terkiri | terletak ke sebelah kiri (ke kiri atau lebih ke kiri dr tempatnya yg sebenar atau yg sepatutnya), berada di sebelah kiri sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kidal | 1 kiri: tangan ~ tangan kiri. 2 selalu menggunakan tangan kiri ketika membuat sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kidal | 1. kiri; tangan ~ tangan kiri; 2. gemar (cenderung) menggunakan tangan kiri (apabila membuat sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kiri | 1. lwn kanan; tangan ~ tangan kidal (lwn tangan kanan); ~ kanan a) kedua-dua sisi atau bahagian sesuatu (spt sungai, jalan, dll), kiri dan kanan: di ~ kanan lorong sempit itu, terdiri beberapa buah rumah; orang ~ kanan orang sebelah-menyebelah rumah, jiran; b) = kanan ~nya Jw lebih kurang, kira-kira; 2. cenderung menggunakan tangan kiri apabila membuat sesuatu, kidal; 3. ki kurang baik, malang (sial, celaka, dsb); langkah ~ tidak kena masanya atau tempatnya (perbuatan, tindakan, dll), sial (mendatangkan keburukan dll); 4. miring (cenderung) ke arah faham sosialis atau komunis (bkn pertubuhan atau pergerakan politik dll): parti ~; pihak ~; mengiri menepi (menuju, berundur, dll) ke sebelah kiri; mengirikan 1. mengundurkan (mengalihkan, meletakkan, dll) ke sebelah kiri; 2. mengetepikan, membiarkan dahulu (kerana kurang mementingkan), mengesampingkan: perkara itu boleh dikirikan dahulu; 3. menyingkirkan atau membuang (drpd kumpulan dll): orang yg dikirikan drpd masyarakat; terkiri terletak ke sebelah kiri (ke kiri atau lebih ke kiri dr tempatnya yg sebenar atau yg sepatutnya), berada di sebelah kiri sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rusuk kanan (kiri) | sebelah kanan (kiri); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sikap VI | Br; ~ kiri selalu menggunakan tangan kiri, kidal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebak | (sébak) kuak, belah (rambut), pisah (ke kanan ke kiri); bersebak 1. berpisah ke kiri ke kanan (air ditempuh kapal dll) bercerai, berkuak; 2. berbelah (rambut): rambutnya ~ di tengah-tengah; 3. menepi ke kiri atau ke kanan (utk memberi jalan), menyisi; air besar, batu ~ prb saudara-mara atau sahabat handai akan berpecah belah apabila timbul perselisihan; menyebak 1. menguak ke kiri ke kanan, membelah (rambut ketika bersikat dll), menyiah; 2. bp membuka (halaman buku dll), menyingkap (kain dll); menyebak-nyebak 1. menyingkap dan memisahkan ke kiri ke kanan; 2. bp mem-buka-buka atau membalik-balik (muka surat dll); tersebak 1. terkuak ke kiri ke kanan (air yg ditempuh kapal dll), berbelah (sisiran rambut); 2. bp terbuka (bkn buku). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
geleng | /géléng/, = gelengan gerakan kepala ke kiri dan ke kanan sbg tanda tidak mahu dll. bergeleng bergoyang ke kiri dan ke kanan (bkn kepala). menggeleng menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan tanda tidak mahu, tidak bersetuju dsb: Kami ~ kehairanan. menggelengkan; ~ kepala menggoyangkan kepala ke kiri ke kanan kerana tidak mahu, kehairanan dll: Apabila disuruh minum, ia ~ kepalanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sayap kiri | a) golongan politik yg berhaluan kiri (tetapi bukan komunis); b) pemain bola dr barisan penyerang yg di kiri sekali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sayap kanan (kiri) | a. barisan sebelah kanan (kiri). b. pemain bola sepak dll dr barisan penyerang yg di kanan (kiri) sekali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |