kirim | bp = berkirim, mengirim, mengirimkan; berkirim (sedang) menyampaikan atau meminta supaya disampaikan: ada lagi Raja ~ kpd Tuan Bonham seekor kambing kembiri; ~ surat; ~ salam (sembah); ~ diri sl menyerahkan diri utk diperlindungi; berkirim-kiriman saling berkirim (surat dll): mereka berdua sudah kerap kali ~ surat; mengirim 1. menyampaikan atau menghantar (surat dll) menerusi sesuatu (spt pos dll): biasanya Karim ~ surat sebulan sekali; 2. = mengirimkan menyuruh pergi ke sesuatu tempat, menghantar, mengutus: Amerika sedia ~ rombongan pakar itu bila-bila masa sahaja; 3. Jk menyerahkan (mengamanatkan, menumpangkan) barang pd seseorang atau sesuatu tempat (utk disimpan, dijual, dll), menitipkan; mengirimi berkirim (mengirim, mengirimkan) kpd: selalu dia ~ saya surat menceritakan keadaan dirinya; terkirim sudah dikirim (dikirimkan); kiriman 1. sesuatu yg dikirim, pemberian (yg dihantar, dikirim): ia sangat mengharapkan wang ~ anaknya; terimalah pula limau manis ~ dr Semarang; ~ pos wang yg dikirim dgn cara tertentu melalui pos; 2. Jk sesuatu yg diamanatkan (diserahkan) utk disimpan (dijual dll), titipan; pengiriman perihal (perbuatan, usaha, dsb) mengirim (menghantar): mereka membantah keras ~ tentera ke negeri tersebut; pemogokan pekerja-pekerja pelabuhan mengganggu ~ barang ke luar negeri; pengirim orang dll yg mengirim: surat ini untukmu tetapi nama ~nya tidak dinyatakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kiriman | 1. sesuatu yg dikirim, pemberian (yg dihantar, dikirim): ia sangat mengharapkan wang ~ anaknya; terimalah pula limau manis ~ dr Semarang; ~ pos wang yg dikirim dgn cara tertentu melalui pos; 2. Jk sesuatu yg diamanatkan (diserahkan) utk disimpan (dijual dll), titipan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bingkis | sl barang kiriman, buah tangan: maka Pra Chau berkirim surat dgn ~; membingkis mengirimkan buah tangan (bersama-sama dgn surat); bingkisan 1. bungkusan (barang kiriman, buah tangan) yg biasanya disertai surat: dia menerima ~ drpd kawannya yg berada di luar negeri; 2. surat; 3. (Komp) set bit yg mengandungi semua atau sebahagian daripada data yg dikirim dlm satu blok melalui rangkaian penghantaran data. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bingkisan | 1. bungkusan (barang kiriman, buah tangan) yg biasanya disertai surat: dia menerima ~ drpd kawannya yg berada di luar negeri; 2. surat; 3. (Komp) set bit yg mengandungi semua atau sebahagian daripada data yg dikirim dlm satu blok melalui rangkaian penghantaran data. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hantaran | 1 sesuatu yg dihantar; kiriman. 2 = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan. 3 barang-barang spt pakaian, makanan yg berupa hadiah yg dibawa bersama wang hantaran oleh pihak pengantin lelaki utk pengantin perempuan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hantaran | 1. sesuatu yg dihantar (dikirim), kiriman: petani-petani sambilan ini mungkin mendapat ~ drpd anak dan ahli keluarga yg melakukan migrasi; 2. = ~ kahwin = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak lelaki kpd bakal mentua utk perbelanjaan perkahwinan, belanja hangus; 3. (dlm majlis perkahwinan orang Melayu) hadiah (berupa makanan, pakaian, dsb) yg dibawa bersama wang hantaran: pihak pengantin lelaki membawa tujuh dulang ~; 4. (dlm permainan bola sepak dll) tendangan (balingan dsb) bola ke sesuatu tempat atau kpd pemain lain: ~nya tidak sampai kpd kawannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
surat-menyurat | 1. saling berkirim surat, berkirim-kiriman surat: selepas banyak ~ antara London, Calcutta dan Singapura, Tengku Ali pun diberi wang sara; 2. perihal tulis-menulis surat, karang-mengarang surat; kerani ~ kerani yg mengurus hal surat (di pejabat dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hantaran | 1. sesuatu yg dihantar; kiriman. 2. = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan. 3. barang-barang spt pakaian, makanan dsb berupa hadiah yg dibawa bersama wang hantaran oleh pihak pengantin lelaki utk pengantin perempuan. | Kamus Pelajar |
bingkisan | 1 barang pemberian sbg tanda bakti. 2 barang-barang kiriman; bungkusan kecil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ke hadapan | 1 ke depan; ke muka. 2 kepada (dlm surat kiriman). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |