komisi I | ; mengkomisikan memberikan sesuatu tugas (kerja dsb) secara rasmi kpd pihak atau orang lain utk mengerjakan atau mengusahakannya dsb hingga selesai: pihak pengurusan bersetuju utk ~ projek tersebut kpd universiti yg berkenaan; pengkomisian perihal (proses, tindakan atau perbuatan) mengkomisikan: ~ projek itu terpaksa ditangguhkan sementara kerana sebab tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komisi | 1 kaedah melaksanakan sesuatu tugas dgn memberikan tugas tsb kpd seseorang atau sesuatu pihak utk dilaksanakan dan diberi upah pd kadar yg telah disetujui: Kerja itu dijalankan secara ~. 2 wang yg dibayarkan kpd seseorang atau sesuatu pihak sbg upah kerana telah melaksanakan sesuatu tugas: Mereka telah menerima ~ yg dijanjikan itu. mengkomisikan memberikan sesuatu tugas kpd seseorang atau sesuatu pihak utk dilaksanakan dan diberi upah pd kadar yg telah disetujui: Pihak atasan bersetuju utk ~ subprojek itu. pengkomisian perihal atau perbuatan mengkomisikan: ~ projek itu terpaksa ditangguhkan kerana sebab-sebab yg tidak dpt dielakkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |