serban II | Kl 1. sakit sengal-sengal tulang; 2. Kl, Tr kebas, semut-semut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lekeh II | (lékéh) 1. Kl mudah (melakukan sesuatu), senang; 2. Kl, Kd tidak berdaya, lemah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teriak | 1. teriakan; 2. Kd, Kl tangis; berteriak 1. berseru (memanggil dll) dgn suara yg keras dan nyaring, melaung, memekik: maka ~lah kawan bertanya, ‘Perahu dr mana ini?’; 2. Kd, Kl bp menangis; meneriak memanggil (menyeru, melaung) dgn suara yg keras dan nyaring: tiada berapa lama sampailah ia ke rumahnya, lalu Pak Pandir ~ Mak Andeh; meneriaki ark memanggil dgn berteriak; meneriakkan 1. menyerukan sesuatu dgn suara yg keras dan nyaring, melaungkan, memekikkan: budak-budak berlarian ke kampung dan ke rumah ~ Nor sudah bebas; 2. menyerukan atau menawarkan (dgn berteriak): kedengaran suara penjaja itu ~ barang-barang dagangannya; 3. = meneriak-neriakkan menggembar-gemburkan (sesuatu fahaman dll), melaung-laungkan, mempropa-gandakan: semboyan yg diteriakkan dan ditulis oleh kaum Nazir terdapat di mana-mana; teriakan seruan dgn suara yg keras dan nyaring (utk memanggil, menarik perhatian, dll), jeritan, laungan, pekikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyiur | sj tumbuhan (palma dan buahnya), kelapa, Cocos nucifera; ~ bawang = ~ manis kelapa yg boleh dimakan dgn sabut-sabutnya; ~ bisu Kl orang tua yg pendiam tetapi berakal; ~ cungkilan = ~ sungkuran buah kelapa yg isinya baru hendak keras; ~ dara pohon kelapa yg belum berbuah; ~ gading a) pohon kelapa yg agak kekuning-kuningan warna pelepah dan buahnya (biasanya ditanam sbg perhiasan), Cocos plumosa; b) Kl anak gadis yg comel-comel (kesayangan ibu bapa); ~ ingusan buah kelapa yg baru hendak berisi; ~ kapal Kl nyiur yg berbatang kecil dan rendah; ~ koman Kl, ki orang yg tidak berguna kpd masyarakat; ~ masam Kl a) nyiur yg busuk kerana rosak; b) perempuan yg tidak berguna; apabila patah tumbuh ~ itu, tumbuh ~ juga akan gantinya prb ganti yg hilang itu mestilah yg sama pula; laksana ~, mumbang dibuat pincuk hendak menghilangkan kelat prb tidak boleh orang yg bukan bangsawan itu disuruh mengatur kedudukan orang besar-besar dlm sesuatu majlis; orang yg bertanam pokok ~, terkadang-kadang tiada makan buahnya prb orang yg menghimpun harta atau berbuat sesuatu itu adakalanya tidak mendapat faedah daripadanya; umpama memerah ~, santan diambil hampas dibuang prb mendengar perkataan orang hendaklah dipilih mana-mana yg baik dan benar, dan yg buruk dibuang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perat I | ark 1. tengik baunya (spt bau minyak kelapa yg sudah disimpan lama); 2. masam, kelat (buah dll); hancing ~ Kl terlalu hancing; masam (masin, pahit) ~ Kl terlalu masam (masin, pahit); terung ~ sj terung yg kecil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecek I | (kécék) 1. Mn, Kl cakap, celoteh, borak: seorang yg cetek ilmu pengetahuannya lebih omong atau ~nya; ~ anak-anak celoteh anak-anak (budak-budak); banyak ~ banyak cakap, banyak mulut, (cerewet); beralih ~ beralih percakapan (kpd hal yg lain); habis ~ habis cakap (sudah selesai); 2. Kl, Tr tipu, kecoh; ~ anak Melaka prb gayanya spt orang yg berada padahal serba kekurangan (cakap tinggi tetapi tidak berisi); ~ bagai bunyi merendang kacang prb percakapan yg tidak keruan; ~ bagai ketiak ular prb percakapan yg tidak berkeputusan (berpanjang-panjangan); ~ berlauk-lauk, makan dgn sambal lada prb, Mn selalu menyombongkan kepandaiannya (kekayaannya dll) padahal bodoh (miskin dll); berkecek-kecek bercakap-cakap, berceloteh, berbual-bual, berborak; mengecek 1. bercakap-cakap, berbual-bual, berborak-borak; 2. memujuk utk meminta (menyuruh berbuat) sesuatu: ibu bapanya hari-hari mendongeng, ~ dan memujuk dia supaya berkahwin; 3. menipu atau memperdaya (dgn kata-kata); sudah dikecek dikecong pula prb dua kali tertipu (terpedaya); mengecekkan 1. mempercakapkan, memperkatakan (hal orang lain); 2. memegahkan (kepandaiannya, kekayaannya dll); pengecek 1. orang yg suka mempercakapkan hal orang lain; 2. (orang yg) pandai memujuk atau meminta-minta sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lapar | berasa hendak makan (kerana perut kosong): biar Si Ali makan dgn emaknya, kita tidak ~ lagi; ~ dahaga perut kosong dan haus; ~ mata Kl hendak memiliki (mempunyai dll) dgn berlebih-lebihan; ~ pedal Kl lapar perut; orang ~ diberi nasi, orang haus diberi air prb memperoleh sesuatu yg diingini; berlapar menanggung lapar, berasa lapar: seseorang ibu itu sanggup ~ kerana kasihkan anaknya; melaparkan sengaja menjadikan lapar, membiarkan perut kosong: binatang itu telah dilaparkan beberapa hari; kelaparan 1. dlm keadaan lapar, menanggung lapar: ia menangis mengongoi spt kanak-kanak ~ susu; 2. tidak cukup makanan, kekurangan makanan: jutaan manusia mati kerana ~ di beberapa buah negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rebah I | jatuh terbaring (orang dll), terletak berbaring atau bertiduran (pokok dll), tumbang: ia ~ pengsan; ~ menyembah tikar; ~ terlentang di atas lantai; membawa (memberi) ~ menjatuhkan (menggagalkan); ~ bek Kl rebah kerana sudah tidak bertenaga lagi; ~ belakang Kl, bp berehat (menghilangkan penat); ~-rempah rebah terguling-guling; dapat tebu ~ prb mendapat untung; sokong membawa ~ prb dikhianati (dicelakakan) oleh kawan sendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ugah | Kl berubah (rupa dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ruwin | Kl alat tenun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |