranya berlaku kecemasan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekira | kiranya, kalau: mereka asyik mengatur cara-cara mengawal keamanan sekiranya berlaku kecemasan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rupanya | 1. rupa; 2. nampaknya, (kalau) mengamat-amati keadaannya (bentuknya, kelakuannya, dll): ~ kita akan berhari raya pd hari Sabtu; ~ Marsdenlah orang yg mula-mula sekali menggunakan perkataan “utas” dlm kamusnya; 3. agaknya, kiranya, barangkali, gerangan, konon: siapa pula ~ yg suka mencoret-coret dinding ini? 4. kiranya, alih-alih, sebenarnya, sebetulnya: kusangka ia sedang membaca dlm bilik, ~ tidur; spt dicanai ~ prb perihal keelokan sesuatu benda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semoga | mudah-mudahan; kiranya; hendaknya: ~ Allah memberkati kamu | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
semoga | mudah-mudahan, kiranya, hendaknya, agar: ia berdoa ~ dipelihara Allah akan anaknya itu bersama-sama dgn ibunya; semoga tuan berbahagia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |